~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, June 12, 2012

Lawak jenaka yang ada maksud yang ingin disampaikan.

Seorang penjahat telah ditembak dan koma di hospital selama bebrapa hari. Pada masa komanya, dia bermimpi dibawa oleh Malaikat ke Neraka, tapi dia berasa terkejut kerana di Neraka begitu ramai orang clubbing, minum arak, judi, dan banyak ladies² yang cantik & seksi. Dia segera mahu cepat² masuk Neraka tetapi ditahan oleh Penjaga Neraka.

"Tunggu Dulu! Waktu kamu belum tiba! Kembalilah ke dunia dan berbuat jahatlah kamu sejahat²nya maka kau pasti akan ke Neraka!". Akhirnya dia telah sedar dari koma dan melakukan kejahatan sedahsyat-dahsyatnya tetapi akhirnya ditembak mati oleh Pegawai Polis. Dia telah dihantar ke Neraka tetapi dia terasa begitu terkejut kerana di dalamnya penuh dengan api, kesakitan, bau darah dan binatang berbisa, teriakan wanita meminta tolong terdengar di dalam Neraka itu.

Lalu dia bertanya,"Waktu saya koma dahulu, saya dapati Neraka adalah tempat yang seronok, tetapi kenapa sekarang Neraka tidak seindah itu?" Iblis tersenyum lalu berkata, "Ooo, waktu itu tengah PROMOSI!

MORAL = Iblis ada 1001 cara nak tipu manusia, maka berbahagialah mereka yang tidak tertipu olehnya.

mfab :))

No comments: