~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, October 15, 2014

Hasil Harta Dunia



Dunia hari ini semakin maju dan semakin mencabar...Oleh itu dalam ke sibukkan dalam mengejar harta dunia ini jangan lah sampai terlupa dalam menjaga kebajikan anak2...Kebajikan utk anak harus lah di fahami dan di dalami sepenuhnya...

Dalam menyediakan Pakaian,makan minum dan pelajaran..kita harus melengkapi nya dengan ilmu agama....Pekara ini menjadi begitu penting dan di perlukan oleh setiap orang anak...Malahan setiap ibu bapa pun begitu mengharap kan agar zuriat nya pandai dalam ilmu agama...Namun apa yg terjadi di sebalik nya pada zaman ini ilmu agama itu di letakan di bahagian akhir keperluan anak2... Jika pekara yg sedemikian masih berlaku dan terus berlaku  maka para ibu bapa akan sentiasa dalam kerugian....
 
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan pula bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada seorang hamba yang ditinggikan darjatnya. Lalu dia bertanya, 'Wahai Tuhanku, mengapa darjat ini diberikan kepadaku? Allah berfirman, sebab permohonan ampun anakmu untukmu sesudah kamu meninggal.
(HR.Ahmad,Ibnu Majah, dan Baihaqi)
Segala usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak merupakan proses panjang yang harus dilakukan dengan penuh ketulusan dan pengorbanan yang bukan sedikit.
Doa dan permohonan ampun dari seorang anak soleh untuk ibu bapanya yang meninggal mampu mengubah nasib buruk yang menimpa setiap ibu bapa. Munkin, ibu bapa mendapat balasan dari perbuatan yang menyeleweng ketika masih hidup, tetapi dengan adanya seorang anak dengan doa yang selalu dia tujukan untuk meminta ampun bagi ibu bapanya sedikit sebanyak akan menolongnya.inilah jaminan pasti yang akan diperolehi setiap ibu bapa jika telah berhasil menghasilkan anak soleh. Maka, semakin jelaslah sumbangan seorang anak soleh bagi ibu bapanya yang meninggal.


Seorang anak pastinya boleh menjadi tiket ke syurga bagi ibu bapanya, dan sekaligus dapat membuat ibu bapa terjerumus ke dalam api neraka..


http://fadir78.blogspot.com

No comments: