~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, February 24, 2011

Sikap kejam pencuri beras


AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.



IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

 Apa dah jadi dengan sikap pengguna jalan raya yg telibat semasa kejadian ini berlaku...mana pergi nya sikap perikemanusian dan bertimbang rasa.....Ohh masyarakat mengapa lah begini sikap anda semua.....
luahan hati dari penulis blog.
mfab :))

Tuesday, February 22, 2011

Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


mfab :))

Monday, February 21, 2011

Malam Pertama Di Alam Kubur



Aku pun x tau mcm mana nak ckp dan jelaskan tentang video ni ...Tapi atas rasa wajib sesama kita utk ingat mengigati maka aku kongsi kan lah video ini....tujuan video ini aku kongsikan bukan berniat utk menakutkan saper2 dan menyebarkan cerita palsu...mmg benar kandungan video ini tidak tulin..mana ada org org yg dah mati dan jalani kisah siksaan kubur lepas tu hidup balik....akan tetapi kandungan video ini di buat berdasarkan cerita dan sumber yg jelas iaitu al-quran...
Bahawase nyer mati itu benar,alam kubur itu benar dan siksaan kubur itu benar...Aku harap dengan tertontonnyer video ini semoga aku dan korang dapat megambil iktibar dari video ini..

mfab :))

Saat Kematian




Setiap org mungkin berbeza cara sakaratul maut nyer menjemput akan tetapi x kan pernah berubah/berganti pun malaikat yg di yg di tugaskan mencabut nyawa  mahluk allah itu...Apa yg pasti apabila nyawa itu itu di cabut sakit nyer amat tidak terkata..
Tujuan video ini di kongsikan bukan utk menakut nakutkan korang semua akan tetapi utk megingatkan aku dan korang semua bahawa mati itu pasti,dan ianya sangat2 dekat dengan kita...
Mungkin dengan tertonton nyer video ini sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan aku dan korang semua tentang amalan yg telah kita kerja kan selama ini yg mana mungkin banyak pekara yg telah kita lalaikan akibat mengejar harta dunia..
Semoga aku dan korang semua dapat menjadikan video ini sebagai iktibar dalam kita mengerjakan kehidupan seharian dan semoga kita semua memperolehi kemenangan dunia dan akhirat...

mfab :))

Friday, February 11, 2011

Atuk rogol cucu umur 10 tahun

Macam mana nak cakap pun susah....nak jatuhkan hukuman pun x sampai hati...Tetapi mengapa pula lah si tua ni sampai hati nak buat pekara mcm ni terhadap cucu dia..( kalau betul lah )


mfab :))

Wednesday, February 2, 2011

KUNJUNGAN MUHIBBAH KE RUMAH SAHABAT FACEBOOK

Berkunjung ke rumah Noraina Manaf di pekan pahang sementara menunggu sampai nya waktu untuk perlawanan bowling peringkat rodong2 temerloh united ( ahli temerloh united facebook ) di bandar kuantan.
Di jamu dengan nasi dagang kg Ubai utk sarapan pagi...manakala untuk makan tengah hari pula kami di jamu dengan gulai ikan patin masak tempoyak....Walaupun x pernah berjumpa sebelom ini akan tetapi di sebab kan ke homeih ( ramah ) tuan rumah kami tidak kekok dan malu2 untuk berborak...rasa mcm sebelom ni biasa berjumpa saja....Terima kasih banyak2 kepada Abg Sukarno dan Kok Noraina sekeluarga...ada rzeki kami datang lagi....

Berkunjung ke rumah pakcu man salah seorang kenalan dari facebook juga....Pak cu man merupakan salah seorang org kuat  ahli kelab Temerloh united dari zon kuantan..Jutaan terima kasih kepada pakcu man dan makcu di atas kesudian menerima kunjungan kami...lebih2 lagi atas layanan yg begitu mesra sekali....

mfab :))