~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, January 26, 2011

SESIAPA YANG X PERNAH MAKAN...TAK TAU LAH NAK APA APA....

 Di satu tengahari yg mana keadaan cuaca nya tersangat lah menguji ketahanan dan kemampuan tekak aku ini..Sedang aku menunggu tepat nya waktu ke jam 1.15 petang utk mengambil anak aku pulang dari sekolah yg masih  berbaki 10 minit lagi utk sampai ke waktu nya utk waktu balik pelajar sesi ke ke2 utk murid2 tahun 4,5,dan 6.
    Untuk megelakkan aku dari terus di jemurkan dari panas perit matahari lalu aku pilih lah sepohon pokok utk aku menumpang berteduh di bawah nya..Sambil2 tu aku cucuh lah sebatang dunhill aku utk menghilang kan boring....sedang asyik aku layan asap dunhill ni, aku pun terpandang lah ke arah sekempulan budak sesi pertama yg bekerumun ke arah sebuah kenderaan..aku ingatkan apa pasal..rupa2 nya ada lah sesorang hamba allah yg dalam kenderaan itu sedang menjual air skrim..patut lah budak2 berebut2....
    Apabila terlihat kan air skrim ni segar kembali kenangan aku di zaman kanak2 dulu....yg mana sememang nya air skrim ini juga lah antara rebutan setiap kanak2 yg pulang dari sekolah... melihatkan karenah kanak2 sesi ke 2 itu x ubah pun masa zaman aku sekolah dulu2....mau x nyer ada air skrim itu di potong 2 dan di potong 3 utk di kongsi kan dengan kawan2...kalau tersalah tarik akibat nya abis lah baju sekolah comot akibat terkena titsan air skrim yg pelbagai perasa dan warna itu.....
   Apa yg aku nak ceritakan kat sini bukan lah pasal budak2 yg beli air skrim ni..tapi aku nak kongsikan kenangan dan mengimbau kan kembali kenangan lama aku/pembaca tentang  air skrim ini.....sebab pada sangkaan aku air skrim mcm ni dah x ada lagi dah pada zaman mcm ni....Rupa2nya masih ada lagi....sbb nya aku lihat budak2 zaman sekarang ni banyak makan air skrim patah2 tu.....
     Jadi utk melepaskan rindu aku pada zaman sekolah dulu terhadap air skrim ini....aku pun arahkan lah anak aku si bulat sorang ni utk membeli sebatang nya utk aku....ermm boleh tahan....bapak budak ngan budak2 makan air skrim ni....mmg sedak....walaupun aku dapat air skrim asam masin jek...kalau lah ada  bubur kacang punya..mesti lagi sedak.....

mfab :))

Tuesday, January 25, 2011

JANGAN ANIAYA ORG2 TUA

Terkejut aku bila tengok gambar ni...apalah nasib org tua ni se andai nya ia tahu apa lah makna di sebalik isyarat ini.....Mana punya cucu lah yang megajar nenek ni buah sulit kumpulan kongsi gelap ini....hehehe...Buah ni mmg buah bahaya dan salah 1 buah yg amat di benci dan di takuti oleh ramai org.....
    Seandai nya makna yg tersirat di sebalik isyarat itu dapat di ketahui oleh nenek ini pasti nya Si Cucu x dapat lagi lah nak menjajaki kaki ke kampong halaman lagi.....mau ada yg kena libas dengan parang bangkung.....X guna punya cucu.....aku Doakan kau supaya berjaya dalam pelajaran...Rupa2 nya ini balsan kau berikan pada aku....cisss !!!!!

mfab :))

Penuntut Malaysia perlu bantuan segera



BANJIR yang berlaku di Brisbane yang turut melibatkan pelajar dari Malaysia dan bantuan daripada kerajaan didakwa masih belum diterima. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Bantuan segera perlu disalurkan kepada lebih 170 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa banjir di Brisbane, Australia sejak dua minggu lalu.
Pengerusi Biro Antarabangsa Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya terkilan kerana sehingga kini tiada bantuan disalurkan kepada para penuntut berkenaan.
"Perkara ini telah lama disuarakan oleh pelajar-pelajar itu, namun banyak pihak memandang ringan tentang isu ini. Kenapa sehingga kini tiada yang memberi bantuan segera kepada mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, penuntut Malaysia terbabit kini berada dalam keadaan bimbang berikutan bencana alam yang berlaku, malahan ada di kalangan penuntut terpaksa berkongsi makanan setelah terputus bekalan makanan.
"Pihak-pihak terlibat misalnya Kedutaan Malaysia di Australia, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dan Wisma Putra perlu berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berlarutan," katanya.

mfab :))

Monday, January 24, 2011

Permainan di zaman aku sekolah rendah

Apabila melihat kan benda alah ini, fikiran aku mula melayang ke detik2 manis di tahun 80an yg mana pada masa itu aku masih lagi di alam kanak2...oooo manis nye saat itu....sepanjang hari nya mmg bermacam- macam aktiviti yg di lakukan..Lepas pulang jer dari sekolah,makan tengahari...terus keluar main Sedar2 dekat nak magrib baru lah ingatkan rumah. Itu pun di sebabkan ingatkan kat mak dan ayah...mana x nya kalau tidak berbirat lah badan ni kena rotan kalau sampai ke rumah selepas azan magrib....
    Saat yg paling megembirakan biasa nya pada musim cuti sekolah, mmg 1 hari suntuk tu dah x der kerja lain lah...main ajer...kadang2 tu x sempat celik mata lagi dah dengar dah nama di panggil oleh kawan2 nak ajak bermain...x sempat nak sarapan lagi tu.....

Antara permainan paling aku gemari ialah permain BEDIL yg mana keselurohan BEDIL ini  di perbuat dari pada buluh....Dahulu utk mecari buluh ini ( BULUH BETONG ) teramat lah senang sekali kerana ianya banyak di dapti di tepi2 sungai...Untuk menghasil kan sebilah BEDIL ini kenalah dapatkan sebatang buluh yang mempunyai lubang sebesar batang pen,lagi panjang bilah nya lagi lah bagus utk menghasil bunyi yg kuat...Cara pembuatan nya pula....1.Dapatkan sebatang buluh/anak buluh yang mempunyai saiz lubang sebesar batang pen.  2. Potong bahagian buluh tersebut dalam 2-3 jengkal pada bahagian yang lurus untuk medapatkan laras nya, yag mana ianyer mestilah berlubang dari pangkal hingga ke hujung tanpa di sekat oleh mempulor/ruas nya...3. Dapatkan 1 ruas buluh tua yang di hiris jadi bulat sebesar lubang sepanjang laras yg pertama itu utk di jadi kan peroncoh/penjolok yg siap menpunyai hulu sekali..

Buah cenerai adalah buah yg sememang nya sesuai utk utk di jadikan peluru utk meletup kan BEDIL ini, Kebiasaan buah cenderai ini senang di dapati di kawasan tepi paya dan hutan yg berbukit di kawasan kampong2. Untuk meletupkan bedil dengan mengunakan buah cenderai ini mestilah dengan menggunakan buah Cenderai muda yg bewarna hijau tua yg besaiz sebesar lubang buluh atau lebih besar sedikit dari lubang buluh/laras tersebut.

BEDIL ini jugek boleh di letupkan dengan mengunakan kertas surat khabar yang di basahkan..Caran nya 1. Rendamkan sehelai 2 kertas surat khbar. 2 .Koyakan cebisan kertas surat khabar dan gentelkan supaya ianya boleh di masukan ke dalam lubang laras bedil tersebut.. 3. Jolok kan kertas itu itu supaya mampat dan lepaskan jolok kan yg kuat utk meghasilakan letupan.....Selamat mecuba.....

mfab :))

Wednesday, January 19, 2011

 Semalam 18/1/2011 merupakan rezeki terpijak bagi sebahagian pengguna lalu lintas di susur keluar rembau/pedas sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. Apa ke tidak nya hampir sejumlah duit syiling 50sen,20sen dan 10sen bernilai hampir RM 75000 telah beteraburan di atas jalan raya oleh kerana sebuah kenderaan yang membawa nya telah terlibat dalam kemalangan.Boleh dikatakan hampir kesemua pengguna yang melalui jalan tersebut tidak melepaskan peluang utk megutip syiling tersebut...."sonang2 jor den dapet doit haa....."kata  salah seorang pengguna lalu lintas disitu yang sedang asyik mengutip duit syiling tersebut...
Kebetulan pada masa kejadian tu aku mmg lah menghala ke kuala pilah...tapi aku x lah ikut jalan lebuh raya tersebut (PLUS )...sbb aku ikut LEKAS....Kalau tidak mungkin sebahagian duit syiling tu jadi milik aku...hahahaha...Kalau dah duit beteraburan depan mata mcm ni saper lah yg x tergoda utk megutip nye...
Apa yg aku takutkan , x suka dan benci sekali ialah apabila ada kemalangan,ada pulak sebahagian masyarakat/org ramai akan megambil kesempatan dengan meyelongkar kenderaan2 yg terlibat dalam kemalangan utk mecari barang2 yg berharga,yg mana berkemungkinan barang beharga/perhiasan dari mangsa kemalangan turut di SEBAT/REMBAT!!!!!! TOLONG LAH JGN BUAT MCM TU....BAGAIMANA KALAU IANYA TERKENA PADA AHLI KELUARGA DAN SAUDARA MARA ANDA SENDIRI...

mfab :))

Monday, January 17, 2011

MALANG NYA NASIB MU KAWAN....


Hari ni aku terpanggil nak update blog aku ni akibat gambar menu makanan tengah hari dari sorang kawan aku ni... Dalam keadaan kelaparan berlari lah ke kedai mamak nak cari makannan utk makan tengahari..selesai jer memilih makanan utk di bungkus terus ke kaunter bayaran...setelah itu bawa balik ke pejabat utk menikmati makanan tengahari sambil layan facebook...mesti beselera kan...?? Alangkah tekejut berukk nyer bila bungkusan makanan tengahari nya dibuka apa bila terdapat sejenis lauk yg x di undang...EEEE ANAK TIKUS....haram jadah punya peniaga kedai mamak yg 1 ni....
Kepada pembaca blog ini mesti kebanyakan nya biasa makan di kedai2 dan restoran ...aku nasihatkan pandai2 lah pilih kedai makan yg sesuai jgn lah main redah jek contoh nya cari lah kedai makan yg bukan di kelola oleh segolongan bangsa asing ni...dia org ni mmg x reti nak jaga kebersihan tau nak untung jek......silap2 hari bulan lebih lagi dari apa yg ada dalam gambar ni akan terhidang didalam pinggan makanan anda......UUWEEKKK......

mfab :))

Thursday, January 13, 2011

4 beradik lahir tanpa identiti...Apa dah jadi..???


(DARI kiri) Nur Ayuni Layla Witra; Mohd. Akmal; Mohd. Amirul dan Nur Alia Maisara sukar meneruskan kehidupan kerana tidak memiliki sijil kelahiran.


AMPANG - Akibat perkahwinan tidak diiktiraf gara-gara menggunakan sindiket nikah, empat daripada lima anak kepada seorang bekas pengawal keselamatan di sini terpaksa hidup tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri.
Ibunya, Duanah Abdul Latif, 38, berkata, lebih malang, bagi mengelak perkara yang sama berulang anak kelima mereka, Nur Arishah Natalia, 6, terpaksa berbinkan Abdullah bagi mendapatkan sijil kelahiran dan tidak menerima nasib seperti abang dan kakaknya yang lain.
Duanah yang berasal dari Tawau memberitahu, permasalahan itu timbul apabila dia dan suaminya bernikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998.
Katanya, sindiket itu menjelaskan akan menguruskan segala urusan dalam mendapatkan surat pendaftaran pernikahan namun ternyata ia mengecewakan...

Anak2 ini x tau apa2 pun....mengapalah dia yg jadi mangsa keadaan..

mfab :))

Wednesday, January 12, 2011

MAKAN LAH MAKANAN YANG BERSIH LAGI SEMPURNA

soalan :-
Apakah hukum jima' isteri ketika haid?

jawapan:-
ada tiga jawapan mengenai perkara diatas...

1) Ijma/sepakat para ulama’- Haram bersetubuh pada faraj isteri ketika mereka sedang haidh.

2) Ijma’/sepakat para ulama’- Boleh bermesra dengan bahagian tubuh isteri di atas pusat dan dibawah lutut ketika isteri sedang haidh.

3) Khilaf- Bermesra dengan isteri di bahagian antara pusat dan lutut selagi tidak sampai bersetubuh pada faraj isteri. dimana tidak boleh bagi pandangan imam malik dan abu hanifah serta boleh bagi pandangan Ikrimah dan Mujahid.

Dalil:-

Daripada ‘Aisyah radiallhu ‘anha, beliau berkata: Aku dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah mandi dengan satu bekas air. Ketika itu kami dalam keadaan junub. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mengarahkan aku (untuk memakai kain menutup faraj), maka aku memakai kain sarung. Lalu baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menggauli aku dan ketika itu aku dalam keadaan haidh. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah mengeluarkan kepalanya kepadaku, dan ketika itu baginda Sallallah ‘Alaihi Wassalam sedang beri’tikaf. Lalu aku mencucinya dan ketika itu aku sedang haidh.
[Sahih al-Bukhari: 299, Sahih Muslim: 321, Sunan Abi Daud: 98]

kesimpulan.... jika isteri sedang haid....sedangkan suami berkeinginan....suami masih boleh bermesra dgn isteri...selagi tidak di bahagian farajnya...suami boleh kreatif untuk apa sahaja kaedah asalkan dgn isterinya bagi mengelakkan maksiat... itulah indahnya islam dimana ianya mudah dan menaikkan martabat wanita...penganut agama yahudi akan mengasingkan wanita mereka yg sedang haid kerana pada mereka wanita ketika itu kotor... Wallahualam...
 
mfab :))

TANAPA KITA SEDARI..

daripada Abu Hurairah r.a , beliau berkata Rasulullah SAW bersabda '' kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum saling mencintai.Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yg membuatkan kamu saling mencintai?iaitu sebarkanlah salam diantara sesama kamu '' - Hadith Riwayat Muslim no. 54-
mfab :))

Renung-Renungkan

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah]

Dalil Puasa Asyuraوَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162]

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

”Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125]

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[HR. Muslim no. 1130]

أَنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.

“Sesungguhnya orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[HR. Muslim no. 1126]

Dalil Puasa Tasu'a

Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[HR. Muslim no. 1134

 
mfab :))

Bonus dijangka lebih tinggi


Jamil Khir Baharom menyampaikan Sijil KPI /2010 kepada Ismee Ismail di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 11 Jan. - Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.
Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.

Alhamdulilah....rugi kalau x simpan banyak2 duit kat Tabung Haji..Kebiasaanya 2-3 bulan bulan sekali mesti aku kesana update buku sambil keluarkan duit..mcm mana lah duit nak banyak...kalau ada kat dalam tu RM 10,000 pun kira ok lah tu...dapat lah dividen 10% cukup lah...
 
mfab :))

Tuesday, January 11, 2011

Penangan kekejaman ibu tiri


NUR DANIA QISTINA mengalami 73 kesan lebam di seluruh badan.


JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

mfab :))

Monday, January 10, 2011

Sikap pelajar ‘kepala batu’





SESI persekolahan telah bermula kira-kira seminggu lalu. Pelbagai langkah dilakukan kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun di sebalik usaha yang bersungguh-sungguh itu, masih ada perkara penting yang seolah-olah ‘terlepas pandang’ atau tidak diberi perhatian sewajarnya.
Ia berkaitan dengan ‘sikap buruk’ pelajar yang bukan sahaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar tetapi juga membawanya dengan cara berbahaya ketika ke sekolah.
Lebih membimbangkan apabila tiada tanda-tanda langsung menunjukkan mereka sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya mengundang maut.

mfab :))

Thursday, January 6, 2011

KENANGAN TERINDAH

mfab :))

Rogol anak tiri umur 9 tahun



TERTUDUH (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka semalam.



MELAKA – Seorang bekas anggota tentera tergamak mengkhianati amanah keluarganya dengan merogol dan mencabul anak tirinya yang berusia sembilan tahun dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 53 tahun itu menerima balasan atas perbuatannya apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun serta enam sebatan ke atasnya.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.
Abu Bakar menjatuhkan hukuman 18 tahun serta enam sebatan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun.
Hakim tersebut turut memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia 9 tahun 11 bulan di sebuah rumah nombor 9A Jalan BKP3, Taman Bukit Katil Permai di sini pukul 2 pagi pada penghujung November 2008.

mfab :))

Ikan tuna dilelong RM1.23 juta di Jepun



IKAN tuna bluefin yang dilelong pada harga rekod tertinggi di dunia, ditolak menggunakan troli di pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun, semalam. – REUTERS


TOKYO 5 Jan. – Seekor ikan tuna raksasa jenis bluefin dijual pada harga tertinggi dalam sejarah, sebanyak AS$396,000 (RM1.23 juta) pada majlis lelong pertama tahun ini di pasar ikan terbesar di dunia, di Tokyo hari ini.
Harga jualan meningkat ke paras itu berikutan pembidaan sengit sebelum subuh.
Ikan seberat 342 kilogram yang ditangkap di perairan pulau Hokkaido, utara Jepun, jatuh ke tangan dua pembeli yang membuat tawaran bersama sebanyak 32.49 juta yen (RM1.23 juta), kata seorang pegawai di pasar ikan Tsukiji.
Harga itu mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 20.02 juta yen (RM756,734) yang dibayar untuk seekor ikan tuna bluefin pada 2001.
Sepotong ‘sashimi’ atau ikan mentah daripada spesimen gergasi itu dianggarkan boleh dijual pada harga kos sebanyak 3,450 yen (RM128), lapor media tempatan.
Ikan itu dibeli oleh dua pemilik restoran sushi, seorang dari Jepun dan seorang lagi dari Hong Kong, yang juga membuat tawaran bersama untuk membeli seekor ikan tuna ‘bluefin’ pada harga tertinggi semasa upcara lelong pertama pada tahun lepas di pasar ikan Tsukiji, pasar seluas lebih 40 padang bola sepak.
“Saya berasa lega kerana ikan itu jenis yang baik. Harga menjadi tinggi kerana pembeli di luar negara turut membuat permintaan untuk tuna,” kata pemilik restoran sushi dari Hong Kong itu.
Pembida dari China, di mana populariti tuna bluefin gred tinggi semakin meningkat, telah membantu melonjakkan harga jualan ke paras tertinggi, lapor media.
“Globalisasi makanan membawa kepada harga tinggi. Ini berita baik yang merangsang seluruh pasaran dan diharapkan ekonomi Jepun akan turut meningkat,” kata seorang peserta lelong. – AFP

mfab :))

Wednesday, January 5, 2011

Gulai Pekat Daging Rusa

Gulai Pekat Daging Rusa

Bahan-bahan: (hidangan 5-8 orang)
500 gm daging rusa -dihiris nipis dan kecil- dibersihkan
2 sudu besar rempah kari ayam/daging- dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar kerisik yang ditumbuk hingga pecah minyak
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, bunga cengkih
1 sudu besar cili kisar
kentang dibelah 4 jika suka
1 cawan santan kelapa daripada 1/2 biji kelapa
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 serangkai hingga wangi dan bawang keperangan.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar. Tumis lagi 2 minit sambil dikacau. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan daging dan 1 cawan air. Gaul rata dan tutup periuk. Kecilkan api dan biar daging mereneh hingga empuk.
4. Apabila daging empuk masukkan kerisik dan santan kelapa. Masukkan garam dan kentang. masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
5. Tutup api dan sedia dihidang.

mfab :))

1,386 kedai makan di Temerloh, Bandar Jengka mungkin henti operasi


TEMERLOH 4 Jan. – Sebanyak 1,386 restoran, kedai makan dan gerai di daerah ini dan Bandar Jengka mungkin menghentikan perniagaan buat sementara waktu kerana kesukaran mendapatkan kelapa.
Selain ketiadaan bekalan, harga kelapa kini dikatakan mencecah RM1.80 sebiji dan santan kelapa dijual antara RM7 hingga RM12 sekilogram yang dianggap terlalu mahal dan menjadi punca pengusaha kedai makanan serta restoran akan ditutup.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati santan kelapa di sini dijual pada harga RM7 sekilogram, di Jerantut RM9 manakala Jengka pula harganya mencecah RM12 sekilogram.
Seorang pekedai makan di Temerloh, Halimah Zaiton, 45, memberitahu, dia dan beberapa rakan mungkin akan tutup kedai jika krisis kelapa berterusan.
“Kesukaran mendapatkan kelapa itu berlaku sejak sebulan lalu. Jika adapun harganya mahal iaitu RM1.80 hingga RM2 sebiji.
“Santan kelapa pula harganya dijual antara RM7 hingga RM9 sekilogram berbanding sebelumnya iaitu RM5 sekilogram,” katanya.
Sementara itu peniaga kelapa di pasar Temerloh, Mohd. Shaari Osman, 57, berkata, dia menghadapi masalah bekalan kelapa sejak beberapa minggu lalu yang sebelum ini diimport dari Indonesia.
“Bekalan kelapa dari negara jiran itu mudah busuk kerana ia mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.
“Bencana gempa bumi dan letupan gunung berapi yang berlaku baru-baru ini mungkin menjadi punca bekalan kelapa dari negara itu berkurangan.
“Saya berharap Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat mengatasi masalah ini dengan mengimport kelapa dari beberapa buah negara lain seperti Filipina bagi mengatasi krisis tersebut,” kata Mohd. Shaari
mfab :))

Ke mana hilangnya minyak masak?



Peniaga, Akasha Ishaq menunjukkan tanda ‘minyak habis’ di kedainya di Pasar Bayan Baru, Georgetown, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini? Itu persoalan yang bermain di fikiran rakyat apabila krisis bekalan bahan itu semakin menular ke seluruh negara.
Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.
Utusan Malaysia difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, ramai pengguna pula mengesyaki masalah ketiadaan minyak masak di pasaran sebenarnya berpunca daripada pemborong atau peniaga menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga.
Ini kerana, mereka dikatakan mahu mengambil kesempatan atas khabar angin mengatakan harga minyak akan dinaikkan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai-kedai dan kebanyakan pasar raya di seluruh negara langsung tidak menjual minyak masak peket.
Sebaliknya, premis perniagaan tersebut cuma mempamer minyak jagung dan soya serta botol berjenama mahal.
Di Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengakui bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit di negeri itu berkurangan.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A.Rahim berkata, walaupun berlaku kekurangan tetapi ia tidak dianggap serius memandangkan bekalan minyak masak daripada pemborong mencukupi.
Beliau menambah, selain faktor pembelian panik, satu faktor lagi yang menyebabkan bekalan menjadi kurang adalah kerana tindakan pihak industri membeli minyak masak yang sepatutnya dijual kepada pengguna secara pukal.
“Hasil pemantauan memang wujud kekurangan bekalan minyak masak kepada pengguna yang dijual di pasar raya dan kedai runcit tetapi ini bukan satu situasi yang serius.
“Apa yang berlaku berpunca daripada sikap panik pengguna gara-gara khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik tetapi hakikatnya itu tidak benar.
“Saya minta orang ramai di negeri ini tidak panik kerana bekalan minyak masak daripada pemborong adalah mencukupi. Kekurangan yang terdapat di pasar raya dan kedai runcit akan diatasi segera,” katanya.
Di Pahang pula, masalah bekalan minyak masak di negeri itu dijangka selesai berikutan para pembekal dan pemborong meningkatkan pengedaran mereka dalam minggu ini.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, para pembekal dan pemborong sedang meningkatkan pengeluaran mereka bagi memastikan barangan keperluan itu kembali pulih di pasaran.
Menurutnya, masalah kekurangan itu berlaku disebabkan cuti selama tiga hari termasuk cuti umum menyebabkan para pembekal dan pemborong kurang beroperasi dalam tempoh tersebut.
“Namun terdapat sedikit pembelian panik apabila pengguna membeli lebih minyak masak terbabit menyebabkan ia habis awal di pasaran sejak beberapa hari lalu,” ujar beliau.
Menurut Mohd. A. Aruwan, jumlah keperluan minyak masak di negeri itu adalah 3,000 tan metrik sebulan yang mana pengilang dan pembekal akan melakukan pembungkusan sebelum dihantar ke pasar raya dan kedai runcit.
Dalam pada itu, masalah bekalan minyak masak turut melanda Sarawak dengan minyak masak dalam peket habis dijual sejak seminggu lalu manakala yang dijual dalam botol semakin berkurangan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar Kuching mendapati, keadaan itu menyebabkan para peniaga dan pengguna mengeluh kerana semakin sukar untuk mendapat bekalan.
Seorang penyelia pasar raya, Norkhairulnizam Ali, 29, berkata, pembekal telah mengurangkan bekalan minyak masak dalam peket sehingga separuh daripada jumlah asal sejak bulan lalu.
“Selalunya, kami dibekalkan 100 kotak seminggu yang mengandungi 17 peket minyak masak setiap satu sebelum dikurangkan kepada 50 kotak. Bermula minggu lepas, pembekal langsung tidak datang menyebabkan kami kehabisan bekalan,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan Gelugor di Pulau Pinang pula mendapati kesemua kedai tidak mempunyai bekalan minyak masak termasuk yang peket.
Jika ada pun cuma terdapat minyak masak berkualiti tinggi yang harganya jauh lebih mahal.
Peniaga di Pasar Bayan Baru, Akashia Ishak, 32, berkata, keadaan tersebut sudah dirasai sejak dua minggu lalu dan ia menyukarkannya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
“Mereka datang mahukan minyak masak dan bila saya kata tiada, mereka marah-marah sebab sudah dua minggu keadaan ini berlaku. Saya risau kehilangan pelanggan dan keadaan ini memang menyusahkan,” katanya.

mfab :))

Tuesday, January 4, 2011

Pengasas Facebook makin kaya



MARK ZUCKERBERG


NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).
Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).
Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.
Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).
Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

mfab :))

Satu lagi kapal bantuan menuju ke Gaza


DAMSYIK 3 Jan. - Sebuah kapal membawa bekalan bantuan bagi mencabar sekatan ke atas Gaza yang disokong aktivis Asia, telah belayar dari pelabuhan Syria ke Mesir kelmarin, kata seorang pegawai Palestin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan aktivis yang berpangkalan di Syria, Khaled Abdel-Majid berkata, kapal tersebut belayar dari Latakia menuju pelabuhan al-Arish, Mesir, lokasi bekalan bantuan akan dipunggah dan diangkut melalui jalan darat ke Gaza.
Katanya, kira-kira 100 aktivis proPalestin juga telah memasuki Genting Gaza dari Mesir awal pagi ini, bagi mengendalikan pengagihan bantuan dari kapal yang dijangka tiba malam ini.
Abdel-Majid berkata, kumpulan aktivis terlibat datang dari pelbagai pertubuhan amal terutamanya dari India.
"Seramai 12 aktivis dari Iran, Jepun, Pakistan dan Afghanistan menaiki kapal 'Salam' (Keamanan)," katanya sebelum ini.
Beliau berkata, konvoi penghantaran bekalan dikenali sebagai Asia 1 itu, meninggalkan India bulan lalu dan ia sepatutnya tiba di Gaza yang diperintah Hamas pada 27 Disember lalu, sempena ulang tahun kedua serangan Israel ke atas Gaza.
Menurutnya, kapal tersebut turut menjadi sasaran provokasi Israel sejak ia belayar di perairan antarabangsa.
"Kapal-kapal tentera laut Israel bertanya kepada kapten 'Salam' tentang jenis bekalan yang dibawa," kata Abdel-Majid dengan menambah, beberapa aktivis di atas kapal turut disoal siasat.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis berkata, pihaknya mengawasi kapal tersebut dengan teliti.
'Salam' membawa bekalan bantuan bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta)) seperti ubat-ubatan, makanan, permainan, empat buah bas dan 10 penjana elektrik untuk hospital.
Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza sejak kumpulan pejuang Israel menawan seorang tenteranya pada Jun 2006.
Ia diperkuatkan lagi setahun kemudian selepas kumpulan pejuang Hamas mengambil alih pemerintahan Gaza ekoran perselisihan dengan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
mfab :))

Pewarna teh tiruan rosakkan hati


 – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.
Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.
‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.
‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.
Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.
‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.

mfab :))

Monday, January 3, 2011

Bawa beg sendiri membeli-belah - PPIM


KUALA LUMPUR - Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan," katanya sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan pre- mis perniagaan lain.
Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula kelmarin, Nadzim berkata, beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.
"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.

mfab :))

Tentera Iran dakwa tembak jatuh dua pesawat pengintip


TEHRAN 3 Jan. – Iran menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi, kata komander kanan keselamatan revolusi kepada agensi berita Fars.
“Banyak pesawat pengintip dan pesawat musuh yang menceroboh telah ditembak jatuh oleh pasukan keselamatan... malah kami turut menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi,” kata Komander Amir Ali Hajizadeh.
“Namun inilah pertama kali kami mengumumkan mengenainya,” katanya tanpa menyatakan bila pesawat pengintip dan pesawat-pesawat lain itu telah ditembak jatuh. – Reuters
 
mfab :))