~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, April 12, 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000



Masakan ikan patin dikatakan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit di Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Budok kampong agok kecewa dengan sikap peniaga sebegini  yg betui2 mengaut keuntungan tanpa berfikir panjang demi masa depan perniagaan nyer dan nama baik BandorTemerloh yg memang di kenali sebagai bandor ikan patin....Lebih2 lagi ini melibatkan kampong budok kampong sendiri.....Setau budok kampong lah..kalau kedai di daerah temerloh tu hanya ada 1 kedai sahaja yg menjual ikan Patin muncung dari sungai...kalau kedai2 yg lain tu hanya menjual ikan patin sangkar sahaja....kalau lah ada pun sepatut nyer kena lah di pamerkan tanda harga terlebih dahulu jika harga nyer melebihi dari harga kebiasaan semoga para pelanggan tidak akan rasa tertipu.....lebih2 lagi apabila harga mencecah RM13000 utk 50 org punya makan...langsung x masuk akal.....kalau iyer pun nak bagi harga mcm tu bagi tau lah dulu dengan pelanggan sebelom terima tempahan....profesional lah sikit.....buat malu org kampong jer bila dapat baca cerita mcm ni.....jgn maroh kalau lepas ni ikan patin temerloh kurang mendapat sambutan....

mfab :))

No comments: