~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, March 30, 2011

Saintis rancang gali pusat Bumi



GAMBARAJAH lapisan bumi.


- Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.
Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.
Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos.
Mcm nak cari pasal jer tu....yg di kerak bumi ini pun x abis lagi di kaji....

mfab :))

No comments: