~ MuTiArA kAtA
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Showing posts with label MESIR. Show all posts
Showing posts with label MESIR. Show all posts
Wednesday, March 26, 2014
Hidup biar mulia, mati biar syahid...
Hidup biar mulia.....
Beliau bukan sekadar tokoh yang memperjuangkan nasib umat di bumi Mesir semata-mata, bahkan juga turut mengambil peduli perihal umat Islam sejagat.
Ketika badai tsunami menggegarkan dunia dengan bilangan korban yang mencecah 220,000, beliau adalah di antara aktivis yang turun padang di Acheh setelah meredah perjalanan jauh daripada Kaherah.
Dengan agenda keadilan dan kebenaran, beliau telah diangkat menjadi Presiden Mesir yang pertama secara demokratik di kalangan rakyat awam. Namun agenda yang dibawa ini amat dibenci dan digeruni yang menyebabkan gagasan ini ditumbangkan oleh sebuah gerakan yang sistematik dari dalam dan luar Mesir.
Beliau sendiri dan 15,000 insan yang tidak berdosa kini merengkok di dalam penjara. Mahkamah Jenayah Angkatan Tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 orang di kalangan mereka Isnin 24hb yang lalu, lebih 600 orang lagi akan menuruti langkah yang sama. Bahkan tokoh yang disegani ini juga dikatakan bakal menjejaki jalan ini.
Hidup biar mulia, mati biar syahid.
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, August 22, 2013
Mesir
Apa sebenarnya berlaku di Mesir...??
Assalamualaikum... semalam saya dapat menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh guru saya, Al-Fadhil Ustaz Hanif Haron.. beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Kaherah. Beliau salah satu daripada dua orang anak Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir. Semalam merupakan kuliah bulanan pertama yang diadakan. Pembacaan kitab belum disyarahkan dan semalam lebih kepada kepada kuliah umum..
Beliau menceritakan apa yang berlaku di Mesir sekarang dan dari mana puncanya. Semasa pemerintahan era Hosni Mubarak dan pemimpin sebelum beliau, rakyat Mesir hidup dalam keadaan yang amat2 serba kekurangan. Kehidupan mereka seolah2 tidak mempunyai ketamadunan. Mereka hidup secara melarat. Mereka membuang air kecil secara ikut suka di tepi2 jalan. Mesir merupakan negara yang kaya. Hasil daripada sektor perlancongan sahaja mencecah berbilion2 ringgit. Bahkan hasil daripada kapal2 yang lalu melalui Terusan Suez juga mencecah berbilion ringgit. Akan tetapi, rakyat hidup dalam keadaan miskin. Sumber kekayaan tidak diagihkan kepada rakyat. Rakyat yang miskin dan tidak mempunyai rumah tidur di tepi2 jalan sahaja. Kekayaan yang diperolehi oleh Mesir hanya dikecapi oleh barisan pemimpin dan kroni Mesir.
Permulaan daripada protes yang berlarutan sehingga sekarang adalah bermula daripada pengumuman kerajaan Mesir untuk menaikkan harga roti. Roti itu pula dikecilkan saiznya. Asbab inilah yang menjadi rakyat Mesir hidup dalam keadaan makin mendesak. Roti merupakan makanan asasi bagi rakyat Mesir. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam keadaan tertekan. Jika dahulu, kita lihat Presiden Mesir menang 99.9 % undi. Sebenarnya itu adalah satu pembohongan. Bagaimana mungkin rakyat yang hidup menderita masih memelih kerajaan yang zalim untuk menjaga hak dan kebajikan mereka...?. Kerajaan Mesir juga menipu dalam pilihan raya sehinggalah pada pilihan raya tahun lepas diadakan secara demokrasi dan kemenangan telah terbukti yakni parti Ikhwanul Muslimin menang dan berjaya menjadi kerajaan.
Dunia luar melihat Mesir sebagai negara Islam walhal bukan. Negara Mesir sebelum pemerintahan Dr Morsi adalah negara yang mengamalkan sosialis dan liberal. Pemimpin Mesir pada waktu itu memisahkan agama dan kehidupan. Berbalik semula kepada protes yang mula2 dianjurkan. Protes bermula akibat kenaikan harga roti yang mana roti tersebut dikecilkan saiznya. Rakyat Mesir mula keluar berdemotrasi pada Hari Polis Mesir dengan membawa al-Quran tanpa ADA SENJATA SATU PUN.
Bermula dari situlah bermula kebangkitan rakyat Mesir sehingga jatuhnya Hosni Mubarak dan kuasa rakyat dikembalikan. Dr Morsi diangkat menjadi Presiden yang baru melalui pilihan raya yang berdemokrasi. Namun belum pun sampai setahun, pihak Amerika dan Israel terasa kebimbangan dengan Mesir. Mereka bimbang akan bangkitnya Islam secara Khalifah. Sekiranya dibiarkan, Palestin akan bebas, Syria akan bebas dan masalah dunia Islam lain akan bebas. Sehinggalah pihak Yahudi dan Amerika menawarkan habuan yang tinggi kepada tentera Mesir. Apabila berjaya digulingkan, pihak Amerika dan Yahudi menawarkan ganjaran kepada Fatah As Sisi yakni Presiden Mesir pada waktu ini. Asbab itulah, As Sisi bertindak kejam dengan membunuh rakyat yang pro Morsi agar kebangkitan Islam tidak dapat diteruskan. Rakyat Mesir pada waktu ini keluar tanpa mengeluarkan apa2 senjata pun tetapi kerajaan Mesir mendakwa mereka mempunyai senjata. Bagaimana?? Ambulan yang datang untuk mengambil peserta yang tercedera kerana tembakan sebenarnya dipandu oleh Polis Mesir. Di dalam itu, terdapat senjata tanpa peluru yakni bertujuan untuk mengaburi dunia luar dengan menyatakan rakyat Mesir keluar dengan senjata walhal tidak pun.
Semoga pencerahan yang amat bermakna ini dapat disebarkan. InsyaAllah.. Marilah kita mendoakan agar Islam menang dan rakyat Mesir mendapat keadilan dan nasib mereka terbela.
Arm Haji Abdullah (Mohammad Zamri Bin Abdullah)
Pray For Mesir, Syria, Gaza
Subscribe to:
Posts (Atom)


