~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, June 30, 2011

Google Plus lawan Facebook



CONTOH paparan halaman sosial Google Plus yang disiarkan

29 Jun - Google Inc. sekali lagi cuba memecah dominasi Facebook dalam rangkaian sosial dengan memperkenalkan satu perkhidmatan baru dikenali sebagai Google Plus, semalam.
Google menyatakan perkhidmatan baru itu akan menghubungkan semua sifat perkhidmatan yang ditawarkan di talian, menjadikannya sebagai sebuah rangkaian sosial.
Pengasas bersama Google, Larry Page mahu menjadikan enjin carian nombor satu di Internet itu sebagai satu jaringan sosial kerana orang ramai lebih menggunakan Facebook dan Twitter.
Bagi membezakan perkhidmatan tersebut, Google menyatakan ia mempunyai pendekatan lebih baik berhubung privasi, perkara yang menjadi isu dalam rangkaian sosial sebelum ini.
Google Plus menawarkan pendekatan 'rangkaian' rakan dan kenalan di mana pengguna boleh menguruskan rakan mengikut rangkaian anggota keluarga, rakan sekerja atau rakan kolej, apa yang hendak dikatakan selain perkongsian gambar dan video atau pelbagai maklumat dalam kumpulan kecil itu sahaja.
''Dalam dunia di talian, terdapat perkhidmatan dikenali sebagai perkongsian kotak di mana anda tidak akan tahu ke mana perkara yang dimasukkan dalam kotak itu atau siapa akan membaca atau adakah ia akan memalukan anda dalam tempoh enam bulan akan datang.
''Bagi kami, privasi adalah perkara penting,'' kata Timbalan Presiden Pengurusan Produk Google, Bradley Horowitz.
Facebook yang dikritik kerana menyediakan kawalan privasi yang memeningkan pengguna, pada tahun lepas memperkenalkan satu ciri yang membolehkan pengguna membentuk kumpulan-kumpulan kecil rakan.
Google Plus akan dibuka kepada sejumlah kecil pengguna dalam sesi percubaannya.
Syarikat enjin carian itu tidak pula memaklumkan tarikh ia akan diperluaskan kepada semua pengguna. 
 
mfab :))

Wednesday, June 29, 2011

Belanda haram penyembelihan haiwan cara Islam

AMSTERDAM 29 Jun - Parlimen Belanda telah mengundi bersetuju untuk mengharamkan penyembelihan haiwan hari ini, langkah yang ditentang kuat oleh orang Islam dan Yahudi negara itu.
Rang undang-undang yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Haiwan, parti sedemikian yang pertama di Eropah memenangi kerusi dalam Parlimen, menyatakan mereka perlu memastikan haiwan itu tidak sedar diri sebelum disembelih, berbeza dengan cara Islam dan Yahudi yang memerlukan haiwan itu berada dalam keadaan sedar.
Menurut ketua Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme, cara penyembelihan itu memberi kesakitan yang tidak patut kepada haiwan dan ia perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama. -

mfab :))

Tuesday, June 28, 2011

Apa guna berkasut cantik jikalau kaki berkudis nak putus....


Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

~   Kasihani lah kami warga berpendapatan kecil dan serdahana ini...Segala-galanye tersepit dan tercicir dalam mengharungi arus kemajuan dan kemodenan yg telah pun di sediakan pada masa kini...Namun begitu Segala nye kami perlukan demi  masa depan kami dan keluarga kami agar kami dan keluarga kami semua tidak termasuk ke dalam golongan orang2 yang rugi dan buta segala nye....
~  Sediakan lah tahun/masa yg benar2 utk membela kebajikan dan menaikkan taraf dan kemampuan kami,agar kami semua tidak merasa tertindas oleh bangsa dan saudara kami sendiri.....
 
mfab :))

Tangisan bayi di celah semak


MOHD. SATAR menunjukkan lokasi dia menemui bayi lelaki (gambar kecil) di dalam semak di Kampung Pertama Machang, Bachok semalam.


 – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam.
Bayi lelaki itu ditemui pada pukul 11.30 pagi ketika Mohd. Satar Mohd. Ali, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membaiki motosikal di pekan Jelawat dekat sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi bayi itu dijumpai.
Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan.
“Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.
“Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ceritanya ketika ditemui semalam.

~ Sangat2 lah buta mata dan buta hati si pelaku nye.....
 
mfab :))

Monday, June 27, 2011

Sembelih tak ikut syarak


KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mendedahkan masih terdapat beberapa pusat penyembelihan yang melakukan proses itu tanpa mengikut hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah Jawi, Hashim Salleh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan soal halal dan haram sesuatu makanan.
"Kalau kita makan binatang yang disembelih tidak mengikut hukum yang sepatutnya, ia ibarat makan bangkai.
"Saya menasihatkan umat Islam agar lebih berhati-hati ketika membeli ayam dan daging kerana adalah penting ia melalui proses sembelihan yang sempurna,"  
mfab :))

Wednesday, June 22, 2011

12,000 tan sampah dibuang setiap hari

- Rakyat di negara ini dianggarkan membuang 12,000 tan sampah setiap hari dan jumlah ini dijangka meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020 jika mereka masih tiada kesedaran untuk mengitarnya semula, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Datuk Zaini Md. Nor.
"Keadaan ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan penyakit,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian buku akaun bank bagi Program Bank Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul di sini, hari ini.
Berikutan itu, kata Zaini, kerajaan memberi perhatian terhadap program kitar semula kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad sedangkan sisa bahan buangan semakin banyak.
Katanya, lebih 85 peratus rakyat Malaysia faham dan tahu tentang kitar semula tetapi hanya 55 peratus yang melaksanakan kitar semula.

~ ermm kena minima kan segala penggunaan plastik lah yg budak kampong nampak...sebabyer kalau boleh kat mana2 tempat buang sampah plastik lah yg paling banyak sekali dari barang2 lain....dah lah susah nak lupus....
 
mfab :))

Tuesday, June 21, 2011

Pakar pukau bantu penari tiang menggoda



BEBERAPA penari tiang di kelab Cleopatra's Lounge, Huddersfield, Britain.


HUDDERSFIELD, Britain - Seorang pakar pukau, Grant Saunders dipanggil untuk membantu penari-penari tiang menggoda pelanggan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menerusi kepakaran pakar pukau itu, pelanggan-pelanggan akan memberikan lebih banyak wang kepada mereka selepas persembahan erotik berakhir.
Khidmat Saunders digunakan pemilik kelab tarian Cleopatra's Lounge di sini untuk membantu meningkatkan pendapatan premis itu yang merosot sejak kebelakangan ini.
"Penari-penari di sini akan menggunakan teknik yang dikenali sebagai 'berlabuh'. Minda bawah sedar pelanggan akan dibuka semasa melihat paha mereka (penari bogel)," kata Saunders, 34.
"Para pelanggan akan mengikut permintaan penari itu ketika dia bercakap dengan dan menyentuh bahu atau lutut mereka," tambah pakar berkenaan.
Namun, dia menyangkal teknik tersebut akan menyebabkan pelanggan dipukau sepenuhnya seperti yang biasa dilakukan pada sesi hipnotis lain.
"Teknik ini cuma membantu mereka untuk menjadi jurujual yang lebih baik," 
mfab :))

~ Ingatkan betul2 lah boleh bagi org terpukau.... ni lah...org pun dah x heran ngan tarian2 mcm ni lagi....mungkin dah ada yg lebih advance lagi....

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal



COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang.
mfab :))

~ macam nak menjemput tsunami datang nepal jer x lama lagi.....

Monday, June 20, 2011

Perodua Myvi kini semakin bagus





DUNIA automotif tempatan tidak lagi sama selepas Perodua Myvi diperkenalkan di pasaran pada 2005. Bertitik tolak daripada kejayaan pertama Kancil pada 1994, Kelisa dan Kenari pada awal tahun 2000, Perodua berjaya mengisi kekosongan yang selama ini ditinggalkan oleh segmen kereta murah yang ekonomikal.
Segmen yang satu ketika dahulu dikuasai Proton telah dipecahkan monopolinya oleh Perodua. Myvi juga berjaya melonjakkan Perodua ke tempat teratas sebagai kereta paling laris, selain pengeluar yang menduduki tangga teratas jualan tertinggi dalam pasaran tempatan.
Tidak dinafikan bahawa kereta itu didatangkan dengan pakej kereta urban yang menjimatkan. Myvi dicipta untuk menjadi kereta yang praktikal, mudah dipandu dan diparkir, ergonomik, teknologi yang asas serta mudah diselenggara.
Bagi sebuah negara yang mengadaptasi sistem bayaran balik sehingga sembilan tahun, sudah tentulah faktor nilai jualan balik menjadi isu pokok. Pembeli kereta pertama sudah tentu memikirkan nilai pasaran terpakai yang bagus.
Justeru, Myvi ternyata satu pembelian yang selamat. Lihat sahaja nilainya di pasaran terpakai bagi model pertama tahun 2005. Tidak ada kereta yang mengalami kejatuhan minimum seperti Myvi.
Perodua dikenali kerana kualiti binaan Toyota-Daihatsu. Kereta yang dipasang di Sungai Choh, Rawang itu berkongsi platform dengan model gantian Daihatsu Boon yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran Jepun pada tahun lalu. Ironiknya, Boon generasi kedua ini (atau ketiga jika dikira dengan model Storia) turut menggantikan Myvi tempatan.
Berbeza dengan khabar angin yang bertiup kencang sebelum kehadiran gantian Myvi itu, asasnya, ia kekal dengan kapasiti enjin 1.3 dan namanya - Myvi. Sebenarnya saya melihat pengekalan nama pada model gantian adalah perlu dalam pasaran sekecil Malaysia agar sesuatu jenama dapat diperkukuhkan dan mudah diingati.
RUANG kargo boleh ditambah dengan hanya melipat sepenuhnya tempat duduk belakang.



Walaupun desas-desus bertiup kencang tentang gantian Myvi bakal menggunakan enjin 1.5 liter baru, Perodua mengambil keputusan mengekalkan konfigurasi enjin sedia ada.
Enjin K3-VE berkapasiti 1.3 liter itu terbukti lasak dan ekonomikal sejak divariankan lama sebelum itu di Jepun. Enjin siri K3VE dibangunkan sejak tahun 2000 dan telah dipasangkan pada pelbagai model Toyota/Daihatsu seperti Terios (Kembara/Nautica), YRV, Storia dan Bb. Ia merupakan model gantian siri HC/HD seperti yang dipasang pada Daihatsu Ascend/Espri tempatan.
Perbezaan ketara untuk Myvi baru adalah pengubahsuaian sistem stereng kuasa daripada jenis bermotor kepada berkuasa elektrik. Jika dilihat kepada mana-mana kereta urban moden hari ini, stereng kawalan elektrik lebih mesra pengguna menerusi sensor kelajuan.
Pada posisi pegun, memusing stereng adalah lebih mudah. Sementara apabila kelajuan melebihi 40 kilometer sejam (km/j), alat pengesan (sensor) pada batang rak stereng akan memberatkan putaran, sekali gus menjadikan pemanduan lebih stabil.
Enjin Myvi baru itu sudah ditala semula untuk capai tahap ekonomikal yang lebih baik. Menurut Perodua, menerusi ujian dalaman mereka, versi manual mencatat perjalanan 17.5km bagi seliter (km/l) petrol, berbanding model lama iaitu 17.1km/l. Model automatik nampaknya lebih baik kerana mencatatkan jarak 14.6km/l berbanding 13.5km/l pada model lama.
ENJIN bersesaran 1.3 liter menjanjikan penggunaan bahan api lebih menjimatkan berbanding enjin berkapasiti sama sebelumnya.



Walaupun asas platform Myvi baru itu sama seperti sebelumnya, sistem suspensi dan pengendaliannya telah diperbaiki secara keseluruhan. Pada sesi uji pandu singkat yang dijalankan bulan lepas, pihak media berpeluang mengujinya.
Apa yang dapat saya simpulkan, karektor pemanduannya tidak banyak berubah. Cuma suspensinya terasa lebih rigid terutamanya pada bahagian belakang. Tahap membuai yang sinonim dengan Myvi berjaya dikurangkan dengan menggunakan set suspensi yang lebih 'keras'.
Selain itu, konfigurasi dalaman dan luaran tidak banyak berubah. Beberapa penyesuaian ada dibuat. Ruang kepala direndahkan sedikit, sementara kelegaan kaki ditambah. Ruang but simpanan barang dan bahagian penumpang belakang masih tidak berubah.
Bahagian luar menerima perubahan ketara dengan rekaan lampu yang kelihatan lebih 'tersenyum'. Susunan lampu belakang pula berjaya menjadikan kereta ini satu pakej yang lengkap.
Jika anda amati pada model lama, penempatan lampu belakang kelihatan tergantung di posisinya. Jujurnya, saya suka rekabentuk lampu belakang Sirion/Boon versi Jepun yang lebih menyerlah dengan penggunaan kelongsong berbentuk bulat.
RUANG kabin Myvi yang mesra pengguna dan ergonomik.



Hari ini, pembeli melihat kereta urban daripada perspektif berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Myvi terjual lebih 484,000 unit sejak dilancarkan, menang 11 anugerah sepanjang lima tahun dan terbukti rakyat Malaysia memang sukakan Myvi.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh memberitahu pihaknya menyasarkan jualan Myvi sebanyak 8,000 hingga 8,500 unit sebulan.
“Sehingga kini, sebanyak 10,000 unit Myvi telah ditempah. Penghantaran Myvi baharu kepada para pelanggan bermula esok (Jumaat),” kata Aminar.
Perodua juga sudah memulakan pengeksportan model sama ke Indonesia dengan menggunakan lencana Daihatsu Sirion. Penghantaran pertama itu melibatkan 500 unit Myvi.
Penggantian model baru adalah satu lagi berita gembira kepada bakal pembeli Myvi mahupun kereta subkompak secara keseluruhannya. Harga kereta ini bermula dari RM43,900 hingga RMRM57,400 bergantung pada varian sama ada Standard, Premium atau Elegance.

mfab :))

Rundingan ketua Fatah-Hamas ditangguhkan


RAMALLAH - Rundingan di antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengetuai pergerakan Fatah dan Ketua Hamas, Khaled Meshaal berhubung pembentukan Kabinet baharu telah ditangguhkan.
Pengumuman itu dibuat oleh seorang pegawai Fatah, Azzam al-Ahmed semalam.
Sebelum ini, Mahmoud dan Khaled dijangka bertemu di Kaherah, Mesir esok untuk membincangkan pembentukan kerajaan sementara.
Rundingan itu dilaporkan terhenti mengenai isu siapa yang sepatutnya mengetuai pemerintahan peralihan.
Mahmoud dikatakan mendesak perdana menteri yang mengetuai pentadbiran Hamas, Salam Fayyad sebagai calon untuk mengetuai kerajaan peralihan itu.
"Pertemuan itu sudah ditangguhkan sehingga tarikh baharu yang akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi sebagai cara untuk memastikan wujudnya suasana yang terbaik untuk kejayaan pelaksanaan perjanjian perdamaian," katanya.

Semoga akan ada rundingan yg baru utk bersatu pada masa yg terdekat ini....


mfab :))

Thursday, June 2, 2011

Bayi baru lahir mati dicampak


Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggar mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejut apabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakan anak patung.
Namun, apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan kepalanya telah pecah.
Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.
"Polis percaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu dari tingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.
"Ini kerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tiga meter dari tempat bayi malang itu ditemui," 
Pangsapuri itu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.
Polis, menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini, belum ada tangkapan dilakukan.
Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelum dicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkat tinggi.

Nak kata binatang pun susah nak kata syaitan iblis dan jin pun susah...sbb  aku rasa binatang,syaitan iblis dan jin pun ada anak dan  sayang pada anak2 nye...mcm sblm ni aku dengar citer ada org tu kena sampuk sbb baling barang dan terkena kat anak syaitan mungkin benjol lah dahi anak dia tu...hahahah..dan mak bapak syaitan tu pun apa lagi..marah lah..dan rasuk lah org yg buang barang sampai terkena kat anak nye itu.....merata juge lah nak berubat bagi syaitan tu x kacau dia.....hehehehe.....
Moga cepat2 pelaku ni kena tangkap dan di berikan hukuman yg setimpal.....Takut nanti akan ramai lagi yg akan terikut dengan cara mcm ni.....

mfab :))