~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, November 24, 2009

Latest Trip kenyir 09 ( 4 )

Bot meninggalkan pengkalan..destinasi pertama kami adalah ke Sg Terenggan... Kerana di Sungai Terenggan merupakan antara lubok2 yg cukup terkenal dengan Ikan kelah.. Perjalanan mcm biasa lebih kurang 5 jam..bot kami mula bertolak pada jam 9.00am kami dijangka sampai sebelom pukul 3.00pm.. (Org yg benar2 menaruh harapan utk kejayaan misi kali ini..duduk berbaju kuning. )

Bos husni : Aku dah mandi dah.......Engkau tu yang x mandi lg........( berbaju oren )
Hamdan : Jap lagi ssayya mandi lah bos....Ssejuk lagi ni....( berbaju putih )
Sarjan : Pasal apa lah aku lupa nak bawak pukat ..kalau x dah tentu aku boleh buat bisnes ikan pas ni..( berbaju merah )

Mat bunga 1 : Alaa...jan..(Singkatan daripada sarjan )X payah ngan pukat2 lah....ngan joran saya ni pun sarjan dah boleh buat bisnes ikan dah nanti...( berbaju kuning )

Sarjan : Pasal enkau kata "nanti" tu lah yang buat aku x beraper nak harap... Sampai tasik ni kering pun belum tentu lg.........hehehe....( berbaju merah )
Mr Fadir : Nkor orang..memancing ni.. kalau nak dapat ikan kelah yg besar2..jgn pakai baju..pakai seluar pendek jer.. (berbaju kuning ) "jual temberang sikit"Ijan : Kalau x pakai baju..pakai seluar pendek jer...pas tu kita pakai google..boleh x bang...??? (berbaju hitam )

Mr Fadir : Haa..yg tu lg cantik....pas tu bawak baldi ngan gayung sekali..kalau nak mandi jgn terjun..pakai jer gayung tu........hehehe...

Hamdan : Aaku mana bawak seluar pendek...x kan nak pakai seluar dalam jer kot...??(berbaju putih )

Mie : Boleh jer dan....tp kor duk lah jauh2 sikit ngan kita org... ( berbaju oren, seluar hitam )

Bos Husni : Iisshh..dia org ni ..ingatkan din beramboii apa....aku dah lah mengantuk ni... (berbaju oren,seluar cerah



Perjalanan yang masih jauh lagi........nak kata luas x tahulah...Tapi panjangnya mmg panjang Tasik Kenyir ni...Asal usul tasik ni pun bukannya tasik semula jadi...ianya dari kawasan hutan tebal yg mengabungkan 3 buah negeri..Pahang,Terengganu,dan Kelantan...yg mana sebahagian hutan antara 3 buah negeri ini di jadikan kawasan Hutan Simpan/Taman Negara...Hutan tebal ini di jadikan kawasan tadahan dan simpanan air..yg mana sesetengah kawasan2 yg rendah di bina tembok utk menghalang air keluar..lama kelamaan air air mula memenuhi kawasan tadahan ini sehingga manjadi satu empangan yg luas...punca ais nya dari sungai2 dan air terjun di seluruh kawasan hutan2 ini....Apabila air memenuhi kawasan hutan2 ini..maka pada kawasan yg rendah habis di tenggelamkan...maka banyak lah hutan2 yg di tenggelamkan..untuk menggelakan air tasik ini dari penuh maka salah 1 kawasan di sini telah di jadikan Empangan Ianya adalah di kenali sebagai Stesen Jenagor/Empangan jenagor..yg mana empangan ini berfungsi utk mengeluarkan sebahagian air tasik...Dan di kendalikan oleh TNB ..

Empangan jenagor yg berfungsi utk mengeluarkan air tasik/mengawal air tasik dari melimpah. Antara pokok2 kayu yg masih lg terpacak di tengah tasik...
Dari cerita penduduk2 kampung sekitar...Sebelom ini kawasan tasik ini pernah ada aktiviti menebang pokok balak dalam air...sbb kebanyakkan nya pokok kayu balak ini dari jenis kayu yg berkualiti tinggi dan mahal...Antara pokok2 balak yg telah di tenggelamkan semasa proses permulaan Tasik Kenyir ini

No comments: