~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Showing posts with label PEMOTORAN. Show all posts
Showing posts with label PEMOTORAN. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Perodua Myvi kini semakin bagus





DUNIA automotif tempatan tidak lagi sama selepas Perodua Myvi diperkenalkan di pasaran pada 2005. Bertitik tolak daripada kejayaan pertama Kancil pada 1994, Kelisa dan Kenari pada awal tahun 2000, Perodua berjaya mengisi kekosongan yang selama ini ditinggalkan oleh segmen kereta murah yang ekonomikal.
Segmen yang satu ketika dahulu dikuasai Proton telah dipecahkan monopolinya oleh Perodua. Myvi juga berjaya melonjakkan Perodua ke tempat teratas sebagai kereta paling laris, selain pengeluar yang menduduki tangga teratas jualan tertinggi dalam pasaran tempatan.
Tidak dinafikan bahawa kereta itu didatangkan dengan pakej kereta urban yang menjimatkan. Myvi dicipta untuk menjadi kereta yang praktikal, mudah dipandu dan diparkir, ergonomik, teknologi yang asas serta mudah diselenggara.
Bagi sebuah negara yang mengadaptasi sistem bayaran balik sehingga sembilan tahun, sudah tentulah faktor nilai jualan balik menjadi isu pokok. Pembeli kereta pertama sudah tentu memikirkan nilai pasaran terpakai yang bagus.
Justeru, Myvi ternyata satu pembelian yang selamat. Lihat sahaja nilainya di pasaran terpakai bagi model pertama tahun 2005. Tidak ada kereta yang mengalami kejatuhan minimum seperti Myvi.
Perodua dikenali kerana kualiti binaan Toyota-Daihatsu. Kereta yang dipasang di Sungai Choh, Rawang itu berkongsi platform dengan model gantian Daihatsu Boon yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran Jepun pada tahun lalu. Ironiknya, Boon generasi kedua ini (atau ketiga jika dikira dengan model Storia) turut menggantikan Myvi tempatan.
Berbeza dengan khabar angin yang bertiup kencang sebelum kehadiran gantian Myvi itu, asasnya, ia kekal dengan kapasiti enjin 1.3 dan namanya - Myvi. Sebenarnya saya melihat pengekalan nama pada model gantian adalah perlu dalam pasaran sekecil Malaysia agar sesuatu jenama dapat diperkukuhkan dan mudah diingati.
RUANG kargo boleh ditambah dengan hanya melipat sepenuhnya tempat duduk belakang.



Walaupun desas-desus bertiup kencang tentang gantian Myvi bakal menggunakan enjin 1.5 liter baru, Perodua mengambil keputusan mengekalkan konfigurasi enjin sedia ada.
Enjin K3-VE berkapasiti 1.3 liter itu terbukti lasak dan ekonomikal sejak divariankan lama sebelum itu di Jepun. Enjin siri K3VE dibangunkan sejak tahun 2000 dan telah dipasangkan pada pelbagai model Toyota/Daihatsu seperti Terios (Kembara/Nautica), YRV, Storia dan Bb. Ia merupakan model gantian siri HC/HD seperti yang dipasang pada Daihatsu Ascend/Espri tempatan.
Perbezaan ketara untuk Myvi baru adalah pengubahsuaian sistem stereng kuasa daripada jenis bermotor kepada berkuasa elektrik. Jika dilihat kepada mana-mana kereta urban moden hari ini, stereng kawalan elektrik lebih mesra pengguna menerusi sensor kelajuan.
Pada posisi pegun, memusing stereng adalah lebih mudah. Sementara apabila kelajuan melebihi 40 kilometer sejam (km/j), alat pengesan (sensor) pada batang rak stereng akan memberatkan putaran, sekali gus menjadikan pemanduan lebih stabil.
Enjin Myvi baru itu sudah ditala semula untuk capai tahap ekonomikal yang lebih baik. Menurut Perodua, menerusi ujian dalaman mereka, versi manual mencatat perjalanan 17.5km bagi seliter (km/l) petrol, berbanding model lama iaitu 17.1km/l. Model automatik nampaknya lebih baik kerana mencatatkan jarak 14.6km/l berbanding 13.5km/l pada model lama.
ENJIN bersesaran 1.3 liter menjanjikan penggunaan bahan api lebih menjimatkan berbanding enjin berkapasiti sama sebelumnya.



Walaupun asas platform Myvi baru itu sama seperti sebelumnya, sistem suspensi dan pengendaliannya telah diperbaiki secara keseluruhan. Pada sesi uji pandu singkat yang dijalankan bulan lepas, pihak media berpeluang mengujinya.
Apa yang dapat saya simpulkan, karektor pemanduannya tidak banyak berubah. Cuma suspensinya terasa lebih rigid terutamanya pada bahagian belakang. Tahap membuai yang sinonim dengan Myvi berjaya dikurangkan dengan menggunakan set suspensi yang lebih 'keras'.
Selain itu, konfigurasi dalaman dan luaran tidak banyak berubah. Beberapa penyesuaian ada dibuat. Ruang kepala direndahkan sedikit, sementara kelegaan kaki ditambah. Ruang but simpanan barang dan bahagian penumpang belakang masih tidak berubah.
Bahagian luar menerima perubahan ketara dengan rekaan lampu yang kelihatan lebih 'tersenyum'. Susunan lampu belakang pula berjaya menjadikan kereta ini satu pakej yang lengkap.
Jika anda amati pada model lama, penempatan lampu belakang kelihatan tergantung di posisinya. Jujurnya, saya suka rekabentuk lampu belakang Sirion/Boon versi Jepun yang lebih menyerlah dengan penggunaan kelongsong berbentuk bulat.
RUANG kabin Myvi yang mesra pengguna dan ergonomik.



Hari ini, pembeli melihat kereta urban daripada perspektif berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Myvi terjual lebih 484,000 unit sejak dilancarkan, menang 11 anugerah sepanjang lima tahun dan terbukti rakyat Malaysia memang sukakan Myvi.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh memberitahu pihaknya menyasarkan jualan Myvi sebanyak 8,000 hingga 8,500 unit sebulan.
“Sehingga kini, sebanyak 10,000 unit Myvi telah ditempah. Penghantaran Myvi baharu kepada para pelanggan bermula esok (Jumaat),” kata Aminar.
Perodua juga sudah memulakan pengeksportan model sama ke Indonesia dengan menggunakan lencana Daihatsu Sirion. Penghantaran pertama itu melibatkan 500 unit Myvi.
Penggantian model baru adalah satu lagi berita gembira kepada bakal pembeli Myvi mahupun kereta subkompak secara keseluruhannya. Harga kereta ini bermula dari RM43,900 hingga RMRM57,400 bergantung pada varian sama ada Standard, Premium atau Elegance.

mfab :))

Thursday, April 28, 2011

Yamaha 135LC serba baru


YAMAHA 135LC meletakkan jenama tersebut di hadapan dalam aspek teknologi pembuatan moped.



WALAUPUN masih belum berjaya mengatasi jumlah jualan moped atau kapcai buatan Honda, nama Yamaha di Malaysia sudah cukup kuat. Apa sahaja model yang dikeluarkannya jarang sekali menemui kegagalan.
Antara model yang menjadi pilihan terutama anak muda pastinya Yamaha 135LC. Mula menjengah pasaran sejak Februari 2006, model ini tidak pernah gagal menarik minat pembeli baru. Buktinya, sebanyak 260,000 unit model tersebut sudah pun berada di jalan raya.
Menyedari impak tersebut, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha Motor) telah memperkenalkan model 135LC yang serba baharu. Jentera empat lejang itu hadir bersama pelbagai pembaharuan yang pastinya membuatkan 135LC terus popular di pasaran tempatan.
“Pengenalan 135LC mencatatkan satu penanda baru kepada Hong Leong Yamaha Motor kerana kami komited untuk memeriahkan segmen moped dengan model-model yang inovatif,” kata Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, C. H. Ng.
Pada tahun lalu, industri motosikal mencatatkan kenaikan sebanyak 10 peratus dengan jumlah keseluruhan mencecah 495,373 unit. Segmen moped pula mewakili 85 peratus daripada pemintaan pasaran.
Pengenalan 135LC dilihat cuba meneruskan kesinambungan produk baru oleh syarikat terbabit. Pada Mei tahun lalu, moped siri Lagenda 115Z telah dilancarkan.
Moped 135LC didatangkan dengan dua varian iaitu klac automatik dan klac tangan. Antara ciri-ciri utama yang boleh didapati pada 135LC dengan klac automatik ialah gaya luaran lebih menarik. Di samping lampu hadapan dan belakangnya yang menerima reka bentuk baharu.
Bagi paparan lebih jelas, rekaan speedometer telah direka semula. Sebagai langkah keselamatan tambahan, model itu turut dilengkapi dengan penutup pada bahagian kuncinya.
Pembaharuan yang diterima oleh model klac tangan pula termasuklah transmisi manual lima kelajuan, brek cakera untuk roda belakang, tayar belakang lebih lebar dan meter kelajuan yang diiluminasi.
Kedua-kedua model itu menggunakan khidmat enjin empat jelang SOHC, empat injap dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa sehingga 8.93kW @ 8,500 rpm dan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500 rpm.
Tiga warna ditawarkan untuk model klac automatik iaitu hitam, putih dan merah. Sementara bagi model klac tangan pula, cuma ada warna hitam dan putih. 135LC dengan klac atomatik dijual pada harga RM6,506 dan RM7,070 untuk varian klac tangan (di atas jalan).

Pulamakkk..cantik nyer...aku punye hutang yamaha 135 LC baru abis..dah keluar model baru.....cantik pulak tu....nak buat hutang lagi ke x ni....huhuhuhuh...



mfab :))

Wednesday, April 20, 2011

10 kereta terpantas di dunia





DEMAM Formula Satu baru sahaja berlalu apabila Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah untuk perlumbaan kedua musim 2001 yang dijuarai oleh pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.
Sememangnya memiliki kereta terlaju adalah idaman kebanyakan daripada kita tetapi harganya yang menjadi penghalang dan pengeluarannya juga adalah terhad.
Jika hendak dinilai kereta paling laju di dunia, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kereta yang berjaya mencapai status itu tetapi ia lebih kepada kereta prototaip atau kereta ujian.
Pada tahun 1970, ujian jentera Blueframe yang menggunakan kuasa roket berjaya mencapai kelajuan 1,000 kilometer sejam (km/j).
Kira-kira 27 tahun selepas itu, jentera kipas turbo buatan Britain iaitu Thrust SSC memecahkan rekod dengan kelajuan 1,223 km/j, sekaligus menjadi kenderaan darat pertama yang mencapai kelajuan supersonik (kelajuan bunyi).
Tahun ini, sebuah lagi jentera keluaran Britain yang diberi nama Bloodhound SSC akan berusaha mencapai kelajuan sehingga 1,600 km/j.

mfab :))

Wednesday, April 6, 2011

MPV penuhi keperluan



Keluarga Fairuz Hana Anuar nyata selesa dengan kenderaan MPV yang dimiliki.


SUDAH tentu ketika bujang, keinginan membeli sesuatu hanya berdasarkan cita rasa individu berbanding apabila sudah mendirikan rumah tangga.
Bila keluarga sudah mula berkembang, pelbagai perubahan perlu disesuaikan mengikut perkembangan semasa. Contohnya, bermula daripada pembelian sebuah pangsapuri ke rumah teres sehinggalah bertukar daripada kereta sedan ke kenderaan pelbagai guna (MPV).
Bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa, imej model MPV merupakan kenderaan pertama yang mula terbayang di minda.
Dikenali sebagai kenderaan keluarga, MPV merupakan kenderaan yang diminati terutamanya oleh golongan ibu bagi melaksanakan rutin seharian mereka.
Bagi seorang wanita berkerjaya yang juga usahawan sambilan dan ibu kepada tiga orang anak, Fairuz Hana Anuar, 35, sebuah kenderaan MPV adalah sangat penting dalam rutin sehariannya lebih-lebih lagi bagi menguruskan perniagaan menjual kek dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
Dia juga bersetuju bahawa kenderaan MPV memang mempunyai manfaat yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kereta sedan.
"Saya memilih sebuah MPV kerana saya perlu melakukan beberapa tugas sebagai seorang isteri, ibu dan sebagai seorang wanita berkerjaya.
"Dalam menjalankan peranan saya sebagai seorang usahawan wanita dan ibu kepada tiga anak, saya sentiasa mengejar masa dan perlu melakukan pelbagai rutin harian. Bersesuaian dengan gaya hidup saya yang aktif, saya memerlukan keselesaan sewaktu ke mesyuarat, menguruskan perniagaan dan urusan anak-anak saya," katanya.
Apabila ditanya tentang perbandingan menggunakan MPV berbanding jenis kereta yang lain, Fairuz Hana berkata: "Saya membeli sebuah MPV kerana keselesaan yang dijanjikan walaupun saya terpaksa berjalan ke beberapa tempat dalam satu hari.
"Misalannya, saya memandu anak saya ke sekolah pada hujung minggu untuk aktiviti kokurikulum dan seterusnya ke pasar untuk membeli barangbarang keperluan. Menjelang tengah hari, saya memandu ke kedai dan seterusnya ke pasar raya bagi membeli barangan keperluan serta menjemput balik anak saya dari sekola," katanya.
Ternyata, ia memenuhi keperluan dan kehendak keluarga saya secara menyeluruh!
Layari http://www.allaboutexora.com/ untuk keterangan lanjut 

lAGI BESOR LAGI SELESA....
 
mfab :))