~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, September 3, 2014

Daun Betik Ubat Demam Denggi


Ubat Demam Denggi
 
Sekarang ni musim orang terkena demam denggi. Ubat cara tradisional yang biasa kita dengar atau amalkan ialah dengan meminum sup ketam atau air 100-plus. Namun tak ramai yang mengetahui bahawa ada satu lagi ubat yang amat mudah didapati di sekeliling perumahan kita.
Umum mengetahui bahawa buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C. Namun, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa daun betik juga amat mujarab jika digunakan untuk merawat demam denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari Institute for Medical Research, Malaysia yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa just daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50
gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah di ambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya
Sumber: http://www.majalahsains.com/2013/07/penyelidikan-
daun-betik-pengubat-denggi
Research article : http://www.hindawi.com/journals/
ecam/2013/616737/

Cara Penyediaan Jus Daun Betik-
■ Bersihkan 2 helai daun betik.
■ Tumbuk atau blender sehingga jus terhasil.
■ Turaskan dengan kain bersih.
■ Hanya perlu minum 2 sudu teh sehari.

Jangan masak atau cuci daun dengan air panas. Selamat mencuba..


http://fadir78.blogspot.com/

1 comment:

falynnjabour said...

iron ore tin from tithor gold - titanium alloys - Titanium Art
Copper ore tin titanium bohr model from tithor gold. $25.00. titanium knife 1. In stock. No photo. ford ecosport titanium 0 comments. titanium teeth k9 -. toaks titanium Titanium Art.