~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, June 30, 2011

Google Plus lawan Facebook



CONTOH paparan halaman sosial Google Plus yang disiarkan

29 Jun - Google Inc. sekali lagi cuba memecah dominasi Facebook dalam rangkaian sosial dengan memperkenalkan satu perkhidmatan baru dikenali sebagai Google Plus, semalam.
Google menyatakan perkhidmatan baru itu akan menghubungkan semua sifat perkhidmatan yang ditawarkan di talian, menjadikannya sebagai sebuah rangkaian sosial.
Pengasas bersama Google, Larry Page mahu menjadikan enjin carian nombor satu di Internet itu sebagai satu jaringan sosial kerana orang ramai lebih menggunakan Facebook dan Twitter.
Bagi membezakan perkhidmatan tersebut, Google menyatakan ia mempunyai pendekatan lebih baik berhubung privasi, perkara yang menjadi isu dalam rangkaian sosial sebelum ini.
Google Plus menawarkan pendekatan 'rangkaian' rakan dan kenalan di mana pengguna boleh menguruskan rakan mengikut rangkaian anggota keluarga, rakan sekerja atau rakan kolej, apa yang hendak dikatakan selain perkongsian gambar dan video atau pelbagai maklumat dalam kumpulan kecil itu sahaja.
''Dalam dunia di talian, terdapat perkhidmatan dikenali sebagai perkongsian kotak di mana anda tidak akan tahu ke mana perkara yang dimasukkan dalam kotak itu atau siapa akan membaca atau adakah ia akan memalukan anda dalam tempoh enam bulan akan datang.
''Bagi kami, privasi adalah perkara penting,'' kata Timbalan Presiden Pengurusan Produk Google, Bradley Horowitz.
Facebook yang dikritik kerana menyediakan kawalan privasi yang memeningkan pengguna, pada tahun lepas memperkenalkan satu ciri yang membolehkan pengguna membentuk kumpulan-kumpulan kecil rakan.
Google Plus akan dibuka kepada sejumlah kecil pengguna dalam sesi percubaannya.
Syarikat enjin carian itu tidak pula memaklumkan tarikh ia akan diperluaskan kepada semua pengguna. 
 
mfab :))

No comments: