~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, April 6, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


 AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,


...
♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

 mfab :))

Thursday, April 5, 2012

LEMBUTKAN HATI SUAMI YG TERSAYANG


 
Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI  

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
... 2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
 mfab :))

Wednesday, April 4, 2012

SALAH 1 CARA BARU ROMPAK KERETA HATI-HATI !!!

Ini Bukan Gurauan..

Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...

 mfab :))
 

UNTUK DIKONGSI BERSAMA...
Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
...
Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
 mfab :))

Tuesday, April 3, 2012

CINTA YANG SUCI LAGI IKHLAS

 ALLAH sgt merindui kita. Tidak kira sejauh mana telah kita lari @ terpesong pada... jalan ALLAH, DIA tetap menanti kepulangan kita. Dan rindunya ALLAH terhadap kita, bukan sahaja ALLAH menanti kepulangan kita, bahkan ALLAH berikan tanda2 di sekitar kita supaya kita sedar, kita telah sesat dan mencari jalan pulang kpdNYA. ALLAH sgt merindui kita, justeru itu pulanglah...sujudlah dengan penuh kehinaan dan kefakiran kpd ALLAH swt.

 mfab :))