~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, January 4, 2011

Pengasas Facebook makin kaya



MARK ZUCKERBERG


NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).
Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).
Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.
Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).
Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

mfab :))

Satu lagi kapal bantuan menuju ke Gaza


DAMSYIK 3 Jan. - Sebuah kapal membawa bekalan bantuan bagi mencabar sekatan ke atas Gaza yang disokong aktivis Asia, telah belayar dari pelabuhan Syria ke Mesir kelmarin, kata seorang pegawai Palestin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan aktivis yang berpangkalan di Syria, Khaled Abdel-Majid berkata, kapal tersebut belayar dari Latakia menuju pelabuhan al-Arish, Mesir, lokasi bekalan bantuan akan dipunggah dan diangkut melalui jalan darat ke Gaza.
Katanya, kira-kira 100 aktivis proPalestin juga telah memasuki Genting Gaza dari Mesir awal pagi ini, bagi mengendalikan pengagihan bantuan dari kapal yang dijangka tiba malam ini.
Abdel-Majid berkata, kumpulan aktivis terlibat datang dari pelbagai pertubuhan amal terutamanya dari India.
"Seramai 12 aktivis dari Iran, Jepun, Pakistan dan Afghanistan menaiki kapal 'Salam' (Keamanan)," katanya sebelum ini.
Beliau berkata, konvoi penghantaran bekalan dikenali sebagai Asia 1 itu, meninggalkan India bulan lalu dan ia sepatutnya tiba di Gaza yang diperintah Hamas pada 27 Disember lalu, sempena ulang tahun kedua serangan Israel ke atas Gaza.
Menurutnya, kapal tersebut turut menjadi sasaran provokasi Israel sejak ia belayar di perairan antarabangsa.
"Kapal-kapal tentera laut Israel bertanya kepada kapten 'Salam' tentang jenis bekalan yang dibawa," kata Abdel-Majid dengan menambah, beberapa aktivis di atas kapal turut disoal siasat.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis berkata, pihaknya mengawasi kapal tersebut dengan teliti.
'Salam' membawa bekalan bantuan bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta)) seperti ubat-ubatan, makanan, permainan, empat buah bas dan 10 penjana elektrik untuk hospital.
Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza sejak kumpulan pejuang Israel menawan seorang tenteranya pada Jun 2006.
Ia diperkuatkan lagi setahun kemudian selepas kumpulan pejuang Hamas mengambil alih pemerintahan Gaza ekoran perselisihan dengan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
mfab :))

Pewarna teh tiruan rosakkan hati


 – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.
Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.
‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.
‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.
Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.
‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.

mfab :))

Monday, January 3, 2011

Bawa beg sendiri membeli-belah - PPIM


KUALA LUMPUR - Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan," katanya sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan pre- mis perniagaan lain.
Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula kelmarin, Nadzim berkata, beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.
"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.

mfab :))

Tentera Iran dakwa tembak jatuh dua pesawat pengintip


TEHRAN 3 Jan. – Iran menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi, kata komander kanan keselamatan revolusi kepada agensi berita Fars.
“Banyak pesawat pengintip dan pesawat musuh yang menceroboh telah ditembak jatuh oleh pasukan keselamatan... malah kami turut menembak jatuh dua buah pesawat pengintip di Teluk Parsi,” kata Komander Amir Ali Hajizadeh.
“Namun inilah pertama kali kami mengumumkan mengenainya,” katanya tanpa menyatakan bila pesawat pengintip dan pesawat-pesawat lain itu telah ditembak jatuh. – Reuters
 
mfab :))