~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, October 29, 2013

PRK N20 Sungai Limau



Berbekalkan 5 hari lagi  tempoh masa yang di berikan oleh SPR kepada dua parti politik untuk memperkukuhkan jentera parti dan memastikan para pengundi membuat pilihan yang bijak bagi menjamin kemajuan pembelaan rakyat di jaga...Namun begitu apa yang mahu di sampaikan disini ada lah cara kedua-dua parti ini berkempen di akhir2 ini sangat tidak lagi seperti yang mereka janjikan pada permulaan penamaan calon....Namun semua nya berubah apabila bahang berkempen menjadi semakin hangat dan hangit...

Antara contoh;

~ http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-akui-terlepas-pandang-1.215362
~http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-serah-memorandum-tuntut-tpm-minta-maaf-1.215403
~http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/23065-tak-apalah-jamil-kata-saya-tak-betul-mahfuz

 Semoga parti yang benar2 akan membawa perubahan yang baik dan keselesaan kepada rakyat akan di pilih dan memenangi ini nanti.

http://fadir78.blogspot.com/

Monday, October 28, 2013

Harapkan pagar...Pagar makan padi...

 
 Ini lah muka warga Asing yang bersusah payah datang ke Malaysia untuk mencari rezeki entah datang dari Negara mana2 tetapi apabila sampai di Negara ini mula lupa diri dan tidak menghargai apa kelonggaran dan jasa baik Negara Malaysia telah berikan....Dengan asal nya tidak mempunyai apa dokumen yang sah...mula memiliki kad pengenalan palsu...lepas tu memohon kerja dengan syarikat keselamatan yang mana mungkin sangat longgar syarat penerimaan kemasukan pekerja...yang mana mungkin mengutamakan hanya kepada fizikal badan sahaja....Mungkin kerana pandai bodek si lahabau ni boleh pulak diterima dengan memengang lesen senajata api....memang bertuah si Lahabau ni....boleh kata saat2 yang tunggu si Lahabau ini telah sampai ke kemuncak nya....maka di satu petang berlaku lah satu kejadian yang sangat2 menyayat hati dan sangat2 tidak di duga oleh kebanyakan orang....lebih2 lagi Rakyat Malaysia...
 Ardi Hamza, Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank Subang Jaya.

Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan motorsikal.

 
Ardi mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat, Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada di dalam sistem mereka dan dipercayai palsu. Ardi didapati berasal dari Sulawesi, Indonesia, dan berada di negara ini dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak dua tahun lalu.

Jumlah wang yang dirompak oleh Ardi ialah RM 450,000 dan setakat hari ini Ardi masih bebas dan dipercayai masih memiliki pump-gun yang digunakan untuk membunuh Norazita. Tiga orang ahli keluarga Ardi, dua orang lelaki yang juga bekerja sebagai pegawai keselamatan dan seorang wanita dipercayai isteri suspek telah ditahan reman oleh polis, dipercayai bersubahat dengan beliau memandangkan suspek ada meninggalkan wang berjumlah RM 30,000 kepada wanita tersebut.

Mereka yang terserempak, nampak atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.
 
 Mewah betuii lahabau ni bila jadi pak guard
Didoa kan supaya si Lahabau ini segera di berkas dan di hadapakan ke muka pengadilan...dan menerima hukuman yang seberat-berat nya.....
http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, October 24, 2013

Tuesday, October 22, 2013

SYRIA : Mereka Ada Lah Saudara Kita...

 Ya Allah, ampunilah dan maafilah kami kerana kami tidak mampu membantu dan memberi yang terbaik kepada saudara seaqidah kami di sana.

Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.

Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis. Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".

Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima. Kami disini memperolehi makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka ya Allah.



 Hulurkan kan sumbangan yang mana kita rasa mampu bagi meringankan azab dan kesengsaraan mereka...Kerana mereka kini bukan lagi berjuang untuk mengejar kekayaan dan kemewahan akan tetapi mereka berjuang mempertahan kesucian agama islam dan kepentingan untuk umat Islam seluruh dunia...

http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, October 9, 2013

QASEH GOLD

 
Qaseh Gold
Study sedikit sejarah penubuhannya... Wow sejak 1983 boleh bertahan! Sewaktu itu, Yg Berbhg Ustaz Dato' Ismail Kamus yang merupakan teman baik kpd pengasas, Allahyarham Tuan Hj Othman Omar dan Pn Hjh Esah Omar. Produk Qaseh pula disediakan melalui Amalan Pengilangan Islamik (IMP) yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf Halaalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik).
*********************************************** Tidak mengapalah, biarlah orang kata sykt marketing x power atau lemah, namun saya bersandarkan kepada 3 fakta ini:
1. Produk dari formulasi pemakanan Sunnah yang terbukti berkhasiat dan penuh dengan keberkatan. Tidak perlu ragu2 dan disangkal akan kebaikannya
2. Penyediaan secara IMP, disediakan oleh tangan2 yang menjunjung syahadah utk menghasilkan produk yang bertaraf Halaalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik). Penawar jasmani dan rohani
3. Syarikat 100% bumiputra Islam yang mendokong aspirasi memartabatkan ekonomi Ummah
************************************************
By the way, syarikat jenama luar jika tidak dapat sokongan dari kita pastinya mereka juga akan gagal. Selalu saya terfikir, masih terjajahkah minda kita lagi? Soal pemakanan amat penting bagi saya sekeluarga. Alhamdulillah, kini semakin ramai meyakini dan kembali kepada pemakanan Sunnah. Qaseh Gold - satu2nya pilihan terbaik dalam pemakanan kesihatan tambahan buat saya sekeluarga. Insya-ALLAH terbaik juga buat anda semua!
In shaa Allah.... Menjana Ekonomi Ummah

Qaseh Gold Adinda sangat baik utk wanita yg ada masalah keletihan, keputihan, sengugut, resdung, buasir, kulit ekzema, kolestrol, asma, batuk dan jiwa kacau juga ...^^ Mudah hanya 2@3 sudu pg dan 2@3 sudu mlm.. Diikuti dengan doa dan niat sbb antara bahan yg terbaik dlm Qaseh Gold ialah Air Zam Zam.. Insya-Allah dgn izin Allah .. Mudah , murah mustajab..


http://fadir78.blogspot.com/