~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, January 5, 2011

1,386 kedai makan di Temerloh, Bandar Jengka mungkin henti operasi


TEMERLOH 4 Jan. – Sebanyak 1,386 restoran, kedai makan dan gerai di daerah ini dan Bandar Jengka mungkin menghentikan perniagaan buat sementara waktu kerana kesukaran mendapatkan kelapa.
Selain ketiadaan bekalan, harga kelapa kini dikatakan mencecah RM1.80 sebiji dan santan kelapa dijual antara RM7 hingga RM12 sekilogram yang dianggap terlalu mahal dan menjadi punca pengusaha kedai makanan serta restoran akan ditutup.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati santan kelapa di sini dijual pada harga RM7 sekilogram, di Jerantut RM9 manakala Jengka pula harganya mencecah RM12 sekilogram.
Seorang pekedai makan di Temerloh, Halimah Zaiton, 45, memberitahu, dia dan beberapa rakan mungkin akan tutup kedai jika krisis kelapa berterusan.
“Kesukaran mendapatkan kelapa itu berlaku sejak sebulan lalu. Jika adapun harganya mahal iaitu RM1.80 hingga RM2 sebiji.
“Santan kelapa pula harganya dijual antara RM7 hingga RM9 sekilogram berbanding sebelumnya iaitu RM5 sekilogram,” katanya.
Sementara itu peniaga kelapa di pasar Temerloh, Mohd. Shaari Osman, 57, berkata, dia menghadapi masalah bekalan kelapa sejak beberapa minggu lalu yang sebelum ini diimport dari Indonesia.
“Bekalan kelapa dari negara jiran itu mudah busuk kerana ia mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.
“Bencana gempa bumi dan letupan gunung berapi yang berlaku baru-baru ini mungkin menjadi punca bekalan kelapa dari negara itu berkurangan.
“Saya berharap Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat mengatasi masalah ini dengan mengimport kelapa dari beberapa buah negara lain seperti Filipina bagi mengatasi krisis tersebut,” kata Mohd. Shaari
mfab :))

2 comments:

relevan said...

Kalu tutup alamat ngetea kat rumah je lah kita ..

Mr.FaDiR said...

kita buat panking sediri tepi sungai tu...awok bawok gula kooi bawok kopi...kita panaskan air sungai tu..hehee