~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, January 19, 2010

WAHAI "SI TANGGANG MODEN"

mfab :))

Kisah Tanggang moden

Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?


IKLAN Petronas ini membawa mesej yang cukup dalam tentang hubungan kekeluargaan.



MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?
Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?
Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.
Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.
Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.
Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.
Dibuang


WARGA emas mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan



Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.
Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.
Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.
Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.
Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.
"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.
Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.
Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.
Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.
"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.
Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.
Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.
"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.


TIMBALAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60, (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di pejabat JKM Perlis, baru-baru ini.



Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.
Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.
Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.
"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.
"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. - Bernama

Saturday, January 16, 2010

SHOPPING BAJU DI SOGO,SI ANAK BUJANG

15.01.2010 SOGO mengadakan mega sale utk MEMBER DAY potongan yg di adakan sehingga 70 % apa lagi kepada saper2 member2 sogo ni..mmg boleh berjoli sakan lah...termasuk lah seorang umi ni..pukul 7.00am lagi dah siap sedia utk ke sogo dari putrajaya ni...alasan nya kena lah bertolak awl takut jalan jam dan nak rebut jadi pelanggan yg terawal...
Seluar traksuit jenama cheetah junior di padankan dengan baju berlengan panjang, hasil dari bershopping di sogo sempena mega sale pada 15.01.2010.
Apa lagi anak bujang ni bergaya sakan lah dengan baju baru hasil pilihan dari umi nya...nasib baik lah umi ni pandai dlm memilih saiz2 baju...boleh dikatakan semuanya sesuai dan kena pada fesyen nya...
Seluar jeans yg di padankan baju berlengan panjang yg sesuai di kenakan pada musim2 sejuk dan tempat2 yg beriklim sejuk...
Tengok tu bukan main lagi bergaya nya si anak bujang ni dengan terkangkang lagi tu..aduii... X sedar baru lepas berkhatan...anu nya pun x habis kering lg...
Tgok tu...dengan baju bum pulakk....kenakan dengan seluar jeans sekerat nya.....sampai x sempat nak bukak tag harga....( alamak macho sikit jer pada jalaludin hassan )
Masa ni kita org tengah tengok cerita akukah si tanggang..
Apa punya style lah si budak ni....tiap2 kali bergambar x habis2 ngan peace nya....x der cara lain ke..??
macam mat lentik lah pulak..ngan seluar londeh tu....
harap2 si bujang ni x jadi model si tanggang dah lah...mcm gambar org yg kat dalam tv ni.....

mfab:))

Thursday, December 3, 2009

Latest Trip kenyir 09 ( 10 )

Pagi hari terakhir kami di air terjun sauk.. para peserta pada pagi ini agak lambat bangun dari tidurnya....masing2 nampak agak keberatan utk meningalkan tempat pembaringan masing2... mungkin kerana masih sayang lagi utk menikmati keindahan- keindahan kawasan tasik kenyir atau pun mmg mengantuk kerana telah berjaga hingga lewat pagi pada malam terakhir kami.....Apa2 pun masa yg di janjikan telah tiba..mcm mana sekalipun kami semua kena lah juga mengagahkan diri utk bersiap-siap utk pulang...9.00 am di air terjun sauk...para perserta agak kelam kabut utk mengemas barang2, pancing, pakaian dan menyiapkan sarapan pagi...Alhamduliah semuanya beres dah masa yang di rancang house bot kami mula meninggalkan kawasan air terjun sauk lebih kurang pukul 10.15 pagi utk balik ke pengkalan gawi...utk sampai ke jeti pengkalan gawi memerlukan masa lebih kurang 1 jam dari kawasan air terjun sauk dengan menaiki house bot..
30 minit setelah meninggalkan air terjun sauk para peserta mula mempamerkan hasil masing2...al maklom lah mesti lah bangga dengan hasil2 yg dapat di daratkan masing2...

mie : hahahha..ni lah hasil ikan toman yg terberat yg telah berjaya aku daratkan...nkor org mcm mana ada berani lawan ke...?? dalam 4 kilo ada ni...hehehe

sarjan : 4 kilo jer..?? yg aku punya ni x tau lah berapa berat nya..tp aku nak lawan gak lah....mmg x begitu mie...tapi x larat nak bangun aku mengangkanya ni...alaa..skit jer lagi nak potong nkor 3.8 kilo jer..

mat bangi : ooppss.. aku punya pun ada.. hhaa tgok ni...ni nak kira mcm mana ni...??..kira berat ke banyak...??

mat bangi : kalau x cukup berat lg x per.. tu yg dalam bakul tu banyak lagi yg boleh cukup kan berat hasil aku...hahaha...

bos husni :
tekong bot: wooii..woiii....kita org punya pun ada jugak lah.....mana boleh kira mcm tu...
ijan :

jaja :
hamdan : wooii..woiii....kita org punya pun ada jugak lah.... mana boleh kira mcm tu...
sarjan :
mr fadir :
mat bunga bangi 1 : wooii..woiii....kita org punya pun ada jugak lah....mana boleh kira mcm tu...
mat bunga bangi 2 :


mr fadir : tolong zoom kan gambar ikan ni boleh nampak jadi 3 ekor ok....

hamdan : bbesar betul ikan ni.....ttapi x berat pulak....betul ke ikan ni aku yg punya...??
juru gambar : nkor ni ikan sendiri pun dah x kenal...beso dah kahwin x tau lah mcm mana..
jaja : semer org nak tunjuk ikan dia...mana aci! aku pun nak tunjuk gak...haaa..tgok ni..
bos husni : ikan nkor ni ja mcm ikan aku jer...nkor amik kat mana..???hehehe
jaja : x lah ni aku yg punya...aku ambik kat belakang tu...
bos husni : ikan nkor bukan dah kena siang buat lauk ke...??ini aku punya lah..
jaja : yer ke??alamak kantaoii aku..x per2 bagi aku tolong pengang kan arr...hehehe..
hamdan : jjangan bersedih boss...
bos husni : x lah...tapi aku x dapat pegang ikan aku masa bergambar tadi tu..
mat bunga bangi 2 : x per bos..nanti dah balik bos boleh buat bantal peluk lagi ngan ikan tu...x der saper2 pun nak kacau...dah2 jgn bersedih..hehehe..
mr fadir : klau nkor semua x nak balik jom ikut aku...kita ubah haluan bot ni.....kita ubah haluan bot ni menghala ke ke pulau perhentian jommm..heheheh...


sarjan : sudah2 lah tu mat bunga...nkor punya x besorr mana pun.....
jaja : tu lah...x boleh masuk rekod mana2 pun..
mat bunga bangi : nkor mana tau ....aku ada rekod aku sendiri..hahaha..
sarjan : ok...kita dah sampai...jomm angkat barang2.....
jaja : angkat lagi....
Bergambar bersama para peserta sebelom meninggalkan house bot..ini lah team kami pada trip kali ini..x lah begitu ramai tapi sedang2 lah....woi2 jgn lah serius sgt..kita bukan nya nak gi berperang ni...dah balik dah pun..ceria lah sikit......
mr fadir : haa mcm tu lah kan ke best tgok..ceria..baru lah mcm org baru balik berperang dan telah mencapai kejayaan..thank you kawan-kawan...haa..pas ni jgn lupa tolong angkat barang2 bawak naik atas...hehehe..
bos husni : boleh tahan gak barang2 dgn hasil tangkapan kita jan yer...
sarjan : ermm alhamdulilah..mmg puas hati..dah mcm ni kira x segan lah aku nak tunjuk kat org umah aku....
mat bangi : saya pun sama jan..klau x..mau kena menbebel nanti...org rumah saya lain sikit perangai nya...
bos husni : ooo...nasib baik saya x der org rumah lagi...hehehe..
Ambaoii..lena tidur nya kawan kita ni...mmg kepenatan sgt lah ni..ermmm mcm ni lah keadaanya sebilangan para peserta bila berada di dalam bas...x der aktiviti lain lah...membuta jer lah kisah nya..

Sedikit permandangan semasa berada dalam di dalam bas yg mana bas mula memasuki higway kuantan... kami di jangka sampai semula ke serdang pada jam 8.00 mlm.. seperti yg di jangkakan maka sampai lah kami ke serdang...selepas siap menurunkan barang2 dan hasil kami..kami pun mengagih kan hasil kami kepada para peserta...semua nya berpuas hati dengan hasil masing2..itu pun ada peserta yg x nak mengambil hasil nya kerana x der tempat utk simpanan ikan di rumah...kata nya dia x kisah..baginya dapat tarik ikan tu yg penting.. maka banyak lah ikan yg berlebih...x per lah ikan2 ni nanti kita boleh bg pada org opis kita..kita bagi dia org rasa...setelah besalaman dgn semua kami pun pulang...
mr fadir : Syukur alhamdulilah.. saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yg turut serta pada trip memancing 2009 ini..semoga pada lain tahun tahun kita masih boleh bersama-sama lagi utk trip yg lebih mencabar dan lebih baik lagi..mungkin kita akan ada kan trip ke negeri2 lain pula contohnya ke tasik banding perak,tasik bera pahang,taman negara pahang dan lain2 lubok2 yg menarik lagi lah...di sini saya ingin mengambil kesempatan utk memohon kemaafan sekiranya ada terlanjur kata2 dan mengguris hati dan perasaan kawan2 semua semasa kita berada di dalam trip 09 ini dan di dalam becerita dalam blog ini..harapan saya semoga kawan2 dan para pembaca semua x boring dengan kisah trip saya kali ini...semoga akan ada lebih banyak lg trip2 yg akan menyusul lagi selepas ini...amin..

Latest Trip kenyir 09 ( 9 )

Jam 6.00 pm kebanyakan para peserta tidak beberapa memancing sangat...mungkin telah
kepenatan dari aktiviti trekking...maka sebilangan peserta hanya memilih tidur saja pada sebelah ptg itu...lagi pun hasil pun sudah makin berkurangan...serangan2 ikan lampam tidak lagi begitu menghairahkan..berkemungkin kumpulan ikan lampam sudah kekenyangan..al maklom lah pada petang itu sahaja ada 5 biji house bot yg berlabuh di sungai terenggan..suasananya pula dah semakin gamat..Beberapa buah speed bot sibuk lalu lalang mencari lubuk2 utk memancing...
Pada mlm harinya kami semua sama seperti sebelah ptg nya juga tidak begitu ghairah lg utk memancing...Kebanyaknya joran2 pancing ditergantung kan sahaja...mana yg masih berumpan pun telah di pasang dengan loceng saja...tidak lg di tunggu...hanya bergantung pada bunyi loceng sahaja kalau2 ada ikan yg memakan umpan...Mlm ini merupakan mlm yg terakhir kami di sungai terenggan kerana pada sebelah pagi besok kami akan menuju ke kawasan air terjun sauk yg mana di air terjun sauk merupakan kawasan memancing terakhir kami sebelum balik ke jeti...
8.00 pagi hari ke 3 house bot kami mula meninggalkan hulu sungai terenggan menghala ke air terjun sauk...dari sungai terenggan ke air terjun sauk mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam...dlm masa 3 jam tu lah kami ambil kesempatan utk bersarapan pagi dan menyiapkan juadah makanan tgh hari kami...
Lebih kurang 2 jam 30 minit house bot kami meninggalkan sungai terenggan sampai lah kami semula ke kawasan penhujung sungai terenggan yg mana sempadan nya ada lah resort yg dimiliki pihak KETENGAH. selamat tinggal sungai terenggan..ada masa lain tahun kita berjumpa lagi..
12.30 pm house bot kami mula memasuki kawasan air terjun sauk..suasana di air terjun sauk pada sebelah tengah hari mmg agak sibuk sedikit kerana ramai pengunjung2 dari resort2 yg berhampiran datang utk beriadah dan berjadah...heehhe...biasa lah dalam ramai2 tu mesti ada yg menyalah gunakan tempat beriadah ni kan..
Pada waktu tengah hari mcm ni mmg kami x boleh memancing lagi kerana banyak speed bot keluar masuk ke kawasan air terjun sauk ni dengan menbawa para pengunjung..x kisah lah lg pun pada waktu mcm ni mmg x sesuai lagi utk memancing ikan toman dan ikan baung...kerana spesis ini aktif pada waktu petang hingga ke malam sahaja..

Pintu gerbang yg sentiasa setia menunggu dan menyambut tetamu / pengunjung yg dahagakan suasana, keindahan dan kesejukan air terjun sauk..Utk ke air terjun sauk ini kita perlu mendaki anak tangga dan bukit dalam masa 10 minit utk sampai ke kawasan mandi manda di air terjun sauk...
Antara aktiviti yg patut dilakukan para peserta utk menunggu waktu petang dan menunggu para pegunjung2 pulang dari mandi air terjun..Mcm ni lah gelagat masing...ada yg menbaca, baring2 dan tidur..
Salah seorang para peserta yg sedang tekun melakukan tugas yg telah di amanah kan...tugasnya kena kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk selepas makan tengah hari...maka pada petang itu terkeluarlah cerita bahawa peserta yg sorang ini x lama lg akan melangsung kan perkahwinan dengan gadis pujaan nya...yg mana tarikh nya lebih kurang 1 bulan lg dari sekarang....haii dah x lama lagi dah tu...sempat lagi nak memancing yerrr..
Pada petang itu gamat lah sedikit susasan di dalam house bot kami ni banyak lah dengar suara usikan2 kepada org tengah berdarah manis ni...apa2 pun kami para peserta mengucapakan semoga berkelalan hingga ke akhir hayat..aminn..
hamdan : sarjan..saya ni x lama lg nak nikah..tapi banyak lg lah pekara yg saya masih x berapa tahu dalam hidup berumah tangga nanti...
sarjan : ooo..yer ke hamdan...?? bagus lah mcm tu...apa yg nkor masih x tau lagi...??
hamdan : ada lah jan..mcm2 lagi lah..hehehe..
sarjan : haii...lain mcm jer nkor gelak dan.. sarjan : ok lah dan.. skrg nkor bagi tau.. apa benda lg yg nkor masih x tau lg nak menghadapi alam rumah tangga ni...cara2 nak menghadapi malam pertama nkor dah belajar ke belum...??
hamdan : alaa jan...yg x itu per...saya rasa mcm dah tau...hehehhe..
sarjan : nkor jgn gelak2 dgn hal mcm ni hamdan...nkor ingat benda mcm ni main2 ke...?? takut2 nanti nkor main terkam jer...hahaha...
hamdan : x kan lah sampai mcm tu sekali jan...tauu lah ssaya...
sarjan : mana lah tau dan...setengah org tu kata jer dia tau...alih2...beri salam pun x der...
hamdan : best x jan bila hidup dalam bersuami isteri ni...??
sarjan : best x best nanti nkor rasa lah sendiri..hahah...masam,manis,kelat mcm2 yg nkor boleh belajar nanti...
hamdan : ada nak kena belajar lg ke jan...??
sarjan : alaa..nanti nkor tau lah apa itu 3 jari ngan 1 jari tu...hahahaha....
hamdan : ada2 jer sarjan ni..

4.00 pm kelihatan para pengunjung2 yg mula meninggalkan kawasan air terjun...seronok juga lah bila dapat lihat para pengunjung mula meniggalkan air terjun sauk...ada antara golongan pengunjung ni anak dara..apa lg dapat juga lah cuci2 mata...maklom lah dah 3 hari x dapat lihat org luar....

Bot yg terakhir masih lagi tidak nampak lg pengunjung2 yg menggunakan nya turun...mungkin mereka masih seronok mandi manda dan bermain air terjun..
15 minit selepas tu barulah kelihatan para kumpulan pengunjung yg terakhir turun dari kawasan air terjun...patut lah pada waktu itu kawan2 aku nampak keriangan dan bergelak-gelak...rupa2 nya...lampam darat dah turun kata mereka lah..hehehehe.....
mat bangi : boleh tahan wehh!! aku nak pancing lampam ni...hehehe..nkor stand buy jer....

Jangan tukar pakaian di depan kami...Tolongg lah...

Sedikit permandangan atau pun kawasan teluk di kawasan air terjun sauk ini..wakaf yg di sediakan oleh pihak KETENGAH utk para pengunjung..
Ikan yg berjaya di pancing oleh salah seorang peseta kami yg mencuba nasib di kawasan kolam air terjun sauk...ikan keli batu,ikan tengas dan ikan kelah pasir
Anak toman yg berjaya di naikan di kawasan air terjun sauk...mangsa pertama yg cuba meragut umpan anak lampam dari pancing jaja..
Mangsa ke 2 yg bejaya di naikan oleh tekong bot...ketika kami semua berada air terjun sauk utk mandi manda dan beriadah...boleh tahan lah lebih kurang 3 kilo..tapi bukan pancing nkor punya tu jaja..tumpang bergambar jer lah..
Waktu senja yg penuh dengan kedamaian..tanpa ada gangguan dan pencemaran udara..x seperti di bandar2...memang aman dan tenteram..
Pada malam terakhir kami.. serangan baung dan toman tidak lah begitu memberangsangkan..walaupun banyak umpan anak ikan yg kami telah sediakan..walaupun begitu kami tidak cepat berputus asa..malahan kami semua berjaga hingga ke hampir subuh..x der lah mencing sangat..banyak beborak jer.. biasalah malam akhir...
Dari kiraan kami pada malam itu hasil yg telah berjaya kami semua naikan dalam 6 ekor ikan toman,2 ekor ikan belida dan 13 ekor ikan baung yg bercampur-campur saiz nya..alhamdulilah..