~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, December 24, 2010

PENYAKIT BARU DALAM MASYARAKAT YANG BEGITU PERLU DIBERI PERHATIAN

Pesakit kanser meningkat

PUTRAJAYA 23 Dis. – Setiap seorang daripada 19 wanita di negara ini berisiko menghidap penyakit kanser payu dara, kata isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman.
Beliau berkata, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada ancaman penyakit kronik itu apabila peratusan yang disahkan mengidap kanser bagi golongan itu meningkat satu peratus setahun.
‘‘Bilangan pesakit kanser kini semakin membimbangkan apabila semakin ramai pesakit baru dikesan setiap tahun dengan jumlah terbanyak melibatkan kanser payu dara, kanser prostat diikuti kanser tulang dan darah.
‘‘Persatuan Antarabangsa Menentang Kanser turut meramalkan menjelang tahun 2020 penyakit kanser muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Mutiara Kanser Payu Dara Selangor dan Kuala Lumpur di Dewan Puspanitapuri, di sini malam tadi.
Menurut beliau, pesakit kebiasaannya mengalami tekanan emosi yang amat tinggi selain terpaksa menanggung kos rawatan yang semakin meningkat kerana mereka memerlukan lebih RM40,000 bagi membeli peralatan dan ubat-ubatan.
Noorainee berkata, inisiatif Persatuan Mutiara Kanser Payu Dara Selangor dan Kuala Lumpur menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana membantu para pesakit amat dihargai kerana mampu meringankan beban kewangan mereka.
‘‘Penganjuran kempen kesedaran dan program pencegahan kanser boleh membantu orang ramai tentang bahaya kanser dan perlunya membuat pemeriksaan awal,” katanya.
Beliau menambah, peratusan untuk sembuh daripada penyakit maut itu amat tinggi jika pesakit melakukan pemeriksaan awal.
Justeru beliau berharap wanita luar bandar melakukan pemeriksaan mamogram setiap tahun bagi mengesan penyakit kanser lebih awal kerana trend menunjukkan kanser kini menyerang pada usia muda.
‘‘Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil memberikan sumbangan kepada pesakit dalam bentuk kewangan dan kaunseling untuk memulihkan semangat mereka,” katanya.
Pada majlis tersebut beliau bagi pihak persatuan menerima sumbangan cek bernilai RM296,000 dari beberapa buah syarikat termasuk Mah Seng Foundation, Agusta Westland, O2 Plus dan Fusion Excell International.
 
mfab :))

No comments: