~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Showing posts with label MASYARAKAT. Show all posts
Showing posts with label MASYARAKAT. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Tangisan bayi di celah semak


MOHD. SATAR menunjukkan lokasi dia menemui bayi lelaki (gambar kecil) di dalam semak di Kampung Pertama Machang, Bachok semalam.


 – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam.
Bayi lelaki itu ditemui pada pukul 11.30 pagi ketika Mohd. Satar Mohd. Ali, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membaiki motosikal di pekan Jelawat dekat sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi bayi itu dijumpai.
Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan.
“Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.
“Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ceritanya ketika ditemui semalam.

~ Sangat2 lah buta mata dan buta hati si pelaku nye.....
 
mfab :))

Monday, June 27, 2011

Sembelih tak ikut syarak


KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mendedahkan masih terdapat beberapa pusat penyembelihan yang melakukan proses itu tanpa mengikut hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah Jawi, Hashim Salleh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan soal halal dan haram sesuatu makanan.
"Kalau kita makan binatang yang disembelih tidak mengikut hukum yang sepatutnya, ia ibarat makan bangkai.
"Saya menasihatkan umat Islam agar lebih berhati-hati ketika membeli ayam dan daging kerana adalah penting ia melalui proses sembelihan yang sempurna,"  
mfab :))

Wednesday, June 22, 2011

12,000 tan sampah dibuang setiap hari

- Rakyat di negara ini dianggarkan membuang 12,000 tan sampah setiap hari dan jumlah ini dijangka meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020 jika mereka masih tiada kesedaran untuk mengitarnya semula, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Datuk Zaini Md. Nor.
"Keadaan ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan penyakit,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian buku akaun bank bagi Program Bank Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul di sini, hari ini.
Berikutan itu, kata Zaini, kerajaan memberi perhatian terhadap program kitar semula kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad sedangkan sisa bahan buangan semakin banyak.
Katanya, lebih 85 peratus rakyat Malaysia faham dan tahu tentang kitar semula tetapi hanya 55 peratus yang melaksanakan kitar semula.

~ ermm kena minima kan segala penggunaan plastik lah yg budak kampong nampak...sebabyer kalau boleh kat mana2 tempat buang sampah plastik lah yg paling banyak sekali dari barang2 lain....dah lah susah nak lupus....
 
mfab :))

Thursday, June 2, 2011

Bayi baru lahir mati dicampak


Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggar mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejut apabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakan anak patung.
Namun, apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan kepalanya telah pecah.
Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.
"Polis percaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu dari tingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.
"Ini kerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tiga meter dari tempat bayi malang itu ditemui," 
Pangsapuri itu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.
Polis, menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini, belum ada tangkapan dilakukan.
Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelum dicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkat tinggi.

Nak kata binatang pun susah nak kata syaitan iblis dan jin pun susah...sbb  aku rasa binatang,syaitan iblis dan jin pun ada anak dan  sayang pada anak2 nye...mcm sblm ni aku dengar citer ada org tu kena sampuk sbb baling barang dan terkena kat anak syaitan mungkin benjol lah dahi anak dia tu...hahahah..dan mak bapak syaitan tu pun apa lagi..marah lah..dan rasuk lah org yg buang barang sampai terkena kat anak nye itu.....merata juge lah nak berubat bagi syaitan tu x kacau dia.....hehehehe.....
Moga cepat2 pelaku ni kena tangkap dan di berikan hukuman yg setimpal.....Takut nanti akan ramai lagi yg akan terikut dengan cara mcm ni.....

mfab :))

Wednesday, May 25, 2011

Bayaran Internet masih tinggi


CYBERJAYA 24 Mei - Kerajaan menyifatkan kadar bayaran bulanan Internet yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi masa kini masih membebankan masyarakat di peringkat akar umbi.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kadar bayaran bulanan sedemikian dilihat akan menyukarkan masyarakat di kawasan kampung, kampung baru atau estet menikmati kemudahan perkhidmatan internet yang dibina oleh kerajaan.
''Setakat ini, kadarnya antara RM38 hingga RM58 dikenakan kepada semua, tetapi mereka yang mempunyai anak lebih daripada lima orang dan berpendapatan RM700 atau RM1,000 sebulan, akan kurang mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu setiap bulan.
''Saya masih belum puas hati dengan keadaan itu kerana program kita hanya setakat Kampung Tanpa Wayar tetapi bayaran yang dikenakan kepada penduduk kampung yang berpendapatan kecil belum lagi selesai," katanya.

Mintak maaf lah Dato Seri Rais....Ni budak kampong nak nyampuk sikit ni...bukan kat kampong jer yg rasa terbeban kat bandar ni pun dah rasa terbeban dah....pastu perhikmatan yg di terima rasa nyer makin lama makin lemah pulak dari awal pemggunaan.....kalau org bandar dah rasa x puas hati..apatah lagi org kampong....mintak kurang lagi lah Dato Seri....
 
mfab :))

Friday, May 20, 2011

Buang masa di talian sejam sehari



KAJIAN menunjukkan Facebook dan Twitter bukan masalah besar kepada pekerja pejabat.


KUALA LUMPUR - Secara puratanya seseorang pekerja menggunakan di antara 30 sehingga 60 minit sehari dalam talian untuk tujuan-tujuan peribadi, menurut satu kajian oleh Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne dan syarikat keselamatan sesawang Australia MailGuard. Namun yang menarik, Facebook dan Twitter bukanlah gangguan utama dalam kebanyakan kes. Kajian itu menganalisis data tanpa nama dengan kebenaran daripada syarikat-syarikat pelanggan Australia dan mengesan tabiat-tabiat perayauan pekerja, sesetengahnya berpangkalan di luar negara dari Januari sehingga Disember 2009. Walaupun 40 peratus daripada pekerja yang dikaji dalam sampel seramai 50,000 orang telah menggunakan Facebook dalam jangka masa enam bulan kajian tersebut, purata masa yang dihabiskan untuk laman sosial itu hanyalah beberapa minit.
Kajian-kajian lain menganalisis data pengguna dan melakukan kajian kualitatif, tetapi kajian ini adalah yang pertama mengkaji tingkah laku individu dalam satu jangka masa tertentu. "Kegunaan-kegunaan ini adalah kegunaan-kegunaan biasa: mereka membaca berita, ramalan kaji cuaca dan jadual-jadual pengangkutan," kata Dr. Rajesh Vasa dari Fakulti Teknologi Komunikasi dan Maklumat universiti tersebut.

Jangan bimbang itu pekara biasa jer...hahahaha.....takut nanti kalau x dapat tengok Facebook dan twitter ramai pulak yg x boleh buat kerja...
 
mfab :))

Thursday, May 19, 2011

'Jangan salah polis jika disaman'



Salleh Mat Rasid (kanan) dan Abdul Aziz Yusof melihat seorang anggota polis trafik menggunakan kamera berkelajuan tinggi semasa operasi perangkap laju di Rawang, semalam. - uTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN



KUALA LUMPUR 18 Mei - Pesalah trafik tidak wajar menyalahkan pihak polis sekiranya disaman akibat memandu melebihi had laju selepas ini kerana mereka terlebih dahulu diberi peringatan sebelum dikenakan tindakan.
Peringatan berbentuk papan tanda 'Awas, Perangkap Had Laju' itu diletakkan beberapa kilometer sebelum lokasi polis merakamkan kelajuan kenderaan.
Anggota polis trafik akan berada di lokasi rakaman itu dan akan merakamkan gambar pesalah trafik secara bertentangan dengan arah pemandu.
Operasi perangkap had laju secara terbuka itu berkuat kuasa pada 1 Mei lalu selepas diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar pada April lepas.

Dengar tu...Jangan salahkan pihak Polis kalau anda kena saman...dah bagi peringatan tapi masih lagi x paham2....masih ramai lagi yg bersikap acuh x acuh..x kira tua,muda,laki dan pompuan masing2 sama laju jer....makin lama tengok ragam org kat atas jalan raya ni makin takut pulak rasa nyer....Lebih2 lagi bila dah ada pengumuman mcm ni....makin teruk pula lah keadaan pemanduan masing2...mana x nyer...kalau jalan yg ada 3 link tu....dah berubah pula cara nye..lorong paling tengah pula di jadikan lorong paling perlahan....
 
mfab :))

Wednesday, May 18, 2011

Isteri derita suami ketagih cerut


KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang isteri menderita selama 15 tahun gara-gara tabiat luar biasa suaminya yang ketagihan cerut sehingga mengabaikan nafkah beliau, keluarga dan anak-anak.
Mangsa berusia 40-an dan hanya mahu dikenali sebagai Normah mengadu suaminya sanggup membelanjakan lebih RM5,000 sebulan membeli cerut pelbagai jenama bernilai antara RM60 hingga RM250 sebatang.
Menurutnya, akibat tabiat buruk suaminya yang bekerja sebagai kontraktor itu rumah mereka kotor dan sentiasa berbau asap sehingga menjejaskan kesihatan lima orang anak mereka yang berusia antara tiga dan 13 tahun.
Jelas Normah, kini rumahtangga yang dibina seawal usianya 25 tahun itu berada di ambang kehancuran kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya.
Kisah mangsa itu diceritakan sendiri olehnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat pada program khidmat nasihat berkaitan undang-undang yang ditawarkan secara percuma di Restoran Ali Maju, Rawang, baru-baru ini.
Menurut Khairul Anwar, pada peringkat awal, SukaGuam mendapati rumahtangga mangsa masih boleh diselamatkan justeru mencadangkan supaya mangsa menangguhkan proses perceraian.
Jelas beliau, SukaGuam menasihatkan mangsa supaya tidak bertindak terburu-buru sebaliknya berusaha menuntut nafkah perbelanjaan daripada suaminya yang dianggarkan kira-kira RM80,000 untuk tempoh 15 tahun perkahwinan mereka.
''SukaGuam akan menghantar surat kepada suami mangsa meminta beliau datang kepada kami bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling.
''Seboleh-bolehnya kita tidak mahu berlaku perceraian. Rumahtangga mereka ini masih boleh diselamatkan kerana kita merasakan ia belum sampai ke tahap serius lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairul Anwar berkata, berdasarkan laporan mangsa yang merupakan suri rumah, beliau kini terpaksa mencari sumber pendapatan sendiri dengan menjual nasi lemak bagi menyara kehidupannya dan anak-anak.
''Mangsa turut memberitahu, suaminya tidak pernah mengendahkan segala keperluan dirinya dan anak-anak, malah, pernah meminta beliau mencari duit sendiri dan dia (suami) mencari duit sendiri untuk keperluan dirinya,'' katanya.
 
mfab :))

Friday, May 6, 2011

Kebaikan menulis wasiat



BUDAYA menulis wasiat dalam kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu respons yang memberangsangkan.



TIADA siapa yang ambil peduli apatah lagi mahu bertanya khabar. Malah, kehadiran Mariam dianggap sebagai beban dalam kalangan sanak saudaranya hanya kerana dia tidak sesempurna insan lain.
Saat itu, pertalian saudara yang terjalin bagaikan sudah tiada ertinya lagi.
Melihat Mariam terkapar-kapar meraih simpati di mata sanak saudaranya setelah ibunya, Zainab meninggal dunia, orang kampung mengambil keputusan menghantar Mariam ke rumah Sri Kenangan.
Namun, semuanya berubah selepas Mariam meninggal dunia. Bukan kerana rasa kesal dengan sikap buruk mereka terhadap arwah sebelum ini, sebaliknya kerana mereka ingin menuntut hak apabila mengetahui Mariam meninggalkan harta yang banyak.
Dalam situasi pemergian Mariam seharusnya diiringi doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran, keadaan sebaliknya pula berlaku. Mereka bertelingkah sesama sendiri mahu merebut harta terkerana tiadanya wasiat.
Itu salah satu daripada ribuan kes yang berlaku. Apatah lagi, pendedahan sebelum ini berhubung nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes yang gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat dianggarkan mencecah RM42 bilion.
Berdasarkan faktor itu, tidak salah kalau mengandaikan budaya penulisan wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah. Melihat kepada senario ini, nampaknya ia berbalik kepada aspek kesedaran dalam kalangan masyarakat. Justeru, adakah benar kita masih kurang kesedaran akan kepentingan penulisan wasiat?
Mengakui perkara tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB) Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata, tahap kesedaran menulis wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih belum mencapai tahap memuaskan.
Berbanding di Barat, menulis wasiat sudah menjadi satu kewajipan dan bukannya sesuatu yang dilihat sebagai cara mendoakan seseorang itu cepat mati.
"Berdasarkan kajian Amanah Raya, hanya 668,000 orang menulis wasiat sama ada di Amanah Raya atau pun dalam kalangan pemain industri. Daripada jumlah tersebut, 490,000 adalah dari Amanah Raya. Ini berdasarkan kajian tahun lalu.
"Matlamat atau sasaran pasaran yang perlu diteroka (penulisan wasiat) adalah seramai 3 juta orang. Jadi, angka 3 juta berbanding 668,000 orang yang tulis wasiat, menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih rendah," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Bagaimanapun, kajian tersebut mendapati, budaya menulis wasiat dalam kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu respons yang memberangsangkan.
"Biasanya trend menulis wasiat ini adalah dalam kalangan warga emas.
"Tetapi, sekarang sudah ramai golongan muda tampil untuk membuat wasiat," katanya.
'Body saya ok lagi...I'm still fit. Kemudianlah buat wasiat, lagipun badan masih rasa sihat dan lambat lagi mati,' itu adalah antara faktor yang menyebabkan amalan menulis wasiat di negara ini belum dapat dibudayakan lagi, kata Ahmad Saruji.
Perancangan awal

AMANAH Raya berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai pentingnya menulis wasiat.


Mentaliti seperti itulah yang menyebabkan harta pusaka terpaksa dibekukan sehingga mencecah RM42 bilion kerana tiada pewaris.
"Kita tidak boleh mengandaikan bahawa menulis wasiat hanya sesuai ketika sakit atau nazak. Ini satu mentaliti yang salah kerana kita tidak tahu sama ada esok atau lusa, kita masih hidup atau mati. Ia sebenarnya bersangkut paut dengan sikap suka procastinate.
"Sikap ini perlu diubah dengan melakukan perancangan awal menulis wasiat kerana ia akan dapat menjamin kehidupan keluarga kita. Jangan asyik tunda sahaja kerana yang merana nanti adalah keluarga," katanya.
Setiap kali isu wasiat diutarakan, semua pihak gemar meletakkan tanggungjawab tersebut sepenuhnya kepada Amanah Raya mahupun pemain industri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat.
Walhal usaha meningkatkan kesedaran, adalah tanggungjawab semua pihak merangkumi semua pihak sama ada institusi keluarga, peranan ulama agama termasuklah swasta.
"Masyarakat tidak boleh mengharapkan pemain industri sahaja. Kita (Amanah Raya) bergerak juga sebagai tonggak utama, tetapi masyarakat juga harus mainkan peranan," katanya.
Bagi Amanah Raya, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan wasiat terus digiatkan dari semasa ke semasa menerusi 19 buah cawangannya di seluruh negara melalui kerjasama yang terjalin antara institusi perbankan dan ejen korporat yang dilantik.
"Bagi membuat wasiat di Amanah Raya, kadar bayaran bagi orang Islam dan bukan Islam adalah RM350 satu wasiat. Kita ada buat pakej pembiayaan dengan bank menerusi potongan gaji.
"Selain itu, orang ramai juga boleh membuat bayaran menerusi kad kredit dan ini semua untuk memudahkan mereka membuat wasiat. Sekiranya mereka tidak berupaya datang ke Amanah Raya atau mana-mana agensi yang bekerjasama, kami boleh terus ke rumah anda," katanya.

keratan kosmo 
 
mfab :))

Monday, April 25, 2011

BUKAN SALAH NASI LEMAK JIKA ANAK GEMUK

Obesiti: Jangan hanya kait nasi lemak




KUALA LUMPUR 24 April – Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata kerana terdapat pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi antara punca kegemukan.
“Jangan kita lihat kepada faktor pemakanan di kantin sekolah sahaja.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan supaya anak-anak mereka tidak berlebihan mengambil makanan segera baik di restoran makanan segera atau di rumah.

Ibu bapa punca anak obes

 

KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.



mfab :))

Kemalangan dirancang, untung dikaut


STATISTIK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, peningkatan paling ketara berlaku pada 2006 iaitu sebanyak 8.5 peratus atau 54,000 kes menjadikannya 635,082 kes berbanding 581,082 kes (2005).
Sementara itu, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ialah sebanyak 762,529 kes, meningkat 4.2 peratus daripada tahun sebelumnya yang berjumlah 705,623 kes.
Peningkatan terendah pula ialah pada 2008 iaitu hanya 7,941 kes (1.17 peratus) kepada 676,114 kes daripada 668,173 kes (2007).
Perangkaan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini amat serius.
Di sebalik kebimbangan tersebut, wujud satu lagi fenomena yang ‘menakutkan’ apabila ada pihak-pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu cabang perniagaan paling menguntungkan.
Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN, ROSALINDA MD. SAID dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar,
ISMAIL KAMADIN cuba merungkai persoalan ini.

  • Kemalangan tidak berbau tetapi ada juga kemalangan yang sengaja dirancang pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

  • Antara pihak yang mendapat keuntungan apabila berlaku kemalangan adalah bengkel membaiki kereta dan juga pengendali trak tunda yang boleh mendapat pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

  • Laporan Khas Utusan Malaysia mengupas mengenai sesetengah pihak yang sanggup mengupah ‘longkai’ memasang perangkap di jalan seperti paku, minyak dan pasir di kawasan yang mudah berlaku kemalangan.

  • Perkhidmatan trak tunda telah menjadi perniagaan menguntungkan dan setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

  • KUALA LUMPUR – Jika setiap kenderaan yang ditunda ke bengkel dibayar komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada kos tuntutan insurans kemalangan, bayangkan keuntungan yang mampu dikaut oleh syarikat trak tunda apabila tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dicatatkan ialah sebanyak 762,529!
    Dengan purata tuntutan insurans antara RM1,000 hingga RM3,000, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, syarikat trak tunda mampu memperoleh antara RM100 hingga RM450 hanya untuk sebuah kenderaan. Itu belum lagi termasuk bayaran menunda ke bengkel.
    Komisyen tersebut akan dibayar oleh pemilik-pemilik bengkel bagi memastikan mereka mendapat lebih ramai pelanggan.
    Perkhidmatan trak tunda sebenarnya telah menjadi perniagaan atau industri yang menguntungkan. Tetapi setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah, tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.
    Sejak lima tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti direkodkan oleh pihak polis meningkat 24 peratus atau 181,447 kes iaitu daripada 581,082 kes pada tahun 2005 kepada 762,529 tahun lalu.
    Kenderaan yang paling banyak terlibat pula ialah kereta diikuti motosikal, pelbagai jenis lori, pacuan empat roda, van dan sebagainya.
    Peningkatan statistik kemalangan jalan raya dari setahun ke setahun, secara tidak langsung memberi ruang kepada perkembangan industri ini sekali gus menarik lebih ramai melibatkan diri.
    Dengan pendapatan seorang pemandu trak tunda yang mampu mencecah RM10,000 sebulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
    Apa yang pasti, semakin hari, kepantasan pemandu-pemandu trak tunda menghidu kes-kes kemalangan yang berlaku semakin hebat.
    ‘Kecekapan’ dan habuan lumayan yang menanti ini juga telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada dakwaan mengatakan sebilangan daripada kemalangan itu sengaja dirancang.
    Dakwaan tersebut mungkin benar menerusi beberapa pendedahan wujudnya ‘perangkap’ di laluan utama jalan raya seperti Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri sebelum ini.
    Malah, Jambatan Pulau Pinang juga pernah menjadi saksi tentang kewujudan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan aktiviti khianat.
    Antara yang digunakan sebagai perangkap ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya.
    Seorang pemilik trak tunda mendedahkan, kerja meletakkan minyak atau objek lain itu dilakukan oleh pihak ketiga yang dipanggil ‘longkai’ atau call man yang mendapat komisyen bagi setiap kemalangan dimaklumkan kepada mereka.
    Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah pula berkata, berdasarkan kajian, kebanyakan kemalangan adalah disebabkan faktor kecuaian manusia.
      

    Sepantas kilat, mereka tiba di lokasi

    SELAIN kecuaian, kemalangan yang berlaku juga berkemungkinan disebabkan terdapatnya 'perangkap' seperti paku, minyak atau pasir yang diletakkan di atas jalan oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan


    KISAH 1: 

    FARIZ Fikri, 23, pernah mengalami pengalaman membabitkan sikap biadab dan kasar pemandu trak tunda apabila terbabit dalam kemalangan setelah terlanggar sebuah kereta di hadapannya.
    Kemalangan itu menyebabkan keretanya gagal dihidupkan dan pada masa sama, dia menghubungi pak ciknya yang juga seorang anggota polis untuk membantu.
    Tidak sampai lima minit, dua buah kereta yang dipercayai runner tiba sambil membawa walkie-talkie.
    ''Mereka bertanya dengan nada keras kereta saya boleh bergerak atau tidak dan apabila dijawab tidak, serta-merta mereka menolaknya ke bahu jalan.
    ''Dengan cara mengugut, mereka terus menawarkan khidmat tunda kereta ke bengkel panel insurans dengan caj yang murah tetapi saya tidak bersetuju kerana mahu menunggu pak cik terlebih dahulu," katanya.
    Bagaimanapun keadaan kembali terkawal apabila pak ciknya datang dengan kereta polis.

    KISAH 2:

    PENGALAMAN buruk itu juga pernah dialami seorang gadis, Lili Ahmad, 26, apabila terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
    Hujan renyai-renyai menyebabkan permukaan jalan raya menjadi licin dan agak sukar untuk memberhentikan kereta serta-merta.
    Tiba-tiba kenderaan di hadapannya berhenti mengejut, menyebabkan kereta dipandunya gagal berhenti walaupun telah membrek.
    ''Selang beberapa minit, datang sebuah trak tunda yang menawarkan perkhidmatan menunda kereta untuk dihantar ke bengkel.
    ''Pada mulanya saya enggan menerima tawaran itu kerana mahu menunggu abang datang tetapi gagal menghubunginya," kata Lili.
    Dalam keadaan trauma dan panik, Lili terpaksa menerima tawaran itu kerana tidak mahu lama berada di tempat kejadian.
    Akibatnya, dia bukan sahaja dikenakan caj yang tinggi malah keretanya terpaksa berada di bengkel itu selama sebulan kerana kekurangan pekerja.

    KISAH 3:

    SEORANG pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Jidin, 27, pernah menghadapi satu kejadian hampir meragut nyawanya ketika pulang ke kampung di Terengganu melalui Lebuh Raya Karak pada cuti persekolahan baru-baru ini.
    ''Cuaca pada hari itu baik, kereta yang baru diservis juga meyakinkan saya untuk memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam.
    ''Tiba-tiba kereta saya hilang kawalan sebelum berhenti di tepi jalan. Apabila memeriksanya, saya mendapati terdapat tumpahan minyak yang agak banyak di kawasan tersebut," katanya.
    Tidak lama selepas itu, beliau didatangi sebuah kereta dengan dua orang lelaki bertanyakan keadaan keretanya.
    ''Mujur kejadian itu tidak meragut nyawa saya. Tetapi yang jelas ini menunjukkan memang ada pihak dengan sengaja meletakkan minyak gris ke atas jalan bagi tujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna,'' ujarnya.
    Jidin berpendapat trak-trak tunda wajar diharamkan dari memasuki lebuh raya dan penyelenggara lebuh raya itu perlu menyediakan perkhidmatan trak tunda bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

    Budok kampong selalu jugek dengar perkara mcm ni sebelom ni....boleh katakan  ramai pengguna jalan raya yg mengatakan ada di sesetengah kawasan di jalan raya keadaan nya sangat menakutkan...dan sesetengah kemalangan itu sukar di terima akal kerana kemalangan berlaku tanpa melibatkan kereta pihak ke2 dan tiba2 kereta hilang kawalan....

    mfab :))

    Tuesday, April 19, 2011

    Kaji semula hadkan nasi lemak



    PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan



     - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
    Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.
    Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
    "Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.
    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

    Kalau x dek nasi lemak nak jual apa....x kan nasi  nak jual nasi campur kot..??? Berapa pula mak bapak nak kena bagi duit belanjer kat anak2 ? x kan Rm 5-6 sehari utk seorang kot...boleh tergolek sesetengah mak bapak....patut kena kaji yg lain2 lah, yg lagi boleh meringankan beban mak bapak....ada sesetengah kantin sekolah..jual air sirap 1 gelas pun dah Rm1...

    mfab :))

    Monday, April 4, 2011

    SAKIT HATI AKU DENGAN GURU MCM INI


     INNALILAHWAINNALILAHIRAJIUN.....Saper sangka anok yg yg di hantor untuk menimba ilmu di sekoloh agama berasrama akhirnyer jadi begini..dengan usia anok yg baru mencecoh 7 tahun boleh kata baru sangat nok mengenei alam persekolohan...kena pulok dengan usia begitu telah di antor ke sekoloh berasrama,terpaksa berpisoh dengan ahli keluarga,dah kena hidup berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian di alam persekolahan....jauh beza dengan kanok2 yg lain yg mana segalanyer di urus oleh ibu bapa masing2 mula dari bangkit tidur hinggalah masuk ke pintu pagor sekoloh......
    Mungkin begitu berat untuk anok/adik ini nok berpisoh dengan ahli keluarga nyer...akan tetapi demi harapan ahli keluarga terpaksa jua dia tempuhi dengan berat hati....boleh kata besor jugek lah pengorbanan adik ini....Begitu juge besor lah harapan ahli keluarga  pada pihak sekoloh untuk mendidik, menjaga keselamatan dan menjaga kebajikakan anok2 mereka bila bila berada di sekoloh ini....
    Namun apa yg di harapkan sebalik nyer pulok yg berlaku,sepatut nyer pada guru lah tempat utk mengadu dan tempat utk meminta bantuan sekira berlaku apa2  perkara yg berlaku di dalam sekoloh..dengor kabor punca nyer bermula dengan kejadian kecurian barang,dan arwoh mungkin ada kena mengena dengan kejadian tersebut,lalu ia di bawa kepada seorang guru utk di soal siasat dalam 1 bilik dalam keadaan tangan yg terikat..
    Akibat dari soal siasat itu lah arwah ini berkemungkin di belasoh dan di lanyok oleh guru yg x ada perasaan itu,dan meyebabkan arwoh ini mengalami kecederaan yg serius dan di soh kan meninggal dunia..
    Sampai mcm tu sekali cikgu durjana itu melaku kan soal siasat hanya pada kes sedemikian dan dengan keadaan umur arwoh itu.....langsung x menggunakan akal dan pikiran yg waras....kalau nok maroh sekali pun bukan bukan itu imbuhan nyer......
    Budok kampong doa kan moga arwoh di tempatkan di dalam kalangan org2 yg benar dan jugek mendoakan agor guru durjana tersebut akan medapat balasan yg setimpal dengan kelaku bodoh nye itu...kalau boleh bior dia jumpa dulu dengan org2 kampong dan budok2 kampong utk diberikan sedikit pengajoran dan belasohan nasihat dengan cara undang2 kampong terlebih dahulu sebelom di hantor ke balai dan seterusnya di jatuhi hukuman melalui undang2 negara pulok..
     
    mfab :)

    Sunday, April 3, 2011

    RM108 bilion lesap setiap tahun

    Lagi cerita pasei SPRM ngerejakan Kastam durjana,lagi tekejut budok kampong...rupa nya lagi besor jumlah duit yg kena sebat tu......patut lah jalan2 kat kampong susoh nok dapat yg baru.......

    - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
    Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
    "Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
    "Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
    "Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.
     
    mfab :))

    Wednesday, March 30, 2011

    Perak haramkan tarian poco-poco



    TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


      Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
    Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
    Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
    “Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,”

    Dulu2 aku selalu join tarian poco -poco ni....gaya jer lengok2 lembut mcm tu tapi berpeluh weh.... x sangka pula hari ini di boleh di sabit kan dengan hukum hakam yg boleh di katogerikan haram utk org2 islam mengamalkannya
     
    mfab :))

    Monday, March 21, 2011

    Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian


    KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
    Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
    Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.


    mfab :))

    Friday, March 4, 2011

    Rekod Jakim: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai


    PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
    Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
    Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.
    ‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

     Sangat2  menakutkan bila dengar berita mcm ni..ini lah 1 lagi penyakit masyarakat zaman sekarang ni..Itu rekod JAKIM pada tahun 2009 kalau tahun 2011 ni mau dah turun ke  10 minit pulak agak nyer....
    Mmg x boleh nak nafi kan lah cerita mcm ni...sbb nyer dari apa yg aku tengok x kisah lah kat mana2 pun mmg ramai org2 muda zaman sekarang ni lom apa2 lagi dah nak kawin..lom ada kerja yg menjaminkan..kadang tu baru abis sekolah dapat kerja baru 2-3 bulan dah mengatal nak nikah...bila tanya di jawab nyer
    soalan : sebab apa nak nikah ?
    jawapan : takut terlanjur
    soalan : sebab apa takut terlanjur ?
    jawapan : sbb kami selalu bersama...
    soalan : kamu x kisah ke nikah awal2 ni sedangkan nak tanggung diri sendiri pun x lepas..?
    jawapan : yg itu x per lah..sbb bila dah kawin nanti kami rancang lah...
    soalan : so..mcm mana nak buat perbelanjaan kawin ni kalau duit x der...?
    jawapan : yg itu x per mak ayah kami dah ada sediakan duit...dia org kata yg penting kami nak kawin...

    Sbb tu lah zaman sekarang ni kes2 penceraian tinggi..sbb nyer ramai mak bapak selalu megambil jalan pintas utk menutup sesuatu permasalahan...Yg mana sepatut nyer sebagai ibu bapa mereka harus lah menyedarkan atau mendedahkan kepada si anak bahawa perkahwinan itu memerlukan persediaan yg rapi bagi menjamin kualiti rumah tangga...

    mfab :))

    Thursday, February 24, 2011

    Sikap kejam pencuri beras


    AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.



    IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
    Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
    Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
    Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

     Apa dah jadi dengan sikap pengguna jalan raya yg telibat semasa kejadian ini berlaku...mana pergi nya sikap perikemanusian dan bertimbang rasa.....Ohh masyarakat mengapa lah begini sikap anda semua.....
    luahan hati dari penulis blog.
    mfab :))

    Tuesday, January 25, 2011

    JANGAN ANIAYA ORG2 TUA

    Terkejut aku bila tengok gambar ni...apalah nasib org tua ni se andai nya ia tahu apa lah makna di sebalik isyarat ini.....Mana punya cucu lah yang megajar nenek ni buah sulit kumpulan kongsi gelap ini....hehehe...Buah ni mmg buah bahaya dan salah 1 buah yg amat di benci dan di takuti oleh ramai org.....
        Seandai nya makna yg tersirat di sebalik isyarat itu dapat di ketahui oleh nenek ini pasti nya Si Cucu x dapat lagi lah nak menjajaki kaki ke kampong halaman lagi.....mau ada yg kena libas dengan parang bangkung.....X guna punya cucu.....aku Doakan kau supaya berjaya dalam pelajaran...Rupa2 nya ini balsan kau berikan pada aku....cisss !!!!!

    mfab :))

    Penuntut Malaysia perlu bantuan segera



    BANJIR yang berlaku di Brisbane yang turut melibatkan pelajar dari Malaysia dan bantuan daripada kerajaan didakwa masih belum diterima. - Gambar hiasan



    KUALA LUMPUR - Bantuan segera perlu disalurkan kepada lebih 170 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa banjir di Brisbane, Australia sejak dua minggu lalu.
    Pengerusi Biro Antarabangsa Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya terkilan kerana sehingga kini tiada bantuan disalurkan kepada para penuntut berkenaan.
    "Perkara ini telah lama disuarakan oleh pelajar-pelajar itu, namun banyak pihak memandang ringan tentang isu ini. Kenapa sehingga kini tiada yang memberi bantuan segera kepada mereka," katanya kepada Bernama.
    Beliau berkata, penuntut Malaysia terbabit kini berada dalam keadaan bimbang berikutan bencana alam yang berlaku, malahan ada di kalangan penuntut terpaksa berkongsi makanan setelah terputus bekalan makanan.
    "Pihak-pihak terlibat misalnya Kedutaan Malaysia di Australia, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dan Wisma Putra perlu berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berlarutan," katanya.

    mfab :))