~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, October 15, 2012

Petua Untuk Warga Emas Berasmara Di Malam Jumaat


 Petua Untuk Warga Emas
Berasmara Di Malam Jumaat

(PERHATIAN: Ini cerita ulangan. Kalau pernah baca, tinggalkan sahaja. Tetapi, wanita dilarang membaca.)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baharu masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.


Si isteri bersuara: “Dulu-dulu tu….. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”


Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, tetapi masih terasa mengantuk. Beberapa ketika lepas itu, si isteri bersuara lagi: “Kemudian tu…. abang selalu cium saya.”


Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.


Dan si suami sambung untuk tidur semula.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi: “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….tiap-tiap minggu ada “love-bite”!

Segan pulak kadang-kadang, tapi bessst!”


Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.


Si isteri bertanya, “Eh! Eh! Abang nak pergi mana tu?”


Dengan marah suaminya menjawab: “Macam mana nak bagi love-bite kalau gigi dah tak ada?


Nak pergi ambik gigi la ni! Tunggu la, semua tempat abang akan gigit ….!!!!!”


Awal pagi berkejar ke tempat kerja, lewat petang baru balik, kadangkala sampai malam. Begitulah rutin harian orang2 biasa. Cubalah SAP, ia benar2 membantu... http://rm20.ibct.my/2956 
 Fadir1978

No comments: