~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, December 16, 2010

Kereta dipandu laju terbabas ke dalam kedai ( kisah masyarakat )

berita@kosmo.com.my

                                    KEADAAN kereta Perodua MyVi yang terbabas ke dalam sebuah kedai di Kampung Rusila, Marang semalam.



MARANG - Tindakan seorang lelaki memandu laju mengundang padah apabila keretanya melanggar sebuah kereta lain lalu terbabas ke dalam sebuah kedai di Kampung Rusila di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, pemandu kereta berkenaan, Mohd. Zaki Shalbudin, 27, yang dalam perjalanan dari arah Marang ke Kuala Terengganu mengalami kecederaan di kepala.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Raimy berkata, ketika itu dia sedang makan di sebuah kedai kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Katanya, dia ternampak sebuah kereta Perodua MyVi dipandu dengan laju di laluan dua lorong di kawasan itu.
"Pemandu kereta itu kemudian cuba masuk ke lorong kanan untuk memintas sebuah kereta lain yang berada di hadapannya.
"Bagaimanapun, dia terlanggar sebuah kereta Proton Persona yang berada di lorong kanan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
 
mfab :))

No comments: