~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, September 29, 2014

KURSUS 4x4 di Ulu Slim,Perak

22-24/9/2014 tarikh yang di janji kan utk aku bekursus telah tiba...3 hari sebelum tarikh tiba aku bagaikan x lena tidur membayang kursus bagaimana lah yg akan aku hadapi nanti...boleh kan aku menamatkan kursus ini...x bahaya kah...pelbagai pesoalan yg timbul di fikiran aku....risau bila di fikir- fikirkan....

Setelah di maklum kan oleh penganjur kursus bahawa aku telah di terima utk menyertai kursus ini..memang berkobar -kobar rasa kat dada nak rasai betapa gempak nya kursusu ini...bangga sangat rasa nya...
Apa yg kurang enak sedikit ialah pengangkutan tidak di sediakan dari jabatan aku utk  ke tempat berkumpul datarah SHL shah alam...
Nasib baik ramai peserta dari jabatan aku yg di luluskan utk turut serta dalam kursus ini,,,so...apa lagi...rojer2 lah kawan2 yg joi kurusu ini utk tumpang mana yg ada kekosonggan kenderaan...Alhamdulilah...di permudahkan...boleh tumpang.....akan tetapi kena berkumpul di jabatan pada pukul 7.00 pagi sbb paling lewat pukul 8.30 pagi kena berada di Dataran SHL Shah Alam..

22/9/20-14
7.00 pagi masih lagi x ada sesiapa yg muncul di jabatan...benggang jugak...tapi awak yg nak tumpang org so diam kan jer lah....
7.30 pagi baru muncul sorang...ok lah...
7.45 pagi baru semua muncul...so berangkat lah kami ke dataran SHL seramai 5 orang dengan 4 orang peserta...yg sorang lagi tu kira tolong hantar kan sahaja...

9.15 pagi
kami sampai ke dataran SHL alhamdulilah...selamat sampai...Peserta2 dari jabatan lain sudah ramai..
buat pendaftaran kehadiran ambik t-shirt 2 helai dan sedikit nota..
10.15 jamuan ringgan dan sedikit taklimat dan juga sesi bergambar sebelum bertolak ke Ulu Slim,slim River,perak.

 Jentera 4x4 yg siap di ubah suai milik Abg lokman

15 minit sebelum memulakan perjalanan ke Ulu slim dari dataran SHL Shah alam....Para peserta memasukan barang dan bag2 ke dalan Jentera yg mana setiap jentera membawa 3 orang peserta bersama tuan punya jentera...

 Jenyera 4x4 berjumlah 14 biji  bersiap sedia utk du uji

Barisan Jentera yg disusun sedemikian bagi menunjukan 1 permandangan yg luar biasa kita kita lihat..namun ada simbolik di sebalik susun atur sedemikian apabila telah  lama mengikuti Geng2 4x4 ini nanti...
Sebanyak 14 biji jentera telah di ubah suai dan bakal di uji kemampuan nye dari segi cara pemaduan off road nanti...

11.00 pagi 
Konvoi mula bertolak dari dataran SHL ke Ulu slim Perak...
Konvoi sebanyak 15 biji kenderaan yg mana terdapat peserta yg membawa kenderaan sindiri hingga ke kawasan perlancong Ulu Slim

1.15 ptg
Konvoi sampai ke kawasan pejabat perlancong Ulu slim..
Para peserta di berikan sedikit Taklimat dan kebenaran utk membuat panggilan akhir kepada ahli keluarga dan kepada siapa2 yg berkenaan kerana 5 minit perjalanan selepas ini akan memasuki kawasan tiada yg liputan lagi ....

2.45 ptg
Sampai ke kem Ulu Slim
simpan bag dalam bilik...
makan tengahari & solat..

 Bilik penginapan utk peserta

Sedikit gambaran utk 1 bilik kecil bagi memuatkan seramai 4 orang peserta dengan 2 biji katil bujang bertingkat...
Yang mana setiap bilik di bekalkan lampu bilik dan kipas syiling dan akan berfungsi setiap hari dari jam 6.00 ptg sehingga 2.00 pagi sahaja....ok lah tu...Bersyukur dah...

3.00 petang 
Sesi taklimat tentang asas pemaduan 4x4,keperluan kelengkapan 4x4,dan alat2 ganti 4x4 melalui nota2,dan tayangan video...

7.30 malam
solat magrib dan isyak jamak terus makan malam

8.15 malam
sambungan sesi taklimat dan pengenalan alatan sokongan utk membantu team 4x4

11.15 malam
minum malam dan rehat dan tidur...

Permangdan Lapang asas pemanduan 4x4 di Ulu Slim

23/9/2014

6.00 pagi
mandi ,solat subuh dan sarapan pagi

7.15 pagi
Nyayian lagi negara ku dan senaman ringgan...

8.30 pagi 
Sesi taklimat  dan agihan kenderaan untuk di uji pemanduan...

9.00 pagi
konvoi bertolak ke trek asas pemanduan 4x4
latihan pemanduan asas 4x4 bermula dengan mendaki, menuruni anak2 bukit yg lopak berselut dan teknik membuat titi dan meniti jambatan dengan mengunakan pacuan 4x4....

Menunggu giliran utk mengunakan titi kayu...
Tunggu turn yg mana ramai peserta cuba mengelak dari melakukan sesi kali ini...goyanggg....

Latihan yg mana sangat2 memerlukan kepacayaan dan kecekapan rakan sebelah dalam memberi arahan utk melepasi titi....

1.30 petang
Betolak balik ke kem site dengan melalui laluan lain dan terpakasa menyeberangi 2 batang sungai beserta memanjat bukit...

Acara membersihkan kenderaan utk next sesi..sungai kecik

sungai kedua agak lebar dan dalam...

2.30 petang
makan tengahari,solat dan rehat...

3.30 petang
aktiviti di tangguhkan akibat hujan lebat...

Duduk rehat2 dan tidur dalam bilik masing2...

7.30 mlm
mandi dan solat magrib/Isyak Jamak

8.00 malam
Latihan pemanduan malam bermula dengan menggunakan trek dalam laluan ladang kelapa sawit,menyeberagi sungai dan mendaki menuruni bukit dengan laluan yg licin.. 

aktiviti pemaduan waktu malam dengan melalui jalan berbukit yg licin sememang sangat2 mencabar ia nya memerlukan tumpuan sepenuhnya lebih2 lagi dalam menruni bukit yg sangat licin...Jika cuai ianya boleh membawa padah....kerana di laluan yg kami gunakan pada malam tersebut merupakan laluan yg licin,sempit dan bargaung....

12.30 malam
makan malam mandi dan tidur...


24/9/2014

6.00-6.30 pagi
mandi dan bersolat...

7.30 pagi
Nyayian lagu Negaraku dan senaman ringgan

8.15 pagi
Teknik2 resque dan game kendalian alatan secara berkumpulan....

12.30 tengahari
mandi ,makan tengahhari

1.15 petang
penyampain sijil dan bertolak pbalik ke Dataran SHL...

Sepanjang tempoh berkursus pamnduan 4x4 ...aku sangat2 berpuas hati...dan ianya 1 pengalaman baru yg tidak dapat di gambarkan dengan kata2 mahu pun secara bergambar...

Sangat2 mengujakan dan mendebarkan setiap sesi yg lalui...Namun jika berpeluang aku ingin kembali lagi beraksi....Ingat nak cari sebiji jika berkemampuan....In sha Allah...
 

 Tuan punya diri @ blog bergambar kenangan dengan jentera 4x4 yg di pandu dari awal hingga akhir kursus..

http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, September 3, 2014

Daun Betik Ubat Demam Denggi


Ubat Demam Denggi
 
Sekarang ni musim orang terkena demam denggi. Ubat cara tradisional yang biasa kita dengar atau amalkan ialah dengan meminum sup ketam atau air 100-plus. Namun tak ramai yang mengetahui bahawa ada satu lagi ubat yang amat mudah didapati di sekeliling perumahan kita.
Umum mengetahui bahawa buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C. Namun, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa daun betik juga amat mujarab jika digunakan untuk merawat demam denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari Institute for Medical Research, Malaysia yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa just daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50
gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah di ambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya
Sumber: http://www.majalahsains.com/2013/07/penyelidikan-
daun-betik-pengubat-denggi
Research article : http://www.hindawi.com/journals/
ecam/2013/616737/

Cara Penyediaan Jus Daun Betik-
■ Bersihkan 2 helai daun betik.
■ Tumbuk atau blender sehingga jus terhasil.
■ Turaskan dengan kain bersih.
■ Hanya perlu minum 2 sudu teh sehari.

Jangan masak atau cuci daun dengan air panas. Selamat mencuba..


http://fadir78.blogspot.com/