~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Saturday, February 27, 2010

TRIP KAWAN YG TAK MENJADI


dendam x terbalas...mcm dlm gamber ni....hasil nya mmg sgt2 memyedihkan....tiada laporan lain yg boleh di kongsikan...
mfab :))

Tuesday, February 9, 2010

TRIP MEMBALAS DENDAM 2010

Mamat 2 org ni member aku yg pernah ikut trip aku ke kenyir sebelom ni....jadi dari perancangan dia org ni utk tahun 2010 ni dia org ada buat trip utk ke kenyir pada cuti tahun baru cina ni....dengan jumlah skuad seramai 14 org dia org ni akan tiba di jeti jenagor pada 14/02/2010 jam 9.00am dengan 1 matlamat iaitu " operasi membalas dendam "
Ok lah bro aku doa kan korang punya team berjaya kali ni semoga hasil nya berbaloi-baloi..so....aku akan tgu hasil dari korang utk di pertontonkan...eheheeh tungguuuu.......
mfab :))

Friday, February 5, 2010

LUAHAN DARI KOSMO

mfab :))

RENCANA UTAMA

Gergasi laut yang dizalimi

Nasib paus tiada penyudahnya. Keengganan Jepun menghentikan tradisi makanan berasaskan daging mamalia laut terbesar itu seumpama mementingkan diri sendiri.




KEDENGARAN jeritan dan sorakan di tengah lautan. Keterujaan itu seiring dengan kegigihan kumpulan anak kapal yang sedang berusaha menarik seekor paus sepanjang hampir 20 meter naik ke atas kapal.

Darah merah lantas mencemarkan kebiruan air laut di situ. Semakin banyak ia mencurah saat paus itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kuasa tombak yang dibedil dari atas kapal gergasi itu jauh tertusuk lalu menembusi tulang-temulangnya.

Setelah berjaya dinaikkan, paus itu menghadap seksaan paling kejam. Ia ditembak berkali-kali untuk memastikan hayatnya benar-benar sudah berakhir. Hanya selepas itu, proses melapah pun bermula.

Kalau membayangkan siri perbuatan itu, ia seolah-olah meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling kejam.

Walaupun menerima persepsi sedemikian, bagi pemburu-pemburu paus dari Jepun itu, ia bukanlah satu kekejaman. Sebaliknya, ia suatu proses yang biasa dilakukan para pelaut tersebut untuk mencari sumber makanan bagi mengisi perut yang kosong.


PAUS kelabu seperti ini sentiasa terancam saat ia muncul di permukaan laut untuk mengambil nafas atau bermain dalam kelompoknya.


"Paus ditangkap kerana kami menghargainya. Secara fitrah, ikan paus yang dilahirkan di laut adalah untuk kami memburunya. Kami rasa paus berasa 'gembira' untuk dimakan.

"Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun yang mengeluh kesal. Kanak-kanak di sini pun tidak bersedih kerana paus yang mati. Paling nyata, mereka mungkin berkata tangkapan hari ini nampak sedap," kata salah seorang bekas pemburu Yuichi Kimura yang berasal dari Ayukawa, Jepun.

Di restoran-restoran Negara Matahari Terbit itu, hidangan daging paus bukanlah sesuatu yang asing. Makanan eksotik itu menjadi kegemaran malah merupakan sebahagian daripada makanan wajib penduduknya.


KEHADIRAN kapal besar yang dilengkapi tempuling seperti Yushin Maru ini adalah ancaman menakutkan buat paus dan kumpulan pergerakan antipemburuan.


Walaupun menyedari haiwan tersebut sudah semakin pupus, Jepun masih enggan membuang tabiat itu kerana ia telah menjadi tradisi mereka sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut kajian, tradisi memakan daging paus dan pemburuannya telah wujud sejak abad ke-12 di Jepun. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan terhadapnya semakin tinggi lantaran selera terhadap mamalia laut itu semakin meningkat.

Tradisi dan kontroversi

Di negara yang mengalami kekurangan sumber makanan yang serius itu, paus bukan sahaja diambil dagingnya untuk memenuhi selera di meja makan. Bahagian-bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak bagi lampu, sabun, baja dan sebagainya.

Kata Yuichi, tradisi atas kapal Jepun tidak seperti amalan anak kapal pemburu paus di Amerika Syarikat. Kalau kapal Amerika membuang daging mamalia tersebut setelah mengambil bahagian tertentu yang boleh dijadikan minyak, pelaut Jepun pula memanfaatkan setiap inci paus yang ditangkap.


DEMONSTRASI yang mengecam kegiatan memburu paus sering dijalankan namun sejauh manakah gesaan itu diberi perhatian?


Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.

Begitupun pada 1947, daging paus telah menguasai pasaran Jepun sebanyak 50 peratus berbanding daging-daging lain. Malah pada sekitar 1954 pula, satu Akta Pemakanan Sekolah telah menyenaraikan daging paus dalam program pemakanan di sekolah kerana mereka percaya ia dapat meningkatkan nutrisi kanak-kanak Jepun.

Tanpa terkesan terhadap tekanan gerakan kumpulan pencinta haiwan dan pelbagai pertubuhan global lain yang mewakili survival haiwan itu, daging paus terus menjadi sebahagian daripada makanan mereka kerana ia dipercayai berkhasiat dan rendah lemak.


KAPAL ini sedang menarik masuk seekor paus minke bersama anaknya di Lautan Antartik. Jepun mendakwa penangkapan paus adalah untuk tujuan ‘penyelidikan’.


Bagaimanapun, selepas ekonomi negara tersebut pulih, permintaan terhadap daging ikan paus sedikit menurun selepas daging-daging lain menjadi popular di pasaran menjelang 1970.

Kerajaan negara tersebut walau bagaimanapun terus berusaha meningkatkan semula permintaan dan minat terhadap daging paus.

Sebuah syarikat telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menghantar daging paus ke sekolah, hospital dan restoran. Walaupun pengedarannya percuma, penjualannya tetap dikawal bagi memastikan harganya berada di tahap yang memuaskan.

Pengharaman

Selaras dengan larangan oleh Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC), misi pemburuan paus di Lautan Antartik bagaimanapun telah dihentikan oleh Jepun pada 1986-1987. Ini berikutan langkah negara-negara Barat yang melobi pengharaman tersebut atas hujah bahawa haiwan itu diburu secara melampau sehingga membawa kepada kepupusan.

Walaupun berat menerima penguatkuasaan itu, Jepun terpaksa akur menghentikan aktiviti memburu paus minke di kawasan pesisiran pantai sejak tahun 1988.


DAGING paus menjadi kegilaan diet rakyat Jepun kerana mempercayai nilai khasiatnya yang tinggi.


Namun, kontroversi itu tidak tamat begitu sahaja. Jepun sebenarnya masih meneruskan aktiviti yang membunuh beratus-ratus ekor paus setahun. Cuma mereka memberi alasan pemburuan dan pembunuhan itu atas nama 'penyelidikan'.

Alasan tersebut telah menerima kritikan daripada negara-negara antipemburuan paus seperti Amerika Syarikat dan Australia yang melihatnya sebagai pemburuan komersial. Umum tahu, paus akan tetap berakhir di atas pinggan sebagai hidangan di restoran dan dapur rumah mereka.

Sepanjang tahun 2009 yang mempunyai 10 musim memburu paus, Jepun yang memiliki sebuah kapal industri, empat kapal tempuling dan dua kapal patrol telah membunuh 935 ekor paus minke, 50 ekor paus fin dan 50 spesies humpback setiap musim.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC), tangkapan paus dengan permit oleh Jepun dari 1988 hingga 2008 di Pasifik Utara dan Hemisfera Selatan adalah sebanyak 11,368 ekor.

Ekoran ia berhampiran perairan Australia, kerajaan negara kanggaru tersebut lantang memberi komen mengenai kegiatan tersebut.

Pada tahun 1994, Australia mengumumkan bahawa kawasan sejauh 200 batu nautika (370 km) yang mengelilingi Wilayah Antartik Australia sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Zon itu termasuk dalam bahagian selatan kawasan Tempat Perlindungan Paus Laut Selatan yang telah diisytihar IWC.

Pada Disember 2007, kerajaan Australia mengumumkan rancangan untuk mengawasi pemburu paus Jepun yang memasuki perairan mereka. Perdana Menteri, Kevin Rudd, turut membuat bantahan rasmi terhadap aktiviti pemburuan paus oleh Jepun dan mengancam untuk mengambil tindakan melalui mahkamah antarabangsa.

"Jika kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara diplomatik kami tidak akan menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kami serius dalam hal ini. Saya lebih suka menyelesaikannya secara diplomatik tetapi jika gagal, pasti ada jalan alternatif untuk menyelesaikannya," kata Kevin.

Jepun telah mengundang masalah yang lebih besar apabila kapal milik mereka, Shonan Maru 2, telah melanggar bot canggih milik kumpulan antipenangkapan paus Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd 6 Januari lalu.


BOT canggih Ady Gil ini musnah di bahagian hadapannya kerana mendakwa kapal Jepun, Shonan Maru 2, melanggarnya ketika melakukan aktiviti pemburuan paus.


Muncung bot bernama Ady Gil itu telah patah akibat dirempuh Shonan Maru 2, dan akibatnya kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sea Shepherd dalam satu kenyataan memberitahu, kapal The Shonan Maru 2 tiba-tiba menghidupkan enjin dan melanggar Ady Gil sehingga bahagian depan bot itu putus.

Institut Penyelidikan Cetacean (ICR) Jepun pula mendakwa lima warga New Zealand dan seorang rakyat Belanda dalam bot canggih itu cuba merosakkan kemudi dan kipas dengan menggunakan tali selain menembak 'cahaya laser' kepada anak kapalnya dan melontarkan bom busuk.

"Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mengendahkan undang-undang dan nyawa manusia, sama seperti nyawa paus. Enam anggota kami boleh terbunuh dalam kejadian itu," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sea Shepherd, Chuck Swift.

Jurucakap bagi ICR, Glenn Inwood, pula membalas dengan menyifatkan tindakan Sea Shepherd itu sebagai usaha meraih publisiti semata-mata.

Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus di Jepun, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.

Walaupun kesedaran masyarakat Jepun terhadap isu kepupusan paus sudah menampakkan sedikit peningkatan, ia masih belum cukup untuk menghalang kegilaan aktiviti pemburuannya. Tradisi tersebut terlalu kuat untuk dikatakan salah, apatah lagi untuk dihentikan.

Tuesday, January 19, 2010

WAHAI "SI TANGGANG MODEN"

mfab :))

Kisah Tanggang moden

Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?


IKLAN Petronas ini membawa mesej yang cukup dalam tentang hubungan kekeluargaan.



MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?
Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?
Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.
Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.
Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.
Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.
Dibuang


WARGA emas mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan



Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.
Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.
Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.
Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.
Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.
"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.
Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.
Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.
Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.
"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.
Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.
Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.
"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.


TIMBALAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60, (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di pejabat JKM Perlis, baru-baru ini.



Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.
Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.
Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.
"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.
"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. - Bernama

Saturday, January 16, 2010

SHOPPING BAJU DI SOGO,SI ANAK BUJANG

15.01.2010 SOGO mengadakan mega sale utk MEMBER DAY potongan yg di adakan sehingga 70 % apa lagi kepada saper2 member2 sogo ni..mmg boleh berjoli sakan lah...termasuk lah seorang umi ni..pukul 7.00am lagi dah siap sedia utk ke sogo dari putrajaya ni...alasan nya kena lah bertolak awl takut jalan jam dan nak rebut jadi pelanggan yg terawal...
Seluar traksuit jenama cheetah junior di padankan dengan baju berlengan panjang, hasil dari bershopping di sogo sempena mega sale pada 15.01.2010.
Apa lagi anak bujang ni bergaya sakan lah dengan baju baru hasil pilihan dari umi nya...nasib baik lah umi ni pandai dlm memilih saiz2 baju...boleh dikatakan semuanya sesuai dan kena pada fesyen nya...
Seluar jeans yg di padankan baju berlengan panjang yg sesuai di kenakan pada musim2 sejuk dan tempat2 yg beriklim sejuk...
Tengok tu bukan main lagi bergaya nya si anak bujang ni dengan terkangkang lagi tu..aduii... X sedar baru lepas berkhatan...anu nya pun x habis kering lg...
Tgok tu...dengan baju bum pulakk....kenakan dengan seluar jeans sekerat nya.....sampai x sempat nak bukak tag harga....( alamak macho sikit jer pada jalaludin hassan )
Masa ni kita org tengah tengok cerita akukah si tanggang..
Apa punya style lah si budak ni....tiap2 kali bergambar x habis2 ngan peace nya....x der cara lain ke..??
macam mat lentik lah pulak..ngan seluar londeh tu....
harap2 si bujang ni x jadi model si tanggang dah lah...mcm gambar org yg kat dalam tv ni.....

mfab:))