~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, December 29, 2010

Alat ganti tiruan punca nahas?


ZAINAL Rampak (duduk tengah) bersama sebahagian pemandu kontena Multimodal pada sidang media di Wisma Pekerja Pengangkutan, Petaling Jaya, semalam berhubung isu pemberhentian 49 pemandu lori kontena di Pelabuhan Klang.


PETALING JAYA 28 Dis. - Kecenderungan kebanyakan syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan dikatakan menjadi punca banyak bas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak berkata, penggunaan alat ganti itu digunakan kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat selain mudah didapati.
"Situasi penggunaan alat tiruan telah lama berlaku namun tidak ramai yang melaporkan kepada pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Kita perlu memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana ia melibatkan nyawa dan kita tidak mahu lagi perkara yang tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di pejabat TWU di sini hari ini.
Beliau mengulas kemalangan sebuah bas dua tingkat yang meragut 28 nyawa di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 20 Disember lalu.
Manakala pada Ahad lalu iaitu enam hari kemudian, sebuah lagi bas dua tingkat terlibat dalam kemalangan apabila terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong.
Dalam kejadian tersebut, 39 penumpangnya terselamat tetapi lapan mengalami kecederaan termasuk dua orang parah.
Sementara itu, Zainal berkata, alat ganti tiruan yang sering digunakan adalah cakera brek yang diguna semula selain menukar alat ganti yang tidak sesuai dengan model bas.
"Cakera brek tiruan apabila ditekan berkali-kali ketika menuruni bukit akan menjadi panas dan akhirnya akan menyebabkannya gagal berfungsi pada saat kecemasan," dakwanya.
Beliau turut mencadangkan pengharaman penggunaan bas dua tingkat di kawasan berbukit kerana ia tidak sesuai dengan keadaan muka bumi yang berbukit bukau.
"Bas berkenaan jika digunakan di kawasan berbukit akan menyebabkan keseimbangan terganggu terutama jika dipenuhi penumpang dan ini akan membahayakan semua yang berada dalam bas. Sebaliknya, ia lebih sesuai digunakan di kawasan bandar sahaja," katanya
mfab :))

No comments: