~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, October 9, 2014

Kes kebakaran Perumahan Penjawat Awam,Putrajaya

Kejadian kes pada Jumaat 26/9/2014  jam di antara 2.30 ptg - 2.45 ptg di kawasan Putrajaya, Presint 18..Punca kejadian Berkemungkinan kecuaian anak tuan rumah bermain api...Dari kes kejadian tiada mangsa cedera mahupun tekorban...Sebahagian harta benda yg terdapat di ruang tamu dan sebahagian dalam dapur  musnah...

Jam 2.15 ptg selapas balik dari solat jumaat keadaan rasa mcm biasa tidak ada perasaan apa2 kat diri aku ni...mungkin sbb keberkatan hari jumaat kot....hehehe...
Apa yg aku nak story kat sini ialah pada hari tersebut adalah hari yg ke2 Si Abang terpaksa poteng sekolah kerana terpaksa menjaga si adik nya si ultraman konit akibat kena demam campak...Hal ini berlaku dan terpaksa melibatkan si abang nya kerana si ibu tidak boleh bercuti lagi pada hari itu kerana ada urusan kerja yg amat mustahak...Ini kerana telah hampir seminggu si ibu memohon cuti sewaktu si konit ini mula di serang demam campak...
Manakala si ayah nya (aku ) pula begitu juga ada urusan penting dan hampir kehabisan cuti tahunan....terpaksa lah mohon bantuan si abang nya....Terima kasih Abang...

Jam 2.25 ptg semasa bersiap nak masuk kerja balik tiba2 sahaja hati rasa semacam jer...kaki rasa berat jer...Ehh kenapa lak mcm ni rasa hati ni...x sedap hati je ni...mesej kat rakan ofis lah nak bagi tau aku masuk lewat sikit...bisikku sendirian...

Setelah mesej di hantar pada rakan setugas dan mesej di balas ok oleh rakan setugas lega rasa sikit rasa hati...Sambil tersandar di katil dalam rasa nak terlelap..tiba2 terdengar suara bising2 mcm barang berkaca pecah dan jatuh...Aduhh...orang atas ni gaduh laki bini ke..bisik hati ku...Belum sempat habis fikir fasal orang gaduh laki bini ni tiba2 anaku si abang dan si konit ni masuk bilik dengan menanyakan pada aku apa orang atas ni bising2 dan mengatakan ramai orang yg berada di stesen minyak petronas yg berhadapan dengan rumah ku memerhatikan dan siap ambil @ merakamkan gambar lagi...

Dengan masuk nya  2 orang hero aku itu ke bilik rasa tertanggu lah lena aku dan membuatkan aku pun rasa ingin tau apa sebenar nya yg berlaku...Lalu aku keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu utk meninjau ke balkoni hadapan rumah ku....setelah melihat ramai orang dari petronas sedang memerhatikan aku ingin keluar ke balkoni utk meninjau apa yg sedang berlaku..akan tetapi  terus isyaratkan dan di jeritkan oleh beberapa orang dari petronas agar jangan keluar ke bahagian balkoni kerana rumah di bahagian atas telah terbakar....Terbakarr !!! bisik aku....terus rasa panik datang mengila...... 

Apa lagi ..dalam keadaan gelabah aku mengarah kan ke 2 orang hero aku cepat keluar dari rumah dan mengarah kan Si abang supaya membawa si adik nya ke kawasan taman permainan...sementara itu aku off semua suis dalam rumah ,kunci pintu dan terus belari keluar utk turun ke bawah bagi menyelamatkan diri....

Namun semasa aku sedang menuruni tangga utk ke kawasan taman permainan...Aku terdengar suara orang menangis dari bahagian atas seolah- olah masih ada orag yg belom di selamatkan...Rasa simpati pulak....X per lah aku kena tolong ni..bisik hati ku...setelah pasti bahawa 2 orang hero aku berada di kawasan yg selamat...aku pun mula menaiki tangga utk ke hadapan rumah terbakar....Semasa bertentangan dengan pintu rumah yg terbakar itu keadaan nya memang sangat menakutkan...Bahang api yg sangat kuat dan dengan keadaan asap hitam yg tebal telah memenuhi ruangan kaki lima kawasan rumah tersebut....Hati mula rasa semakin takut jika ianya melarat ke bahagian unit rumah yg lain....Aku mula terbayangkan harta benda dalam rumah aku yg aku kumpul selama ini akan musnah jika api nya melarat....Dari situ keberanian mula datang sikit demi sedikit utk memberi bantuan juga utk menyekat kebakaran dari melarat ke rumah lain..Termasuk rumah aku di bahagian tingkat bawah nya...






Rumah di bahagian tingkat 4 yg terbakar sempat di rakam oleh penghuni blok yg sama dari stesen minyak petronas...

 
Orang ramai tidak melapaskan peluang utk merakam detik2 yg sangat mendebarkan...tingkat 3 tu rumah aku....huhuhuu...kalau melarat habis hangus rumah aku...

Bahagian pintu hadapan rumah yg hampir musnah dia jika api merebak..

Bahagian ruang dapur..

Bahagian ruang dapur...

Bahagian ruang tamu yang musnah di percayai tempat utama punca kebakaran...

Gambaran set sofa yg telah musnah terbakar..

Anggota Bomba melihat kesan2 kebakran sekali gus menjalankan soal siasat...


Pintu kaca slide ding door  pecah dan barang di sudut balkoni hadapan turut musnah...

Jiran2 melawat dan membantu apa yg terdaya..

Maka dalam keadaan asap yg tebal dah berbahang itu aku terus meluru ke arah seseorang yg bergitu kelam kabut cuba mengalihkan barang2 yg perlu...dan pada masa yg sama terus bertanyakan padanya masih ada orang ke dalam rumah ini....Kata sudah tidah ada orang di dalam lagi...semua nya telah keluar.....Waahh..lega bisik hati ku....
Melihatkan keadaan Tuan rumah yg terbakar dan jiran sebelah nya ini agak kelam kabut utk menyelamatkan barang2...tanpa inisiatif utk memadamkan kebakaran aku agak rasa pelik...Sedangkan bagi ku api masih belum lagi cukup kuat...cuma keadaan asap sahaja yg begitu tebal dan menyenakkan jika terhidu secara berlebihan.....

Bagi ku mereka amat2 cemas dan hilang punca sehinggakan tidak terlintas di kepala meraka bahawa hos pili bomba di bahagian tepi tangga depan rumah mereka itu di sediakan utk mencegah permulaan kebakaran....
Maka bagi menghilangkan suasana panik pada meraka aku pun segera meminta mereka membantu aku utk mengeluarkan hos bomba utk menghalang kebakaran dari terus merebak...Dalam keadaan asap yg semakin tebal maka kami lebih kurang 4 orang terus cuba menggunakan paip bomba utk mengawal api dari merebak  dengan apa yg terdaya...Walau pun dalam keadaan Tekanan air yg rendah kami cuba pancutkan kearah bahagian dalam rumah agar api cepat padam mahu pun utk mengurangkan bahang api....

dalam keadaan yg kelam kabut itu baru kami sedari bahawa angota bomba telah sampai dan mengarahkan kami beredar dari kawasan tersebut....Alhamdulilah...Bantuan telah pun sampai...Kami dengan rela menyerahkan tugas selanjut nya kepada yg lebih pakar...leih kurang 10 minit selepas itu pihak bomba mengesahkan bahawa keadaan terkawal dan selamat...Fuuhh...lega rasa nya bila dengar kenyataan sedemikian dari pihak bomba....



http://fadir78.blogspot.com/

No comments: