~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, May 14, 2012

JADIKAN IKTIBAR !

JADIKAN IKTIBAR !


... Assalamualaikum sahabatku semua...

tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 mei 2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...

selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..

tanpa sy sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sy surah2 suci buat penenang diri di alam sana...

sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "


Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kemabililah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...

perbanyakkanlah amalan utk kita bawa pulang ke sana nanti...

p/s ; kepada anak2.. apabila perkara ini terjadi kpd ibu bapa anda atau kaum kerabat anda..jgn lah tinggalkan org yg anda kasihi sendirian..temani la ia sampai kekuburan.. jgnlah hanya semasa hidupnya sahaja kamu memerlukannya.. dia juga memerlukan mu semasa matinya...berdoalah setiap hari utk mereka dialam sana.. doa2 anak yg soleh akan menyelamatkan mereka dari seksa kubur..Insyallah...

Maafkan sy andai coretan ini membuatkan ada yg tidak senang....

Walllahualam..

 mfab :))

No comments: