~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Showing posts with label INFO ISLAM. Show all posts
Showing posts with label INFO ISLAM. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Orang yg dipilih oleh Allah utk memandikan Nabi Muhammad SAW.

Orang yg dipilih oleh Allah utk memandikan Nabi Muhammad SAW.

1. Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)

2. Saiyidina Ali r.a. (menggosokkan tubuh Rasulullah SAW)

3. Al Fadhol bin Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)

4. Khodom bin Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)

5. Syakron iaitu hamba kpd Rasulullah SAW (menjiruskan air ke tubuh Rasulullah SAW)

6. Usamah bin Zaid (menjiruskan air ke tubuh Rasulullah SAW)

7. Aus bin Khauli (menyandarkan tubuh Rasulullah SAW ke dadanya)

Rasulullah SAW manusia yg dimandikan dgn berjubah. Xboleh buka jubahnya. Mulianya manusia bernama Muhammad SAW.

Mereka mengkafankan jasad Rasulullah SAW dgn 3 lapis kain kafan berwarna putih tenunan dari Yaman.

Disaat pengkebumian nya berlaku ikhtilaf, ada sahabat suruh simpan di mekah, ada sahabat suruh simpan di masjidil aqsa. Lalu Abi Bakrin r.a. berkata Rasulullah pernah berkata tidak dimatikan mana2 Nabi kecuali di tempat itulah dia disemadikan. Selesai masalah.

Maka sahabat bernama Abu Talhah terus angkat tempat tidur Rasulullah SAW dan menggali lubang sebagai kubur berliang lahad.

Lalu mereka menunaikan solat jenazah Rasulullah SAW tanpa imam. Masing2 masuk solat. Golongan pertama yg masuk solat jenazah adalah kaum keluarga terdekat Rasulullah SAW. Seterusnya Golongan kaum muhajirin serta Golongan Ansar yg terakhir.

Semuanya dilakukan sehari suntuk pada hari selasa sehingga malam hari rabu. Nabi wafat hari isnin nabi simpan hari rabu.

Inilah Kisah manusia yg paling mulia di atas muka bumi meninggalkan kita. Semoga kita dapat berjumpa Nabi SAW di hari akhirat. Allahumma solli ala Muhammad. InsyaAllah.
http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, January 12, 2011

MAKAN LAH MAKANAN YANG BERSIH LAGI SEMPURNA

soalan :-
Apakah hukum jima' isteri ketika haid?

jawapan:-
ada tiga jawapan mengenai perkara diatas...

1) Ijma/sepakat para ulama’- Haram bersetubuh pada faraj isteri ketika mereka sedang haidh.

2) Ijma’/sepakat para ulama’- Boleh bermesra dengan bahagian tubuh isteri di atas pusat dan dibawah lutut ketika isteri sedang haidh.

3) Khilaf- Bermesra dengan isteri di bahagian antara pusat dan lutut selagi tidak sampai bersetubuh pada faraj isteri. dimana tidak boleh bagi pandangan imam malik dan abu hanifah serta boleh bagi pandangan Ikrimah dan Mujahid.

Dalil:-

Daripada ‘Aisyah radiallhu ‘anha, beliau berkata: Aku dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah mandi dengan satu bekas air. Ketika itu kami dalam keadaan junub. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mengarahkan aku (untuk memakai kain menutup faraj), maka aku memakai kain sarung. Lalu baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menggauli aku dan ketika itu aku dalam keadaan haidh. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah mengeluarkan kepalanya kepadaku, dan ketika itu baginda Sallallah ‘Alaihi Wassalam sedang beri’tikaf. Lalu aku mencucinya dan ketika itu aku sedang haidh.
[Sahih al-Bukhari: 299, Sahih Muslim: 321, Sunan Abi Daud: 98]

kesimpulan.... jika isteri sedang haid....sedangkan suami berkeinginan....suami masih boleh bermesra dgn isteri...selagi tidak di bahagian farajnya...suami boleh kreatif untuk apa sahaja kaedah asalkan dgn isterinya bagi mengelakkan maksiat... itulah indahnya islam dimana ianya mudah dan menaikkan martabat wanita...penganut agama yahudi akan mengasingkan wanita mereka yg sedang haid kerana pada mereka wanita ketika itu kotor... Wallahualam...
 
mfab :))

TANAPA KITA SEDARI..

daripada Abu Hurairah r.a , beliau berkata Rasulullah SAW bersabda '' kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum saling mencintai.Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yg membuatkan kamu saling mencintai?iaitu sebarkanlah salam diantara sesama kamu '' - Hadith Riwayat Muslim no. 54-
mfab :))

Renung-Renungkan

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah]

Dalil Puasa Asyuraوَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162]

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

”Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125]

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[HR. Muslim no. 1130]

أَنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.

“Sesungguhnya orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[HR. Muslim no. 1126]

Dalil Puasa Tasu'a

Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[HR. Muslim no. 1134

 
mfab :))