~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, June 20, 2011

Rundingan ketua Fatah-Hamas ditangguhkan


RAMALLAH - Rundingan di antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengetuai pergerakan Fatah dan Ketua Hamas, Khaled Meshaal berhubung pembentukan Kabinet baharu telah ditangguhkan.
Pengumuman itu dibuat oleh seorang pegawai Fatah, Azzam al-Ahmed semalam.
Sebelum ini, Mahmoud dan Khaled dijangka bertemu di Kaherah, Mesir esok untuk membincangkan pembentukan kerajaan sementara.
Rundingan itu dilaporkan terhenti mengenai isu siapa yang sepatutnya mengetuai pemerintahan peralihan.
Mahmoud dikatakan mendesak perdana menteri yang mengetuai pentadbiran Hamas, Salam Fayyad sebagai calon untuk mengetuai kerajaan peralihan itu.
"Pertemuan itu sudah ditangguhkan sehingga tarikh baharu yang akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi sebagai cara untuk memastikan wujudnya suasana yang terbaik untuk kejayaan pelaksanaan perjanjian perdamaian," katanya.

Semoga akan ada rundingan yg baru utk bersatu pada masa yg terdekat ini....


mfab :))

No comments: