~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, August 16, 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN MENGIKUT URUTAN SEHINGGA KIAMAT




PERISTIWA AKHIR ZAMAN MENGIKUT URUTAN SEHINGGA KIAMAT

Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Dimana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham.

Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. ----- Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
*Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi --- Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ??
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat --- Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar

SUMBER : zaag2010

Dimanakah kita sekarang ????? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Harap dengan perkongsian ini kita mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat. - Koleksi Artikel Islamiah


http://fadir78.blogspot.com/

Friday, August 2, 2013

Saja nak Share....bacal lah...



 - Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak.


http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, August 1, 2013

Kisah Si Ayah

 
 AYAH TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIBALAS AKAN JASANYA...
Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa hari lepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...aku adalah satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebelahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2 perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal...diambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.

MORAL OF THE STORY...
Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.

Renungkanlah...
Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.

Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. Insya ALLAH...Doa anak - anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana...

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." - Hadis Riwayat Muslim
 
 http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, July 24, 2013

Mengenali Keikhlasan


SATU DALAM 600,000 ORANG
Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit. Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”


“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua, “Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,” Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Setelah bertemu, Abdullah pun bertanya, “Terangkan padaku, apakah amalanmu sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq, “Dengan rahmat Allah, aku telah mengumpulkan wang sebanyak 300 dirham yang aku simpankannya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Waktu itu, isteriku sedang hamil dan dia telah tercium sesuatu dari rumah jiran dan dia menyuruhku memintanya sedikit kerana mengidam.

Aku pun mendapatkan jiranku itu. Berkata jiranku kepadaku, “Aku terpaksa memberitahumu satu perkara, anak-anakku sudah tiga hari tidak makan.”

Sewaktu aku keluar mencari makanan, aku terjumpa bangkai himar lalu aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagimu.

Mendengarkan kata-kata wanita ini, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham itu lalu aku berikan padanya. Aku berkata kepada diriku, “hajiku hanya di pintu rumah jiranku.” Hanya itulah saja amalanku.

Demikianlah besarnya rahmat Allah kepada hambanya, sesungguhnya Allah tidak memandang pada harga yang kita ada tetapi niat yang ikhlas lagi suci.



http://fadir78.blogspot.com/

Erti Kasih Sayang...

 Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.
 http://fadir78.blogspot.com/