~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, May 6, 2011

Kebaikan menulis wasiat



BUDAYA menulis wasiat dalam kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu respons yang memberangsangkan.



TIADA siapa yang ambil peduli apatah lagi mahu bertanya khabar. Malah, kehadiran Mariam dianggap sebagai beban dalam kalangan sanak saudaranya hanya kerana dia tidak sesempurna insan lain.
Saat itu, pertalian saudara yang terjalin bagaikan sudah tiada ertinya lagi.
Melihat Mariam terkapar-kapar meraih simpati di mata sanak saudaranya setelah ibunya, Zainab meninggal dunia, orang kampung mengambil keputusan menghantar Mariam ke rumah Sri Kenangan.
Namun, semuanya berubah selepas Mariam meninggal dunia. Bukan kerana rasa kesal dengan sikap buruk mereka terhadap arwah sebelum ini, sebaliknya kerana mereka ingin menuntut hak apabila mengetahui Mariam meninggalkan harta yang banyak.
Dalam situasi pemergian Mariam seharusnya diiringi doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran, keadaan sebaliknya pula berlaku. Mereka bertelingkah sesama sendiri mahu merebut harta terkerana tiadanya wasiat.
Itu salah satu daripada ribuan kes yang berlaku. Apatah lagi, pendedahan sebelum ini berhubung nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes yang gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat dianggarkan mencecah RM42 bilion.
Berdasarkan faktor itu, tidak salah kalau mengandaikan budaya penulisan wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah. Melihat kepada senario ini, nampaknya ia berbalik kepada aspek kesedaran dalam kalangan masyarakat. Justeru, adakah benar kita masih kurang kesedaran akan kepentingan penulisan wasiat?
Mengakui perkara tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB) Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata, tahap kesedaran menulis wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih belum mencapai tahap memuaskan.
Berbanding di Barat, menulis wasiat sudah menjadi satu kewajipan dan bukannya sesuatu yang dilihat sebagai cara mendoakan seseorang itu cepat mati.
"Berdasarkan kajian Amanah Raya, hanya 668,000 orang menulis wasiat sama ada di Amanah Raya atau pun dalam kalangan pemain industri. Daripada jumlah tersebut, 490,000 adalah dari Amanah Raya. Ini berdasarkan kajian tahun lalu.
"Matlamat atau sasaran pasaran yang perlu diteroka (penulisan wasiat) adalah seramai 3 juta orang. Jadi, angka 3 juta berbanding 668,000 orang yang tulis wasiat, menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih rendah," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Bagaimanapun, kajian tersebut mendapati, budaya menulis wasiat dalam kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu respons yang memberangsangkan.
"Biasanya trend menulis wasiat ini adalah dalam kalangan warga emas.
"Tetapi, sekarang sudah ramai golongan muda tampil untuk membuat wasiat," katanya.
'Body saya ok lagi...I'm still fit. Kemudianlah buat wasiat, lagipun badan masih rasa sihat dan lambat lagi mati,' itu adalah antara faktor yang menyebabkan amalan menulis wasiat di negara ini belum dapat dibudayakan lagi, kata Ahmad Saruji.
Perancangan awal

AMANAH Raya berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai pentingnya menulis wasiat.


Mentaliti seperti itulah yang menyebabkan harta pusaka terpaksa dibekukan sehingga mencecah RM42 bilion kerana tiada pewaris.
"Kita tidak boleh mengandaikan bahawa menulis wasiat hanya sesuai ketika sakit atau nazak. Ini satu mentaliti yang salah kerana kita tidak tahu sama ada esok atau lusa, kita masih hidup atau mati. Ia sebenarnya bersangkut paut dengan sikap suka procastinate.
"Sikap ini perlu diubah dengan melakukan perancangan awal menulis wasiat kerana ia akan dapat menjamin kehidupan keluarga kita. Jangan asyik tunda sahaja kerana yang merana nanti adalah keluarga," katanya.
Setiap kali isu wasiat diutarakan, semua pihak gemar meletakkan tanggungjawab tersebut sepenuhnya kepada Amanah Raya mahupun pemain industri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat.
Walhal usaha meningkatkan kesedaran, adalah tanggungjawab semua pihak merangkumi semua pihak sama ada institusi keluarga, peranan ulama agama termasuklah swasta.
"Masyarakat tidak boleh mengharapkan pemain industri sahaja. Kita (Amanah Raya) bergerak juga sebagai tonggak utama, tetapi masyarakat juga harus mainkan peranan," katanya.
Bagi Amanah Raya, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan wasiat terus digiatkan dari semasa ke semasa menerusi 19 buah cawangannya di seluruh negara melalui kerjasama yang terjalin antara institusi perbankan dan ejen korporat yang dilantik.
"Bagi membuat wasiat di Amanah Raya, kadar bayaran bagi orang Islam dan bukan Islam adalah RM350 satu wasiat. Kita ada buat pakej pembiayaan dengan bank menerusi potongan gaji.
"Selain itu, orang ramai juga boleh membuat bayaran menerusi kad kredit dan ini semua untuk memudahkan mereka membuat wasiat. Sekiranya mereka tidak berupaya datang ke Amanah Raya atau mana-mana agensi yang bekerjasama, kami boleh terus ke rumah anda," katanya.

keratan kosmo 
 
mfab :))

Wednesday, May 4, 2011

Mutiara Kata Hari Ini

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.
RENUNGAN

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”  Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?” 

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”  Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.  Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita? ”
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “CEO”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… ” kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas? 


mfab :))

Saturday, April 30, 2011

Hari suami2 sakit pinggang

Pagi jumaat semalam ramai betui para lelaki mengadu sakit pinggang...bila nak ajak gi minum  jer...semer nyer kena mengeliat dulu..x mcm hari yg sebelom2 nyer....boleh kata dari yg muda sampai yg ke yg tua...tapi bukan org bujang lah...tapi kadang tu org yg bujang pun aku jumpa gak yg kena sakit mcm ni...apa masalah nyer pada mereka semua boleh kena mcm ni.....Salah tidur ke, x pun salah makan..??x pun dia org kerja lebih masa ke mlm semalam..hehehe....
Ramai org kata bila mlm jumaat malam yg wajip utk melepaskan hajat...huhuhuh..mlm2 lain tu kira mcm x afdal lah...mcm2 kalau dah nak mengaitkan cerita sedap mcm tu yer..hari pun boleh di jadikan isu....Apa ubat nyer lak nak hliang kan sakit pinggang ni yer....supaya senang lain minggu x lah nampak sangat bahawa org itu  kerja kuat mlm jumaat..hahaha....Tongkat ali,kopi jantan,radix dan minuman lain2 sebelom mlmjer...panadol x stand kot...??x bagus lah mcm tu..baik bagi hilang sendiri jer....
 
mfab :))

Friday, April 29, 2011

Fatah, Hamas berdamai



Gambar bertarikh 17 Mac lalu merakamkan Mahmoud Abbas (kiri) mengangkat tangan Perdana Menteri Ismail Haniyeh daripada Parti Hamas semasa mereka berjalan keluar selepas menghadiri sesi khas Parlimen di Gaza


KAHERAH 28 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.
Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.
Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.
Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.
“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.
Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.
“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.
Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.
“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru

Syukur alhamdulilah....1 petanda baik utk rakyat palestin....yg mana dahulu atau sebelum ini mereka ini bagai kan seteru akan tetapi pada hari ini mereka telah bersatu...Tahniah Hammas dan Fatah semoga selepas ini Palestin  akan berdiri kukuh dan maju...manakala Yahudi laknatullah itu boleh mula beredar dari bumi bertuah Palestin..Semoga Hammas dan Fatah dapat berganding bahu bersama dalam memperjuangkan kemerdekaan bumi Palestin....Insyaallah....
 
mfab :))

Thursday, April 28, 2011

LELAKI VS WANITA

 Petang ini aku x lah sesibuk macam semalam dan kemarin....so apa lagi....aku ambik peluang lah utk belek2 kat FB dan blog2 aku dah ketinggalan.....belek punya belek kat Fb temerloh united berkenan pulak aku tengok label ini dan  komen2 nye panjang lebar lak dari kaum lelaki....ramai pulak like nye...hehehe...malahan banyak pula nasihat dan idea2 yg bernas..hehehe..itu lah hebat nye kaum lelaki ni...kalau bab2 buka cawangan memang ligat dan bersemangat ..manakala kaum wanita...mcm2 warning lak yg keluar dari komen nye....ini antara komen2 nye :

1.  ok utk yg blum bkwin bleh la weh dari pengomen perempuan
2.  kete kala x de tayar spare,kala pancit...payoh wehhhhhh....hahahaha....bior ande.....dari pengomen lelaki
3.  main bolo pn ade pemain simpanan...dari pengomen lelaki
4. awaslah yekkkk.....khas untuk kaum bapak2...hahahahahaha dari pengomen perempuan


Mana2 lelaki pun aku kalau di ajak borak pasal buka cawangan ni...memang menjadi lah....x berani pun pun kurang2 nye ada angan2...hehehe....kaum wanita pula memang cukup takut kalau dapat tau laki dia ada cita2 mcm ni....yer lah...takut terabai....hehehe....so...pandai2 lah jaga laki yek....

mfab :))