~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, July 11, 2014

Khasiat pokok tetulang


 
Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.. Masa tu dia dalam perjalanan pulang kuliah malam..
Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.

Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu.. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah..

Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?
Tok Batin: Alah, pokok tulang jer...

 
Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?
Tok Batin: Tak payah.... memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?

Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?
Tok Batin: Boleh jer.. Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat... Meh ikut aku kita tengok pokok tu.

Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya... Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.

Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam.. Nak ambik pulak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah.. Ambil ranting yang lekuknya ke atas.. Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.

Cara rawatnya pulak mudah jer.. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang...semudah A..B...C

"Kalau balut dengan kain jer tak jadi ker Tok?"

Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh..

Bila dah dapat ilmu tu, saya pun try la test kat seorang kawan yang patah tulang lutut.. Alhamdulillah, menjadi tapi bukan 3 hari la.. 6 hari (dua kali balutan).. So, dibulan yang mulia ni, saya izinkan sapa2 nak guna ilmu ni.. Insyaallah, sembuh... Amin..

*Pokok ni dikenali sebagai pokok TETULANG...
Pokok hiasan dan boleh dicari di Nursery..

Selamat Beramal...
 
 
 

http://fadir78.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous said...

Saya mengalami patah tulang kecil sebelah kanan betis dan buku lali. Saya cuba rawat spt mana yg tuan nyatakan. Tapi baru 1 hari kaki saya teramat gatal dan melecur mungkin sbb getah pokok tetulang trsbt. Mohon tuan beri cara yg sbnr

Rosmita Khamis said...

As salam. Saya juga teringin untk mencuba . Saya mengalami slip disc di L 7 dan spondylosis di C3. Bagaimanakah cara yg perlu saya lakukan? Mohon penjelasan

Rosmita Khamis said...

As salam. Saya juga teringin untk mencuba . Saya mengalami slip disc di L 7 dan spondylosis di C3. Bagaimanakah cara yg perlu saya lakukan? Mohon penjelasan