~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Saturday, April 30, 2011

Hari suami2 sakit pinggang

Pagi jumaat semalam ramai betui para lelaki mengadu sakit pinggang...bila nak ajak gi minum  jer...semer nyer kena mengeliat dulu..x mcm hari yg sebelom2 nyer....boleh kata dari yg muda sampai yg ke yg tua...tapi bukan org bujang lah...tapi kadang tu org yg bujang pun aku jumpa gak yg kena sakit mcm ni...apa masalah nyer pada mereka semua boleh kena mcm ni.....Salah tidur ke, x pun salah makan..??x pun dia org kerja lebih masa ke mlm semalam..hehehe....
Ramai org kata bila mlm jumaat malam yg wajip utk melepaskan hajat...huhuhuh..mlm2 lain tu kira mcm x afdal lah...mcm2 kalau dah nak mengaitkan cerita sedap mcm tu yer..hari pun boleh di jadikan isu....Apa ubat nyer lak nak hliang kan sakit pinggang ni yer....supaya senang lain minggu x lah nampak sangat bahawa org itu  kerja kuat mlm jumaat..hahaha....Tongkat ali,kopi jantan,radix dan minuman lain2 sebelom mlmjer...panadol x stand kot...??x bagus lah mcm tu..baik bagi hilang sendiri jer....
 
mfab :))

Friday, April 29, 2011

Fatah, Hamas berdamai



Gambar bertarikh 17 Mac lalu merakamkan Mahmoud Abbas (kiri) mengangkat tangan Perdana Menteri Ismail Haniyeh daripada Parti Hamas semasa mereka berjalan keluar selepas menghadiri sesi khas Parlimen di Gaza


KAHERAH 28 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.
Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.
Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.
Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.
“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.
Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.
“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.
Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.
“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru

Syukur alhamdulilah....1 petanda baik utk rakyat palestin....yg mana dahulu atau sebelum ini mereka ini bagai kan seteru akan tetapi pada hari ini mereka telah bersatu...Tahniah Hammas dan Fatah semoga selepas ini Palestin  akan berdiri kukuh dan maju...manakala Yahudi laknatullah itu boleh mula beredar dari bumi bertuah Palestin..Semoga Hammas dan Fatah dapat berganding bahu bersama dalam memperjuangkan kemerdekaan bumi Palestin....Insyaallah....
 
mfab :))

Thursday, April 28, 2011

LELAKI VS WANITA

 Petang ini aku x lah sesibuk macam semalam dan kemarin....so apa lagi....aku ambik peluang lah utk belek2 kat FB dan blog2 aku dah ketinggalan.....belek punya belek kat Fb temerloh united berkenan pulak aku tengok label ini dan  komen2 nye panjang lebar lak dari kaum lelaki....ramai pulak like nye...hehehe...malahan banyak pula nasihat dan idea2 yg bernas..hehehe..itu lah hebat nye kaum lelaki ni...kalau bab2 buka cawangan memang ligat dan bersemangat ..manakala kaum wanita...mcm2 warning lak yg keluar dari komen nye....ini antara komen2 nye :

1.  ok utk yg blum bkwin bleh la weh dari pengomen perempuan
2.  kete kala x de tayar spare,kala pancit...payoh wehhhhhh....hahahaha....bior ande.....dari pengomen lelaki
3.  main bolo pn ade pemain simpanan...dari pengomen lelaki
4. awaslah yekkkk.....khas untuk kaum bapak2...hahahahahaha dari pengomen perempuan


Mana2 lelaki pun aku kalau di ajak borak pasal buka cawangan ni...memang menjadi lah....x berani pun pun kurang2 nye ada angan2...hehehe....kaum wanita pula memang cukup takut kalau dapat tau laki dia ada cita2 mcm ni....yer lah...takut terabai....hehehe....so...pandai2 lah jaga laki yek....

mfab :))

Yamaha 135LC serba baru


YAMAHA 135LC meletakkan jenama tersebut di hadapan dalam aspek teknologi pembuatan moped.



WALAUPUN masih belum berjaya mengatasi jumlah jualan moped atau kapcai buatan Honda, nama Yamaha di Malaysia sudah cukup kuat. Apa sahaja model yang dikeluarkannya jarang sekali menemui kegagalan.
Antara model yang menjadi pilihan terutama anak muda pastinya Yamaha 135LC. Mula menjengah pasaran sejak Februari 2006, model ini tidak pernah gagal menarik minat pembeli baru. Buktinya, sebanyak 260,000 unit model tersebut sudah pun berada di jalan raya.
Menyedari impak tersebut, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha Motor) telah memperkenalkan model 135LC yang serba baharu. Jentera empat lejang itu hadir bersama pelbagai pembaharuan yang pastinya membuatkan 135LC terus popular di pasaran tempatan.
“Pengenalan 135LC mencatatkan satu penanda baru kepada Hong Leong Yamaha Motor kerana kami komited untuk memeriahkan segmen moped dengan model-model yang inovatif,” kata Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, C. H. Ng.
Pada tahun lalu, industri motosikal mencatatkan kenaikan sebanyak 10 peratus dengan jumlah keseluruhan mencecah 495,373 unit. Segmen moped pula mewakili 85 peratus daripada pemintaan pasaran.
Pengenalan 135LC dilihat cuba meneruskan kesinambungan produk baru oleh syarikat terbabit. Pada Mei tahun lalu, moped siri Lagenda 115Z telah dilancarkan.
Moped 135LC didatangkan dengan dua varian iaitu klac automatik dan klac tangan. Antara ciri-ciri utama yang boleh didapati pada 135LC dengan klac automatik ialah gaya luaran lebih menarik. Di samping lampu hadapan dan belakangnya yang menerima reka bentuk baharu.
Bagi paparan lebih jelas, rekaan speedometer telah direka semula. Sebagai langkah keselamatan tambahan, model itu turut dilengkapi dengan penutup pada bahagian kuncinya.
Pembaharuan yang diterima oleh model klac tangan pula termasuklah transmisi manual lima kelajuan, brek cakera untuk roda belakang, tayar belakang lebih lebar dan meter kelajuan yang diiluminasi.
Kedua-kedua model itu menggunakan khidmat enjin empat jelang SOHC, empat injap dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa sehingga 8.93kW @ 8,500 rpm dan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500 rpm.
Tiga warna ditawarkan untuk model klac automatik iaitu hitam, putih dan merah. Sementara bagi model klac tangan pula, cuma ada warna hitam dan putih. 135LC dengan klac atomatik dijual pada harga RM6,506 dan RM7,070 untuk varian klac tangan (di atas jalan).

Pulamakkk..cantik nyer...aku punye hutang yamaha 135 LC baru abis..dah keluar model baru.....cantik pulak tu....nak buat hutang lagi ke x ni....huhuhuhuh...



mfab :))

OBAMA BUKAN ANOK HARAM KAT US

Obama dedah sijil lahir


SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam.


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.
“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.
Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.
Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.
Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.
Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.
Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.
“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama.

Orang hawaii lagi tu.... budak kampong x nampak pulak mcm cina kacukan mat saleh..yg comei2 dan handsome mcm pelakon2 kat dalam TV tu...tengok mcm kacukan org kacukan timur laste pun ada...aduuuh...Obama2....
 
mfab :))

Monday, April 25, 2011

BUKAN SALAH NASI LEMAK JIKA ANAK GEMUK

Obesiti: Jangan hanya kait nasi lemak




KUALA LUMPUR 24 April – Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata kerana terdapat pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi antara punca kegemukan.
“Jangan kita lihat kepada faktor pemakanan di kantin sekolah sahaja.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan supaya anak-anak mereka tidak berlebihan mengambil makanan segera baik di restoran makanan segera atau di rumah.

Ibu bapa punca anak obes

 

KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.



mfab :))

Kemalangan dirancang, untung dikaut


STATISTIK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, peningkatan paling ketara berlaku pada 2006 iaitu sebanyak 8.5 peratus atau 54,000 kes menjadikannya 635,082 kes berbanding 581,082 kes (2005).
Sementara itu, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ialah sebanyak 762,529 kes, meningkat 4.2 peratus daripada tahun sebelumnya yang berjumlah 705,623 kes.
Peningkatan terendah pula ialah pada 2008 iaitu hanya 7,941 kes (1.17 peratus) kepada 676,114 kes daripada 668,173 kes (2007).
Perangkaan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini amat serius.
Di sebalik kebimbangan tersebut, wujud satu lagi fenomena yang ‘menakutkan’ apabila ada pihak-pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu cabang perniagaan paling menguntungkan.
Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN, ROSALINDA MD. SAID dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar,
ISMAIL KAMADIN cuba merungkai persoalan ini.

  • Kemalangan tidak berbau tetapi ada juga kemalangan yang sengaja dirancang pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

  • Antara pihak yang mendapat keuntungan apabila berlaku kemalangan adalah bengkel membaiki kereta dan juga pengendali trak tunda yang boleh mendapat pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

  • Laporan Khas Utusan Malaysia mengupas mengenai sesetengah pihak yang sanggup mengupah ‘longkai’ memasang perangkap di jalan seperti paku, minyak dan pasir di kawasan yang mudah berlaku kemalangan.

  • Perkhidmatan trak tunda telah menjadi perniagaan menguntungkan dan setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

  • KUALA LUMPUR – Jika setiap kenderaan yang ditunda ke bengkel dibayar komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada kos tuntutan insurans kemalangan, bayangkan keuntungan yang mampu dikaut oleh syarikat trak tunda apabila tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dicatatkan ialah sebanyak 762,529!
    Dengan purata tuntutan insurans antara RM1,000 hingga RM3,000, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, syarikat trak tunda mampu memperoleh antara RM100 hingga RM450 hanya untuk sebuah kenderaan. Itu belum lagi termasuk bayaran menunda ke bengkel.
    Komisyen tersebut akan dibayar oleh pemilik-pemilik bengkel bagi memastikan mereka mendapat lebih ramai pelanggan.
    Perkhidmatan trak tunda sebenarnya telah menjadi perniagaan atau industri yang menguntungkan. Tetapi setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah, tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.
    Sejak lima tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti direkodkan oleh pihak polis meningkat 24 peratus atau 181,447 kes iaitu daripada 581,082 kes pada tahun 2005 kepada 762,529 tahun lalu.
    Kenderaan yang paling banyak terlibat pula ialah kereta diikuti motosikal, pelbagai jenis lori, pacuan empat roda, van dan sebagainya.
    Peningkatan statistik kemalangan jalan raya dari setahun ke setahun, secara tidak langsung memberi ruang kepada perkembangan industri ini sekali gus menarik lebih ramai melibatkan diri.
    Dengan pendapatan seorang pemandu trak tunda yang mampu mencecah RM10,000 sebulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
    Apa yang pasti, semakin hari, kepantasan pemandu-pemandu trak tunda menghidu kes-kes kemalangan yang berlaku semakin hebat.
    ‘Kecekapan’ dan habuan lumayan yang menanti ini juga telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada dakwaan mengatakan sebilangan daripada kemalangan itu sengaja dirancang.
    Dakwaan tersebut mungkin benar menerusi beberapa pendedahan wujudnya ‘perangkap’ di laluan utama jalan raya seperti Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri sebelum ini.
    Malah, Jambatan Pulau Pinang juga pernah menjadi saksi tentang kewujudan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan aktiviti khianat.
    Antara yang digunakan sebagai perangkap ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya.
    Seorang pemilik trak tunda mendedahkan, kerja meletakkan minyak atau objek lain itu dilakukan oleh pihak ketiga yang dipanggil ‘longkai’ atau call man yang mendapat komisyen bagi setiap kemalangan dimaklumkan kepada mereka.
    Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah pula berkata, berdasarkan kajian, kebanyakan kemalangan adalah disebabkan faktor kecuaian manusia.
      

    Sepantas kilat, mereka tiba di lokasi

    SELAIN kecuaian, kemalangan yang berlaku juga berkemungkinan disebabkan terdapatnya 'perangkap' seperti paku, minyak atau pasir yang diletakkan di atas jalan oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan


    KISAH 1: 

    FARIZ Fikri, 23, pernah mengalami pengalaman membabitkan sikap biadab dan kasar pemandu trak tunda apabila terbabit dalam kemalangan setelah terlanggar sebuah kereta di hadapannya.
    Kemalangan itu menyebabkan keretanya gagal dihidupkan dan pada masa sama, dia menghubungi pak ciknya yang juga seorang anggota polis untuk membantu.
    Tidak sampai lima minit, dua buah kereta yang dipercayai runner tiba sambil membawa walkie-talkie.
    ''Mereka bertanya dengan nada keras kereta saya boleh bergerak atau tidak dan apabila dijawab tidak, serta-merta mereka menolaknya ke bahu jalan.
    ''Dengan cara mengugut, mereka terus menawarkan khidmat tunda kereta ke bengkel panel insurans dengan caj yang murah tetapi saya tidak bersetuju kerana mahu menunggu pak cik terlebih dahulu," katanya.
    Bagaimanapun keadaan kembali terkawal apabila pak ciknya datang dengan kereta polis.

    KISAH 2:

    PENGALAMAN buruk itu juga pernah dialami seorang gadis, Lili Ahmad, 26, apabila terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
    Hujan renyai-renyai menyebabkan permukaan jalan raya menjadi licin dan agak sukar untuk memberhentikan kereta serta-merta.
    Tiba-tiba kenderaan di hadapannya berhenti mengejut, menyebabkan kereta dipandunya gagal berhenti walaupun telah membrek.
    ''Selang beberapa minit, datang sebuah trak tunda yang menawarkan perkhidmatan menunda kereta untuk dihantar ke bengkel.
    ''Pada mulanya saya enggan menerima tawaran itu kerana mahu menunggu abang datang tetapi gagal menghubunginya," kata Lili.
    Dalam keadaan trauma dan panik, Lili terpaksa menerima tawaran itu kerana tidak mahu lama berada di tempat kejadian.
    Akibatnya, dia bukan sahaja dikenakan caj yang tinggi malah keretanya terpaksa berada di bengkel itu selama sebulan kerana kekurangan pekerja.

    KISAH 3:

    SEORANG pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Jidin, 27, pernah menghadapi satu kejadian hampir meragut nyawanya ketika pulang ke kampung di Terengganu melalui Lebuh Raya Karak pada cuti persekolahan baru-baru ini.
    ''Cuaca pada hari itu baik, kereta yang baru diservis juga meyakinkan saya untuk memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam.
    ''Tiba-tiba kereta saya hilang kawalan sebelum berhenti di tepi jalan. Apabila memeriksanya, saya mendapati terdapat tumpahan minyak yang agak banyak di kawasan tersebut," katanya.
    Tidak lama selepas itu, beliau didatangi sebuah kereta dengan dua orang lelaki bertanyakan keadaan keretanya.
    ''Mujur kejadian itu tidak meragut nyawa saya. Tetapi yang jelas ini menunjukkan memang ada pihak dengan sengaja meletakkan minyak gris ke atas jalan bagi tujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna,'' ujarnya.
    Jidin berpendapat trak-trak tunda wajar diharamkan dari memasuki lebuh raya dan penyelenggara lebuh raya itu perlu menyediakan perkhidmatan trak tunda bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

    Budok kampong selalu jugek dengar perkara mcm ni sebelom ni....boleh katakan  ramai pengguna jalan raya yg mengatakan ada di sesetengah kawasan di jalan raya keadaan nya sangat menakutkan...dan sesetengah kemalangan itu sukar di terima akal kerana kemalangan berlaku tanpa melibatkan kereta pihak ke2 dan tiba2 kereta hilang kawalan....

    mfab :))

    Saturday, April 23, 2011

    ASTRO NI..BETUL KE ...???

    Assalamulaikum dan salam sejahtera....kat sini aku ada menda  sikit nok kongsi dan bagi tau ngan korang....rasa mcm kurang puas hati jugek lah aku dengan salah sorang agent wanita dari Astro Beyond sorang ni.....main sedak mulut jer....begini cerita nyer...

    Pada petang semalam, jumaat 22/4/2011, jam pukul 3.30 petang sedang melayari Facebook kat opis aku kejap , tiba2 Handfon aku berbunyi...ada org call lah tu..dengan nombor yg x dikenali ,aku agak was2 nak angkat.....bukan apa takut no dari agent2 kad credit jer.....x suka sangat lah aku nak layan nyer....hehehe.....dah kata x minat pun kadang tu dia x paham2....namun pada waktu aku gagahkan jugek lah nak menjawap nye...mana tau kot2 hal penting dari saper2 ker....Bila aku angkat jer.....

    " Helloo..selamat petang ....ini en ******** ***** bercakap ke..?
    "iyer saya.." jawap aku...

    Mcm ni en ***** yer...saya ****** wakil dari Astro nak bagi tau ni....kita ada pakej utk pertukaran Astro lama ke Astro Beyond...yg mana pertukaran nyer x der dikenakan bayaran apa2 pun....hanya RM 20  jer kita akan serta kan dalam bil blnan pertama selepas pemasangan astro beyond nanti..... "kata Agent itu...."heheheh..kata x dek caj apa2..pas tu ada lak.....belit jer budak ni..."bisik aku dalam hati....
     
     "ooo...begitu..tapi saya x berminat lah cik... " jawap aku...

    Mcm ni en ***** mcm mana pun, en kena tukar juge sbb lepas ni  perhikmatan Astro yg  lama tu akan di tamatkan.. x lama lagi....kita akan buat secara beperingkat ni.....dan kita akan call customer kita beperingkat ni...kata nye

     " Ooo yer ke...saya x pernah dengar pulak Astro buat pengumuman mcm yg awak ckp kan tu...." balas aku....

    " En tunggu lah nanti.....mesti En dengar..." jawap dia dan terus menamatkan perbualan....

    Rasa mcm nok terbakor jer gegendang telinga aku ni bila dengor si Agent ni ckp mcm tu..... cara dia ni mcm nak mendesak org sangat...selama ni aku x pernah dengar pulak dari kawan2 dan pengguna2 Astro yg lain kata mcm tu....boleh kata tiap2 kali aku gi pasar malam Putrajaya tu x der pulak wakil Astro kata mcm tu...cuma dia promosi Astro  beyond ni lagi puas hati gambar dia...x dek sepatah hanrang pun dia kata akan di tamatkan astro lama tu......korang ada pernah dapat panggilan mcm tu..?? x pun dengat citer mcm tu.....pelik aku....

    Sakit hati betul aku bila org buat mcm tu....kalau dah terdesak sangat pun....ckp jer lah terus terang....kan sedap telinga aku mendegar nyer....mana tau aku lembut hati dah rezeki dia..ini x....main gempak2 mcm tu lak....x dek tamadun betul lah wakil Astro ni....aku harap lepas ni Astro tapis2 lah agent yg mcm ni.....buat busuk nama Astro jer.....

    mfab :))

    Friday, April 22, 2011

    Fitnah wanita.


    Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" 

    - Hadis Riwayat Muslim

    "Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." 

    - Hadis Riwayat Bukhari
     
    mfab :))

    Wednesday, April 20, 2011

    10 kereta terpantas di dunia





    DEMAM Formula Satu baru sahaja berlalu apabila Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah untuk perlumbaan kedua musim 2001 yang dijuarai oleh pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.
    Sememangnya memiliki kereta terlaju adalah idaman kebanyakan daripada kita tetapi harganya yang menjadi penghalang dan pengeluarannya juga adalah terhad.
    Jika hendak dinilai kereta paling laju di dunia, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kereta yang berjaya mencapai status itu tetapi ia lebih kepada kereta prototaip atau kereta ujian.
    Pada tahun 1970, ujian jentera Blueframe yang menggunakan kuasa roket berjaya mencapai kelajuan 1,000 kilometer sejam (km/j).
    Kira-kira 27 tahun selepas itu, jentera kipas turbo buatan Britain iaitu Thrust SSC memecahkan rekod dengan kelajuan 1,223 km/j, sekaligus menjadi kenderaan darat pertama yang mencapai kelajuan supersonik (kelajuan bunyi).
    Tahun ini, sebuah lagi jentera keluaran Britain yang diberi nama Bloodhound SSC akan berusaha mencapai kelajuan sehingga 1,600 km/j.

    mfab :))

    UTUSAN MALAYSIA ONLINE_ Warga asing punca kes dadah meningkat


    KOTA BHARU 19 April - Kes penyalahgunaan dadah di negara ini meningkat dengan ketara iaitu 25.58 peratus pada tahun lalu apabila merekodkan 157,765 tangkapan berbanding 125,620 tangkapan pada tahun sebelumnya.
    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, sehingga Mac lalu seramai 42,133 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
    Beliau berkata, bilangan pengedar yang ditangkap pada tahun lalu juga meningkat kepada 3,700 orang dengan 499 daripadanya warga asing berbanding 2,955 orang dengan 225 warga asing pada 2009.
    Jelasnya, dalam tempoh dua tahun lalu, seramai 413 warga Indonesia telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sementara Myanmar pula seramai 570 orang, Thailand (660 orang) dan Iran (228 orang).
    Katanya, kebanjiran warga asing ke negara ini merupakan antara punca kepada peningkatan kes-kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
    "Tindakan perlu ditingkatkan untuk membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Dalam konteks ini, bukan sahaja pihak berkuasa dan kerajaan, semua lapisan masyarakat perlu terlibat sama kerana setakat pihak berkuasa sahaja tidak cukup," katanya di sini hari ini.
    Beliau ditemui selepas melawat Klinik Cure & Care 1Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di Pengkalan Chepa di sini.
    Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri.
    Abu Seman berkata, kebanyakan golongan terlibat dengan dadah berusia antara 18 hingga 40-an iaitu kumpulan usia produktif.
    "Sekiranya ia tidak dikawal, keadaan bertambah parah dan ia akan merugikan serta memberi kesan tidak baik kepada negara kerana kerajaan sejak 1983 telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi menjalankan pelbagai program pemulihan melalui institusi, komuniti dan perubatan," katanya.
    Mengenai pengedaran dadah di negeri-negeri bersempadan, Abu Seman berkata, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kawalan di kawasan sempadan termasuk di perairan negara selain membanteras aktiviti pemerdagangan manusia.

    mfab :))

    Tuesday, April 19, 2011

    PENANTIAN 1 PENYIKSAAN ( 4 )

    Assalamualaikum...dan selamat petang.....banyak hari juga aku  x jengguk blog aku ni ...ini kerana agak sibuk aku melayan ahli keluarga baru....ahli keluarga baru...?? mcm dapat menantu lak yer....hehehe...x der lah menantu cuma my baby jer...dia dah balik ke rumah dah setelah 5 hari kena tahan di wad hospital kajang....sekaang ni baru lah aku rasa rumah aku makin berseri...senang hati bila org yg di sayangi selalu ada di depan mata.....

    Tepat jam 2 petang hari rabu 13/4/2011 aku di maklom kan oleh isteri aku bahawa dia dan my baby telah di benarkan pulang kerumah dari hospital kajang....Alhamdulilah....senang hati aku mendengarnye...mau x nyer hampir 5 hari itu aku asyik berulang alik ke hospital kajang dari rumah aku di putrajaya ....bukan nak berkira apa2 pun tapi...terasa juge lah sukar nyer ....
    Dari hari pertama  hingga  nak meyampaikan ke hari yg ke5 ni memang betul2 perit juge lah aku nak layan...mcm2 pekara yg baru aku lalui..dan sangat sukar pula nak aku lupakan....kalau boleh cukup lah hanya utk kali ini.....

     Apa2 pun sebelum aku terlupa aku nak ambik kesempatan utk aku ucapkan jutaan terima kasih aku yg tak terhingga kepada seluruh anggota kerja bahagian wad bersalin,unit rawatan rapi bayi ,wad kelas 2 hospital kajang dan x lupa jugak mak guard yg menjaga di wad berkenaan....terima kasih kerana membantu my baby melihat dunia ini...semoga jasa2 kalian semua akan di balas dengan seribu kerahmatan dunia dan akhirat....
    Hari ini Farish Husairi dah berumur 12 hari..dan berat nya makin bertambah, semoga farish akan cepat membesar dan sihat selalu....Dan pada hari ini penantian yg dikatakan 1 penyiksaan itu telah pun berakhir dan kini telah pun menjadi penantian 1 keindahan...

    mfab :))

    Kaji semula hadkan nasi lemak



    PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan



     - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
    Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.
    Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
    "Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.
    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

    Kalau x dek nasi lemak nak jual apa....x kan nasi  nak jual nasi campur kot..??? Berapa pula mak bapak nak kena bagi duit belanjer kat anak2 ? x kan Rm 5-6 sehari utk seorang kot...boleh tergolek sesetengah mak bapak....patut kena kaji yg lain2 lah, yg lagi boleh meringankan beban mak bapak....ada sesetengah kantin sekolah..jual air sirap 1 gelas pun dah Rm1...

    mfab :))

    Thursday, April 14, 2011

    PENANTIAN SATU PENYIKSAAN ( 3 )


    Assalamualikum dan salam sejatera kepada semua pengunjung blog ini..Semoga kalian semua sihat2 selalu lah hendak nye....aku memohon ampun dan maaf kerana ada sikit janji aku yg x tertunai pada mlm semlm,kerana aku agak kesibukan sedikit kerana isteri tercinta dan my baby dah balik ke rumah pada hari semalam setelah 5 hari berada di wad Hospital Kajang...so banyak pekara lah perlu aku dahulukan.....alhamduliah semua nye ok...
    Berbalik semula pada pengalaman aku itu hari.....Jeng..Jeng.... Jeng....

    Masuk pukul 1 petang kawasan hospital agak lenggangdan tenang....aku masih lagi terpacak di depan wad bersalin menantikan perkhabaran gembira.....kali ini debaran yg aku rasa kan sangat kuat lain dari yg biasa..." oh tuhan....ini kah saat nye..." tanya aku sendirian....Apa yg membuatkan aku berkata begitu kerana pada jam 12.45 tengah hari tadi isteri aku telah di masuk kan kembali ke wad bersalin kerana dari sms yg aku terima dari nya mengatakan sudah buka 7 cm....aku pecaya mungkin x lama lagi lah saat nye.....paling tidak pun mungkin 2-3 jam lagi.....hehehehe....
    Pada petang itu aku rasakan masa berlalu agak pantas kerana tanpa aku sedari jam sudah pun menunjukan pukul 2.00 petang....dan pada waktu itu lihat pintu wad bersalin di buka dari dalam....dan 2 org jururawat keluar dengan bergegas sambil menolak 1 troli yg berisi seorang bayi didalam nye meluru ke arah unit rawatan rapi bayi....kelihatan agak cemas 2 org jururawat itu.....aku merasakan mcm ada yg tidak kena dan debaran aku mula makin kuat....." itu ke baby aku.." tanya aku...sedang aku meredakan debaran 1 seorang jururawat datang kepada seorang lelaki yg duduk berhampiran dengan kerusi aku sejak dari tengahari tadi lalu jururawat mengatakan isterinya telah selamat melahirkan bayi....akan tetapi bayi nye ada masalah sikit kerana telah terbelit dengan tali pusat dan bayi akan di masukan ke unit rawatan rapi....jururawat  meminta lelaki itu mendaftar kemasukan wad....terkedu aku bila mendengarkan pekara sebegitu....x sangka pulak...subahanallah....." ya allah jauhkan lah bayi aku nanti daripada pekara sebegitu......" doa aku di dalam hati.....kali ini dadaku makin kuat pula berdebar nye...makin x senang duduk pula aku kali ini.....semacam sangat aku rasakan.....

    Sedang aku melayani debaran yg makin kencang didada aku ini namun aku masih lagi setia melihat ke arah pintu wad bersalin itu...namun pada kali ini aku memilih kerusi yg paling hampir sekali dengan pintu harapan itu...Tiba 1 kiriman sms datang.....aku rasa mcm x kena masa jer sms ni...namun begitu aku pun buka lah dengan harapan akan ada kata semangat.....bili aku buka dan baca jer rupa2 nye sms dari isteri aku....Jeng...Jeng..Jeng...sms nye tertulis begini..." Alhamdulilah bang...saya dah selamat melahirkan bayi lelaki..tapi doktor kata mungkin ada masalah sikit sebab baby kita tadi mederate...so doktor nak pantau dia terlebih dahulu...harap2 x der apa2 lah...." fuhhh...rasa nak melompat jer aku kat situ..punya lah gembira nyer....tuhan saja lah yg tau......syukur alhamdulilah.....terasa bertenaga dan bersemangat kembali walaupun hampir semalaman x mandi...kali ini 1 penantian dah selesai cuma 1 penantian yg lain pula...moga2 perkhabaran dari doktor selepas ini positif lagi....

    Selang 10 minit selepas baca sms itu sekali lagi pintu wad bersalin itu di buka dari dalam...aku lihat seorang jururawat keluar dengan menyorong 1 troli yg mengandungi seorang  bayi di dalam nyer...."oooh...itu mungkin bayi aku....." bisik aku...aku bangun utk menghampiri...tapi jam2 tu jigak seorang mak guard memanggil aku....x dapat lah aku nak tengok bayi aku....potong line lah mak guard ni...." isteri awk dah dah selamat bersalin dah...awk tunggu lah dekat sini kejap lagi awak boleh tolong tolak kan dia ke wad..."....ooo....saya dah tau dah....apa2 pun terima kasih banyak2 kak..." jawap aku.....sambil melihat mak guard tu kehairanan....mungkin dia pelek mcm mana aku boleh tau sedang kan dari tadi aku duk terpacak jer kat luar tu....lebih kurang 10 minit selepas itu isteri aku keluar dari wad bersalin itu dengan di temani seorang jururawat sambil menolak kerusi roda yg diduduki nye..lalu aku segera menghampiri isteri aku sambil mengucapakan tahniah dan terima kasih...aku lihat isteri aku agak kepenatan namun di wajah nye terpancar tanda2 kepuasan dan kegembiraan.....aku turut mengiringi isteri aku ke wad 2 sambil meminta nyer berehat dan doakan banyak2 semoga bayi aku tiada apa2 masalah....

    Semasa nak memasuki pintu wad 2 itu aku aku x di benarkan masuk oleh mak guard yg menjaga wad itu...kerana waktu melawat belom sampai lagi.....aduh...benggang betuii lah....banyak sangat pulak peraturan nyer...hahahah....."kena tunggu  pukul 4.30 ptg encik yer...baru boleh masuk..."kata mak guard itu......aku mengiyerkan jer lah....smentara menantikan di panggil oleh jururawat utk mengazan kan baby di depan pintu wad rawatan rapi bayi ...aku sms lah pada ahli keluarga,saudara mara dan sahabat yg terdekat utk meyampaikan berita gembira bahawa isteri aku telah selamat melahirkan baby lelaki...selang 2 minit selepas itu bertalu talu pula sms ucapan tahniah yg aku terima....terima kasih saudara mara,ahli keluarga dan sahabat handai....hampir 45 minit aku menunggu tapi masih lagi x muncul seorang pun jururawat yg nak memanggil aku utk mengazankan baby aku.... " eh...mana dia org ni...?? x kan lupa kot nak panggil aku utk azan kan anak aku..."tanya aku sendirian...aku pun gi lah tanya kat mak guard yg jaga pintu masuk wad yg baby aku ada kat dalam tu...." kak saya nak masuk ni..nak azakan anak saya...lama dah saya tunggu kat luar ni...."bagi tau aku pada mak guard itu...dia org x panggil masuk lagi ke..."tanya mak guard itu..." belom lah kak..kalau x buat apa saya tanya kak ni...." balas aku....ermm.kejap yer...akaka masuk tanya doktor..."sambil dia bangun dan masuk ke dalam wad itu....aku menati kan dengan penuh mengharap....selang 3 minit mak guard itu keluar dengan senyuman....lalu membenarkan aku masuk sambil mengiringi aku ke tempat baby aku di letakan...."yg tepi sekali itu baby awak..."beri tau mak guar itu....lalu terus meninggalkan aku disitu.....melihatkan bilik yg menempat kan baby aku itu memang agak janggal pada pandangan aku kerana di dalam 6 orang baby yg ada di dalam bilik itu ada 4 org baby yg diletakan di dalam rak kaca solah-olah duduk dalam akuarium....aku paham mengapa jadi begitu...biasa nye baby yg lahir x cukup bulan mmg kena mcm tu.....nasib baik lah baby aku x mcm tu bisik aku.....

    Aku terus menghampiri baby aku ...alangkah terkejut nye aku apabila aku dapati terdapat beberapa wayer dah saluran getah di salurkan ke tubuh nyer.....ada yg di masukan melalui lubang hidung...dan ada yg di masukan melalui mulut...mcm x sampai hati aku nak melihat nyer.....menitis  air mata aku....hiba sungguh aku melihatkan keadaan nyer....sungguh x ku sangka baby aku boleh kena mcm ni.....bermacam persoalan datang dalam otak aku pasal apa baby aku kena mcm ni.....namun begitu aku lupa kan persoalan yg bermain di fikirin dan aku kuat kan juga semangat dan merapatkan diri ke telinga kanan nye dan terus melaungkan azan dengan nada yg serdahana dan penuh syahdu di dalam bilik itu dan tanpa aku sedari air mata aku turut berguguran mengiringi alunan azan aku itu......aku mengazan kan baby aku  tanpa aku mendukung nye kerana takut menggangu proses bantuan penafasan nyer....nasib baik lah katil anak aku itu di halakan kearah kiblat....senang lah aku nak menunaikan tanggungjawab aku...mungkin pihak hospital dah tau dah cara nyer kalau berhadapan dengan bayi sebegini.....syukur alhamdulilah...sempurna tanggungjawab aku sudah...

    Sebelum aku keluar utk meninggalkan baby aku dari bilik yg memberikan seribu kenangan itu...aku mendapatkan penjelasan dari seorang doktor yg merawat nyer terlebih dahulu....." kita harap baby ini x ada apa...cuma sekarang kami perlu memantau keadaan nye terlebih dahulu agar x ada jangkitan kuman pada paru2 nye akibat dari moderate semasa melahirkan tadi....harap encik banyak2 berdoa..." penerangan dari doktor itu....." ooo...mcm tu...agak2 nyer berapa lama pula masa utk doktor ambil bagi merawat dan memantau baby saya ni..." tanya aku pada doktor itu...errmmm itu bergantung pada keadaan...tapi pihak kami kena memberi nye suntikan antibiotit selama beberapa hari...mungkin 4-5 hari....dan itu pun bergantung kepada keadaan nyer...." terang doktor itu lagi.....ermm.."mintak tolong buat yg terbaik utk baby saya doktor.....terima kasih atas penerangan itu tadi doktor......balas aku kepada doktor itu dengan penuh harapan...." ok..sama2..saya akan cuba buat yg terbaik..."jawap doktor itu dengan 1 senyuman dan berlalu meninggalkan aku yg masih termanga manga dan lagi....


    Sebelum aku keluar dari bilik itu aku sekali lagi menatap dan memberikan 1 ciuman pengharapan semoga baby aku agar dia tabah  dan kuat semangat utk berhadapan dengan dugaan ini....Sebelum aku melangkah pergi...baby menagis seolah-olah tau kau mahu meninggalkan nyer....sebak sekali aku pada waktu itu...

    alamak...baby aku nangis lah.....aku kena gi tengok dia ni.....x leh lah aku nak abis kan malam ni....korang tunggu ekk...tunggu dalam siri ke4 ....bye..bye.....

    mfab :))

    Tuesday, April 12, 2011

    PENANTIAN SATU PENYIKSAAN ( 2 )

     Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia......semoga korang semua dalam keadaan yg sihat sempurna dan bahagia di samping keluarga dan kawan2 pada malam ini...aku mcm biasa  lah masih lagi keseorangan dirumah kerana isteri tercinta dan my baby masih lagi didalam wad....masuk hari ini dah 5 hari  aku x lena tidur apabila mengenangkan keadaan anak aku dan isteri tercinta masih lagi di dalam wad....saper x susah hati weiii......org lain yg sama semasa melahirkan itu hari dah sedap2 main ngan anak kat rumah....sabar ajer lah.....

    Berbalik pada siri Penantian 1 penyiksaan siri 1 yg terhenti di hospital Kajang kini bermula bersambung kembali....Jeng..Jeng..Jeng....

    Setelah di mendaftarkan kemasukan isteri aku di hospital Kajang pada jam 12.00am, aku  sekali lagi mcm kucing kehilangan anak kerana resah menantikan saat2 utk di panggil oleh doktor kononnyer utk menemankan dan memberi semangat kepada  isteri semasa sedang bertarung nyawa utk melahirkan cahaya mata....Namun tafsiran aku ternyata meleset sekali, kerana prosedur di hospital Kajang x sama mcm hospital Putrajaya...si bapa memang tidak di benarkan masuk utk menemankan isteri....apa boleh buat, tunggu sahaja lah perkhabaran gembira dari mak guard ( pengawal keselamatan perempuan ) utk jemput aku masuk utk mengazankan anak....kebiasaanye di lakukan oleh mak guard ini...mungkin kerja sampingan dia kot....bagus lah mcm tu...

    Pada pagi itu jumaat yg penuh syahdu itu aku merasakan  putaran jarum jam aku sangat lambat dan lembab sekali...boleh kata pada malam itu hampir separuh kawasan hosptial sudah aku ronda utk menenangkan hati aku yg semakin kuat debaran nyer.....kalau ikutkan hati pada sebelum aku dan isteri aku ke hospital kajang ini nak sahaja aku daftarkan isteri aku di klinik Al-Zaharah di bandar baru Bangi..kerana di situ merupakan klinik private dan speacialist utk ibu2 bersalin..namun di tegah oleh isteri ku kerana di situ kos nyer agak tinggi dalam lingkungkan Rm2000-Rm3000 kos nye,"lebih baik kita gunakan duit itu utk beli barang2 bayi kita nanti " kata isteri ku semasa isu itu aku bincangkan pekara itu semasa di hospital Putrajaya lagi... Nasib baik lah pada malam itu aku di temani oleh 2 orang lagi bakal bapa sama keadaan nya mcm aku.....lagi teruk pada aku pun ada...kalau hisap rokok tu boleh kata bersambung2 lah...nak hilang kan gementar lah konon nyer...tapi itu semua itu aku x kisah sekurang-kurang nya boleh juga kita org borak2 utk hilangkan resah di dada masing2 dan yg paling untung nye  mak guard  sorang ni lah,kerana dengan ada nyer kita org kat situ secara x langsung  dapat temankan dia borak2  dan seolah-olah kita org dah ambil alih tugas dia....dia pula yg sedap2 lena.....x aci betuii lah mak guard ni...ambil kesempatan...huhuhuuhhu...
    Jam di tangan sudah menunjukan pukul 3 pagi namun masih lagi tiada perkhabaran dari skrin manual (white board )Hospital itu mengatakan bahawa isteri aku dah bersalin.....masih lagi mcm biasa hanya tengok baby org lain sahaja yg di bawa keluar dari wad bersalin utk di hantar kebilik pemeriksaan bayi.....sedang kan bapa nyer entah kemana-mana..Langsung x nampak batang hidung..sedap tidur kat rumah kot.....sedangkan kami 3 orang yg menanti bagai nak gila ni langsung x dapat2 lagi berita baik....tunggu punya tunggu aku pun x sedar boleh terlena di kerusi menuggu ...mungkin akibat terlalu letih dan megantuk sangat lah tu....Oleh kerana gigitan nyamuk aku terjaga ingatkan dah dah selesai tapi masih lagi belum....aku pun ambil keputusan utk baring di dalam kereta di tempat parking awam sahaja....boleh lah aku luruskan badan sikit....sedar x sedar jauh pula aku hanyut dalam tidur pada pagi itu.....
    Jam di tangan menunjukan pukul lapan pagi, aku sekali lagi terjaga akibat dari bunyi bising kereta pelawat dan staf hospital kajang sudah mula memenuhi kawasan parking awam di keliling aku....aku bingkas bangun bila teringat kan isteri aku....bergegas aku ke tandas utk cuci muka dan terus ke wad ibu bersalin utk melihat papan skrin manual ibu bersalin....aduhh..masih lagi belum.... "betul ke papan skrin ni....kot2 juruawat ni lupa nak update..."kata aku sendirian...jadi utk memuaskan hati aku aku masuk kat kaunter dan bertanya pada jururawat.... " Mcm mana dengan isteri saya dah bersalin ke belum...?" tanya aku pada seorang jururawat...setelah memberikan nama isteri ku utk di rujuk pada buku log nyer..." belum lagi lah encik...bawak bersabar..." kata jururawat tersebut... " mmg tengah bersabar lah ini " jawap aku...

    Bila aku keluar saja dari kaunter tersebut aku pun lihat lah sorang bakal si bapa yg bersama-sama dengan aku dari malam semalam ni duk termenung pulak kat luar depan papan skrin itu..mungkin dia pun hampa dengan keputusan yg tercatit pada skrin tersebut....jadi utk mengalihkan tumpuan nya aku pun tegur lah dia....dan memepelawa nya pergi minum dulu...."Jom kita gi minum dulu lah"...ajak aku....boleh juga bang....perut memang tengah lapar ni...dari semalam x masuk apa2 ni...kata nya....ermmm jom...kita gi minum dulu kat kat kedai mamak seberang jalan tu...semasa di kedai mamak aku hanya order nescafe tarik dan 2 biji telur setengah masak sahaja...nak makan yg lain2 masih lagi belum berselara....manakala si bapa yg bernama Eddy ni minta roti canai sekeping dengan tea o ais...sambil makan kami pun bertukar tukar no telefon...utk merapatkan lagi perkenalan kami....
    Selepas balik dari kedai mamak kami sekali lagi ke ke papan skrin wad bersalin hospital tersebut dan alangkah terkejut nya kami kerana isteri si Eddy ini telah pun bersalin....tahniah ucap aku dengan penuh semangat sekali sambil meghulurkan tangan kepada si Eddy...nampak nyer penantian si eddy ni sudah pun barakhir...namun aku masih lagi tertunggu tunggu menantikan saat2 bahagia itu...Sementara menantikan si Eddy ini di panggil oleh jururawat utk di beri tau bahawa dia dapat nak lelaki ke perempuan serta mengazan atau qomat kan anak nyer.. aku temankan lah dia dahulu...lalu kami pun bersembang lah pasal persediaan utk menguruskan uri bayi...Eddy menerangkan lagi baik nyer kalau uri tersebut di cuci oleh dia sendiri kerana di pecayai si anak itu nanti akan lebih rapat dengan nya dan akan lebih mendengar cakap nye....lalu aku terangkan pula pada si Eddy kalau nak tanam uri itu nanti biarlah si bapa dalam keadaan bersih dan berwuduk terlebih dahulu...lagi 1 lagi kalau nak anak itu bijak dan dan pandai dalam pelajaran letakkan pensel dan buku kecil bersama uri tersebut...." kalau kau nak anak pandai main bola..kor letak lah bot bola...." kata aku sambil berseloroh....hehehehe..." Aku nak letak kereta ferari mainan...nanti anak aku boleh ganti kan Alonso " kata nye sambil bergelak.....

    Sedang kami leka berbual bual aku terpandang lah pada seorang ibu mengandung ni dari sudut pandangan tepi...baru keluar dari wad bersalin dengan baju khas utk bersalin..mmg aku cam sangat siapa dia ini....x lain x bukan memang sah isteri aku...."nak kemana pula tu " tanya aku sendirian...tanpa berlenggah lagi aku segera menghampiri nya utk mendapatkan kepastian...."mcm mana ni yang...nak gi mana pulak ni....?"tanya aku pada isteri aku...." baru buka 4 cm bang...lambat lagi...ni doktor suruh tunggu kad wad 2 dulu..nanti jururawat akan datang chek balik....sakit mmg tengah sakit ni...rasa mcm nak sampai masa jer dah...."beritahu isteri ku...."errmm...x per lah masuk dan rehat2 lah dulu...ambil handfon ni...nanti apa2 bagi tau abg....kata aku...senang sikit lah kalau dia dah  pegang handfon...x der lah aku kelam kabut sangat....sebelum isteri aku di masukan ke wad 2 aku pesan supaya telefon itu di dalam nada senyap dan disuruk...takut nanti di marahi oleh doktor......lega sekejap bila dapat tengok muka isteri....walaupun dia masih lagi belum bersalin tapi yg pasti dia masih lagi sihat dan bertenaga...syukur alhamdulilah....
    Tunggu punya tunggu dah x sedar jam sudah menunjukan pukul 12 tengah hari....kejap lagi org nak gi sembahyang jumaat.... "mcm mana aku nak gi sembahyang jumaat ni..dengan x mandi dan x tukar baju ni..." bisik aku sendirian..." x per lah....tengah darurat ni...." hahahaa...bisik aku sekali lagi utk menyedapkan hati sbb dah x der samangat nak pergi sembahyang jumaat pada hari itu dengan keadaan seluar baju kotor dan ada topok2 darah akibat di serang nyamuk hospital pada malam semalam .....korang jgn salah anggap tau ....aku ni bukan jenis kaki  ponteng sembahyang jumaat tau....biasa nya mmg x pernah tinggal kecuali musafir....haaaa....cuma pada hari tu aku tu jer aku x bersedia....hehhehehe..
    Waktu aku tengah karang cerita ni mmg aku tengah penat dan x cukup tidur sangat....sanggap pun dan mmg over sangat2....nampak gayer nye terpaksa  lah akan ada siri ke 3 pula....hahahha..korang jgn marah ehh...nantikan siri ke3 pada malam besok pulak....i m sorry.....

    mfab :))

    Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000



    Masakan ikan patin dikatakan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit di Temerloh, baru-baru ini.


    TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
    Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
    "Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
    Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
    "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
    Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
    Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
    Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
    Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
    Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

    Budok kampong agok kecewa dengan sikap peniaga sebegini  yg betui2 mengaut keuntungan tanpa berfikir panjang demi masa depan perniagaan nyer dan nama baik BandorTemerloh yg memang di kenali sebagai bandor ikan patin....Lebih2 lagi ini melibatkan kampong budok kampong sendiri.....Setau budok kampong lah..kalau kedai di daerah temerloh tu hanya ada 1 kedai sahaja yg menjual ikan Patin muncung dari sungai...kalau kedai2 yg lain tu hanya menjual ikan patin sangkar sahaja....kalau lah ada pun sepatut nyer kena lah di pamerkan tanda harga terlebih dahulu jika harga nyer melebihi dari harga kebiasaan semoga para pelanggan tidak akan rasa tertipu.....lebih2 lagi apabila harga mencecah RM13000 utk 50 org punya makan...langsung x masuk akal.....kalau iyer pun nak bagi harga mcm tu bagi tau lah dulu dengan pelanggan sebelom terima tempahan....profesional lah sikit.....buat malu org kampong jer bila dapat baca cerita mcm ni.....jgn maroh kalau lepas ni ikan patin temerloh kurang mendapat sambutan....

    mfab :))

    Jangan sembarangan makan


    (Kiri:cendawan liar yang boleh dimakan )schizophyllum Commune atau cendawan sisir, termitomyces atau cendawan busut,(Kanan:cendawan liar yang beracun ) macrolepiota dan lepiota



    KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan ladang diminta tidak memakan cendawan yang tumbuh liar di kawasan mereka dengan sewenang-wenangnya terutamanya pada musim hujan ketika ini kerana dibimbangi terkena keracunan.
    Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.
    Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.
    Sehubungan itu, orang ramai perlu mengenali cendawan liar yang boleh dimakan sebelum mengutip dan memakannya kerana perbezaan sesetengah cendawan yang boleh dimakan dengan yang beracun cukup kecil.
    “Walaupun cendawan liar itu dikenal pasti boleh dimakan, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk kali pertama.
    “Jika terdapat tanda-tanda alergi terhadap cendawan yang dimakan, mangsa harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

     Dulu-dulu masa budok kampong kecik2 lagi biasa sangat mengutip kulat gini...tapi x pernoh pulok kena keracunan....kalau kulat sisir tu memang lah susoh nok beracun tapi kalau kulat tahun tu kena jaga2 lah sikit...sbb nyer banyok lagi kulat2 yg lain menyerupai kulat tahun ni....agok nyer sbb tu lah boleh kena keracunan sbb main kutip jer...biasa nyer kulat tahun ni akan tumbuh di kawasan yg ada berbusut/bukit kecil...kalau tumbuh kat tanoh rata tu..ada yg x kena lah.....elok nyer jgn lah makan yg mcm tu...
     
    mfab :))

    PENANTIAN SATU PENYIKSAAN ( 1 )

     Syukur alhamdulilah yang tak terhingga....apabila semua nyer telah selamat...Yg  mana sebelum ini kata orang Penantian itu 1 Penyiksaan  telah pun berakhir dengan penuh kesyukuran yg tak terhingga....Kini isteri tercinta aku telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki tepat jam 2.10 minit petang pada 8/4/2011.

    Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman cemas pada khamis 9/4/2011 jam 6.30 petang  semasa aku  di beritahu oleh isteri tercinta bahawa sedikit tanda2 utk melahirkan telah ada dan perut nye pula sentiasa sakit selang 10 minit yg mana itu menanda tanda2 awal utk seseorang yg mengandung akan melahirkan...dengan agak kelam kabut aku dan isteri ku bersiap utk menuju ke Hospital Putrajaya...Jarak rumah aku dengan Hospital Purtajaya tidak lah sejauh mana pun....lebih kurang 10-15 minit dah boleh sampai....akan tetapi pada hari itu aku merasa kan ianya sangat jauh dari hari biasa bila aku pergi....Mcm tu lah kalau dah gelabah...huhuhu..

    Lebih kurang 12 minit aku dan isteri selamat sampai di Hospital Putrajaya.....dengan keadaan kelam kabut nye aku meminta seorang pembantu hospital itu utk membantu aku membawa kan kerusi roda utk menurunkan isteri aku...." Cepat encik iteri saya sakit nak bersalin ni..." kata aku....lalu di balas oleh pembantu itu "oo...encik salah tempat ni....Wad  bersalin dekat atas sana...sini utk kecemasan lain2..."Alamak...aku dah salah tempat lah....mana lah aku tau...ingatkan wad kecemasan ni  sama jer utk org nak bersalin sekali...hahahaha...Aku pun bergegas lah ke kereta lalu memecut pula ke wad bersalin.....

    Sampai di wad bersalin aku segera memimpin isteri ku ke dalam wad....Lalu isteri aku segera di masuk kan ke 1 bilik utk pemeriksaan yg langsung  aku terus x nampak2 kelibat nyer hampir 2 jam.......Jeng..jeng...jeng....kat sini lah bermula nya debaran2 yg x pernah aku fikirkan sebelom ini....Boleh kata selang 10 minit pasti aku dengar suara tangisan bayi yg baru di lahirkan...dan di selang pula dengan suara jeritan si ibu utk menahan sakit bersalin.....Seorang demi seorang si ayah di panggil oleh jururawat  utk menemani si isteri semasa melahirkan atau pun utk mengazan/qomat si anak...entah bila pula turn aku ni....dah bersalin ke belom isteri aku ni..semakin kuat pula debaran yg aku rasakan....gelisah nya x usah di katakan lah....sejuk penghawa dingin hospital itu langsung aku x rasa.....betul2 lah Penantian 1 penyiksaan....Mana x nye tengok org lain semua nya bila keluar senyum jer...happy jer...aku kat luar ni mcm kucing hilang anak dah....

    Semasa sedang menunggu giliran isteri aku itu ...aku terdengar perbualan dari salah seorang si suami yg mengata kan bahawa Wad di hospital itu telah penuh...yg mana mungkin akan ada pesakit akan di hantar ke hospital yg lain....Aku pun x faham mcm mana boleh jadi mcm ni....org Putrajaya sendiri pun x terjamin lagi utk menggunakan kemudahan awam seperti hospital di Putrajaya ini...Tapi yg hairan nyer agak ramai juga org dari luar Putrajaya yg boleh mendaftar di hospital ini.....pelik betul lah....

    Hampir pukul 11 malam baru lah aku nampak isteri tercinta aku...dengan muka sembab nye lalu memberikan 1 senyuman pada aku....dan terus berjalan ke arah aku...." belom lagi lah bang..baru buka 2 cm..."katanya..."habis yg lama2 tadi buat apa..? pergi mana...?soal aku yg tengah kehairanan tahap gaban...hehehe.... "ooo....doktor suruh tunggu kat dalam,kat ats katil....tu yg saya tertelap kejap tu..."aduh...aku kat luar ni mcm apa ntah rupa nyer dia kat dalam sedap2 jer tidur...huhuhuh....

    Selang 10 minit kemudian aku dan isteri ku di panggil oleh seorang doktor yg menyatakan bahawa isteri aku x dapat di tempatkan di hospital putrajaya kerana wad sudah penuh.....oleh sebab itu isteri aku terpaksa di transfer ke hospital Kajang....Bagai nak luruh jantung aku bila mendengar kan pekara sedemikian...kecewa sangat2 dengan penjelasan doktor itu.....terasa sangat lah x ada istimewa nya menjadi warga Putrajaya.....
    Bincang punya bincang maka aku terpaksa akur lah dengan saranan doktor itu walau pun dengan  berat hati dan kecewa....Demi keselamatan isteri tercinta dan kandungan nya aku pergi lah juga ke hospital kajang.....

    Tunggu siri ke 2 kisah ini...mungkin akan menemui anda pada malam besok....hehehehe

    mfab :))

    Wednesday, April 6, 2011

    MPV penuhi keperluan



    Keluarga Fairuz Hana Anuar nyata selesa dengan kenderaan MPV yang dimiliki.


    SUDAH tentu ketika bujang, keinginan membeli sesuatu hanya berdasarkan cita rasa individu berbanding apabila sudah mendirikan rumah tangga.
    Bila keluarga sudah mula berkembang, pelbagai perubahan perlu disesuaikan mengikut perkembangan semasa. Contohnya, bermula daripada pembelian sebuah pangsapuri ke rumah teres sehinggalah bertukar daripada kereta sedan ke kenderaan pelbagai guna (MPV).
    Bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa, imej model MPV merupakan kenderaan pertama yang mula terbayang di minda.
    Dikenali sebagai kenderaan keluarga, MPV merupakan kenderaan yang diminati terutamanya oleh golongan ibu bagi melaksanakan rutin seharian mereka.
    Bagi seorang wanita berkerjaya yang juga usahawan sambilan dan ibu kepada tiga orang anak, Fairuz Hana Anuar, 35, sebuah kenderaan MPV adalah sangat penting dalam rutin sehariannya lebih-lebih lagi bagi menguruskan perniagaan menjual kek dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
    Dia juga bersetuju bahawa kenderaan MPV memang mempunyai manfaat yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kereta sedan.
    "Saya memilih sebuah MPV kerana saya perlu melakukan beberapa tugas sebagai seorang isteri, ibu dan sebagai seorang wanita berkerjaya.
    "Dalam menjalankan peranan saya sebagai seorang usahawan wanita dan ibu kepada tiga anak, saya sentiasa mengejar masa dan perlu melakukan pelbagai rutin harian. Bersesuaian dengan gaya hidup saya yang aktif, saya memerlukan keselesaan sewaktu ke mesyuarat, menguruskan perniagaan dan urusan anak-anak saya," katanya.
    Apabila ditanya tentang perbandingan menggunakan MPV berbanding jenis kereta yang lain, Fairuz Hana berkata: "Saya membeli sebuah MPV kerana keselesaan yang dijanjikan walaupun saya terpaksa berjalan ke beberapa tempat dalam satu hari.
    "Misalannya, saya memandu anak saya ke sekolah pada hujung minggu untuk aktiviti kokurikulum dan seterusnya ke pasar untuk membeli barangbarang keperluan. Menjelang tengah hari, saya memandu ke kedai dan seterusnya ke pasar raya bagi membeli barangan keperluan serta menjemput balik anak saya dari sekola," katanya.
    Ternyata, ia memenuhi keperluan dan kehendak keluarga saya secara menyeluruh!
    Layari http://www.allaboutexora.com/ untuk keterangan lanjut 

    lAGI BESOR LAGI SELESA....
     
    mfab :))

    Monday, April 4, 2011

    Shaheizy Sam MEMANG AKU SOKONG DIA MENANG



    * Shaheizy Sam
     Dari awei2 lagi aku memang harap kan budok ni menang.....sebab nyer lama jugek dah aku nengok budok ni bekerja keras dalam bidang lakonan ni....sejak nengok lakonan dia dalam cerita adenan sempit..lagi kuat lah aku menyokong dan meminati nya bakat nyer...dengan gayer yg ber sahaje dan gila2 ...lagi pun lakonan dia semenjok 2 menjok ni memang menyerloh lah....tahnioh...
    Pelakon berbakat besar Shaheizy Sam menepati ramalam apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung, malam tadi.
    Kejayaan Shaheizy itu melayakkannya membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia/Mandalay.

    mfab :))

    SAKIT HATI AKU DENGAN GURU MCM INI


     INNALILAHWAINNALILAHIRAJIUN.....Saper sangka anok yg yg di hantor untuk menimba ilmu di sekoloh agama berasrama akhirnyer jadi begini..dengan usia anok yg baru mencecoh 7 tahun boleh kata baru sangat nok mengenei alam persekolohan...kena pulok dengan usia begitu telah di antor ke sekoloh berasrama,terpaksa berpisoh dengan ahli keluarga,dah kena hidup berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian di alam persekolahan....jauh beza dengan kanok2 yg lain yg mana segalanyer di urus oleh ibu bapa masing2 mula dari bangkit tidur hinggalah masuk ke pintu pagor sekoloh......
    Mungkin begitu berat untuk anok/adik ini nok berpisoh dengan ahli keluarga nyer...akan tetapi demi harapan ahli keluarga terpaksa jua dia tempuhi dengan berat hati....boleh kata besor jugek lah pengorbanan adik ini....Begitu juge besor lah harapan ahli keluarga  pada pihak sekoloh untuk mendidik, menjaga keselamatan dan menjaga kebajikakan anok2 mereka bila bila berada di sekoloh ini....
    Namun apa yg di harapkan sebalik nyer pulok yg berlaku,sepatut nyer pada guru lah tempat utk mengadu dan tempat utk meminta bantuan sekira berlaku apa2  perkara yg berlaku di dalam sekoloh..dengor kabor punca nyer bermula dengan kejadian kecurian barang,dan arwoh mungkin ada kena mengena dengan kejadian tersebut,lalu ia di bawa kepada seorang guru utk di soal siasat dalam 1 bilik dalam keadaan tangan yg terikat..
    Akibat dari soal siasat itu lah arwah ini berkemungkin di belasoh dan di lanyok oleh guru yg x ada perasaan itu,dan meyebabkan arwoh ini mengalami kecederaan yg serius dan di soh kan meninggal dunia..
    Sampai mcm tu sekali cikgu durjana itu melaku kan soal siasat hanya pada kes sedemikian dan dengan keadaan umur arwoh itu.....langsung x menggunakan akal dan pikiran yg waras....kalau nok maroh sekali pun bukan bukan itu imbuhan nyer......
    Budok kampong doa kan moga arwoh di tempatkan di dalam kalangan org2 yg benar dan jugek mendoakan agor guru durjana tersebut akan medapat balasan yg setimpal dengan kelaku bodoh nye itu...kalau boleh bior dia jumpa dulu dengan org2 kampong dan budok2 kampong utk diberikan sedikit pengajoran dan belasohan nasihat dengan cara undang2 kampong terlebih dahulu sebelom di hantor ke balai dan seterusnya di jatuhi hukuman melalui undang2 negara pulok..
     
    mfab :)

    Sunday, April 3, 2011

    RM108 bilion lesap setiap tahun

    Lagi cerita pasei SPRM ngerejakan Kastam durjana,lagi tekejut budok kampong...rupa nya lagi besor jumlah duit yg kena sebat tu......patut lah jalan2 kat kampong susoh nok dapat yg baru.......

    - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
    Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
    "Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
    "Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
    "Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.
     
    mfab :))

    Wajar ditayang di Parlimen

    Rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang wajar ditayangkan kepada semua wakil rakyat di Parlimen untuk dinilai sendiri oleh mereka. Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, ia bagi mengelak pelbagai pihak daripada terus membuat spekulasi dan mempertahankan pihak tertentu tanpa melihat rakaman video tersebut.

    “Polis sudah mengesahkan bahawa rakaman video itu tulen, maka semua Ahli Parlimen perlu melihatnya dan membuat analisis supaya perkara sebenar dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan yang diwakili mereka,” kata beliau dalam kenyataannya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

    KahKahKah.....Budok kampong pun teringin juga nak tengok kalau boleh.......alaaaa...mcm x biasa.....
     
    mfab :))

    Saturday, April 2, 2011

    SPRM NANGKAP PEGAWAI2 KASTAM DURJANA


    Hari  ini Budok kampong dengor kabor dari pegawai SPRM bahawa pegawai2 kastam yg kena tangkap tu banyok sangat duit simpanan dan harta masing2....boleh kata bukan  kekayaan sederhana akan tetapi melampaui batas pendapatan masing2.....ada saloh sorang tu muwat simpanan dalam akaun bank nyer hingga mencecoh ratusan ribu ringgit.....dan sesetengah nyer akan di masukan ke akaun nyer setiap bulan hingga mencecoh RM10000.....senang betuii dapat duit yakk.....nok best lagi ada saloh sorang tu siap nyimpan jongkong emas kat dalam rumoh......x takut lalu rompok dek org......menda nok melik kan duit tenggoh banyok...senang dapat pulok tu.....ashh iyerr...cheewahhh...becerita dalam bahasa org kampong pulok....hahahah
    Dari cerita SPRM...hasil dari kerja geng2 dia org ni ( pegawai kastam yg kena soal siasat ni lah ) hampir RM10 bilion hasil pendapatan negara dalam setahun geng ni dah sebat....Bukan sikit2 duit tu sebat dek geng2 ni...
    Apa2 pun tahnioh lah pada SPRM kerana berjaya membongkor kerja geng2 ni....kalau tidok pejabat kastam pun harus kena juei.....lagi lah susoh nyer org kampong....sebab x dek tempat dah nok nompang harap......



    mfab :))

    Friday, April 1, 2011

    PASAR MALAM PUTRAJAYA

     Minggu lepas yang lalu aku di minta oleh org umah ke menemani nye ke pasar malam...  " ada barang peribadi yg nak di cari ni."..katanya.. ".ooo...yer ke ! ermmm jom lah.." ke balas aku...sambil tertanya-tanya pada diri sendiri mengapa pula barang peribadi  beli kat pasar malam pulak kali ini...heheeh...
    Masuk saja jam 8.00 malam kami pun bertolak lah ke pasar malam yg megambil masa hanya 10 minit dengan bekereta....Sesampai saja di pasar malam mcm biasa lah aku menuruti saja org umah aku utk mendapatkan barang peribadi nya terlebih dahulu....jalan punya jalan ..sampai lah kat 1 gerai yg menjual ubat-ubatan herba..org umah aku nak makan jamu pulak ke...?? tanya aku sendirian...
    ooo...Rupa-rupanya makanan tambahan nya sudah habis...patut lah...baru lah aku tau sebenarnya apa yg di maksudkan barangan peribadi tadi rupa2 nya susu High Goat org umah aku dah abis....hehehehee
    Setelah selesai medapatkan barang peribadi kami pun pusing2 lah kawasan pasar malam ini utk mencari apa2 yg perlu dan sambil2 cuci mata....aku mcm biasa lah dengan kegemaran aku iaitu jagung mutiara rebus lah....2 tongkol lagi tu aku beli...org umah aku pula..dengan putu mayam nye lah...manakala anak aku pula dengan Nasi lemak RM 1 dia tu...siap beli 6 bungkus lagi ....
    Nak kongsi sikit pasal Putu mayam kat pasar malam putrajaya ni....kalau x kena masa nya kena beratur panjang lah nak tunggu turn utk dapatkan putu mayam ni....boleh kata kena beratur itu mmg biasalah di gerai nyer...power x power nyer putu mayam  ni...hehehe..kebetulan masa org umah  aku beli tu putu mayam tu...org tengah ramai...so mcm biasalah kena tunggu dan beraris10-15 minit dahulu....kerana kepinggin sangat..kena juga lah tunggu...sambil aku menuggu tu aku pun toleh2 lah keadaan sekililng pasar malam itu...
    Apa yg mecuri tumpuan aku ialah 1 gerai yg menjual permain kanak2...Yang mana di depan  gerai itu ada lah pasangan suami isteri dengan anak nya yg mungkin umur dalam lingkungan 5-6 bulan...apa yg menariknya si ibu begitu  teruja bila menunjukan salah 1 permain  patung penguin itu kepada anak nye siap dengan lakonan cara penguin berjalan lagi... Patung penguin itu di tolak2 nya utk  menampakan bergoyang goyang mcm menari...maka si ibu dan si bapanya bergelak tawa lah di depan anak nya seolah ia nye lucu sangat....Apa yg aku nak kongsikan di sini ialah si ibu dan si bapa nyer itu  ketawa bersungguh-sungguh utk menarik perhatian si anak nya...akan tetapi langusung x di pedulikan oleh si anak nya...bukan sekali dua patung itu di tolak nyer malah beberapa kali yg turut di iringi dengan gelak ketawa mereka...aku pun naik hairan dengan tingkah laku si ibu dan si bapa itu....melihatkan reaksi si anak nye pula langsung tiada balasan..mungkin si anak x berminat atau pun x mengerti dengan permainan itu...Dari apa aku lihat seolah si ibu dan si bapa ini dah mcm syok sendiri pulak dengan permainan itu....mcm kesian pun ada aku nengok nyer....
    Melihatkan keadaan mereka itu aku anggap saja yg mereka ini begitu ingin sekali menhiburkan si anak nye dengan permainan itu...saper x sayang anak yer x...??? hehehe nasib baik lah kat pasar malam tu x der jual kereta kawalan jauh..kslsu tidak x tau lah apa  pulak si mak dan si ayah tu buat kan utk si anak nyer itu....seronok jugak bila dapat lihat karenah org kat pasar malam ni.....sekian....

    mfab :))