~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, April 25, 2011

BUKAN SALAH NASI LEMAK JIKA ANAK GEMUK

Obesiti: Jangan hanya kait nasi lemak




KUALA LUMPUR 24 April – Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata kerana terdapat pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi antara punca kegemukan.
“Jangan kita lihat kepada faktor pemakanan di kantin sekolah sahaja.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan supaya anak-anak mereka tidak berlebihan mengambil makanan segera baik di restoran makanan segera atau di rumah.

Ibu bapa punca anak obes

 

KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.



mfab :))

2 comments:

WuMing said...

Di jepun,Korea dan negara lain pun ramai juga orang "Obes". Dia orang tak pernah kenal nasi lemak pun

hani@debumelukut said...

yer lah, tak pasal2 tak leh makan nasi lemak kat sekolah..kesian cikgu2 yg suka nasi lemak ni..kesian kat saya.