~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, November 11, 2013

SeDiKiT PuN CuKuP...

 
Firman ALLAH “Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin JIWA dan HARTA mereka dengan menggantikan SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan Siapakah yang lebih tepati janjinya selain Allah? Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung” (Surah At-Taubah : 111)

Andai satu ketika dahulu, Bilal bin Rabah berjaya mengubah dunia dengan laungan azan, sehingga kini, seluruh dunia menikmati laungan kalimah cinta itu 5 kali sehari, tidak sesaat pun laungan ini terdiam seketika. Hamba itu telah dieksploitasi Umaiyyah bin Khalaf, yang menyeksanya sehingga kembali menyembah berhala. “Ahad! Ahad!” itulah kalimah cinta hakiki yang menerobos segala tohmah dan seksaan walau nyawa di hujung cemeti Umaiyyah.

Kehadiran Abu Bakar untuk membebaskan jiwa ini dari cengkaman si durjana itu, kerana adanya hasil ekonomi demi kemampuannya untuk sekelumit saudara-saudara baru, seperti Bilal ini. Terima kasih wahai Abu Bakar, sejarah Bilal masih tercatat untukku contohi, bukan terhenti setakat seksaan.

Suatu ketika, dalam sebuah siri peperangan bersama Rasulullah TERCINTA, Abu Bakar sekali lagi menggunakan hasilnya ekonominya, demi perjuangan yang haq ini. Bertanyalah Rasulullah kepadanya,

“Wahai Abu Bakar, engkau telah menggunakan seluruh kewanganmu, apakah yang kau tinggalkan kepada anak-anak dan isterimu?”

“Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”-Abu Bakar

Subhanallah.. Tak dapat menahan sebak di dada mengingati dan menulis kisah sahabat ni sehingga mampu mengalir titisan sejuk di pipi ini.

Allah tidak melarang hamba-Nya untuk mencari rezeki bahkan Allah menyuruh manusia untuk mencari rezeki yang halal;

“Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguhm binasalah dia”(Surah Taha : 81)

Rezeki ini yang dimaksudkan disini adalah ekonomi bagi umat Islam. Andainya, dengan kukuhnya kewangan umat Islam mampu mengubah sesuatu keadaan umat islam hari ini, mengapa tidak kita berusaha untuk itu?

via http://www.facebook.com/amirul1709
 http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, November 7, 2013

Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."




Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...

Wallahu'alam
 
 http://fadir78.blogspot.com/

Janji Suami..





 SUATU HARI..

ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan
lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye?
(dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut
suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN
tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang
waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang
baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak..
Macam yang abang inginkan..

Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..

SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..
suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. UMMI!
Sebab tu abang tak boleh janji.. InshaAllah abang akan
sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak.
Bahkan mungkin lebih.... Dan mereka sama-sama tersenyum.

   http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, November 6, 2013

Sejujur Nya....




 MENJAUHI RIYA' DAN MENGUTAMAKAN KEIKHLASAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:? Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Huraian:
Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
 
 http://fadir78.blogspot.com/

CARA MALAIKAT MENGAMBIL NYAWA



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah s.a.w bersabda: "..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan;
 
 dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya." (Hadis Riwayat Dari Sebilangan Sahabat r.a)
 
  http://fadir78.blogspot.com/