~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, April 22, 2014

Rahsia Sujud Di Dalam Solat



Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH) 2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi SAW bersabda:, Punggung-punggung kamu sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. “Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf - Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”. Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, April 17, 2014

MUSLIM YANG BIJAK ADALAH MEREKA YANG SENTIASA INGAT MATI




APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?

Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~

Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~

Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..
Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..
Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..
Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~

Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..

Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..

Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..

Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin...

Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
Lapangkanlah hatiku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Jauhkan kami dari segala Musibah
Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Syurga-MU....


http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, April 16, 2014

KELEBIHAN MENCIUM ANAK, ISTERI DAN SUAMI



Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA
i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan.
Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.
ii) Fadhilat Cium suami
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
iii) Fadilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.



http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, April 9, 2014

Video yang Sangat di benci Oleh Yahudi




Yahudi..

Yahudi bukan lah  sebuah negara yang kuat dan berani...

Kemodenan teknologi dan kekuatan tentera meraka bukan lah untuk mempetahankan negara mereka dari di serang...akan tetapi di gunakan untuk menyerang negara yang lemah dan negara yang sangat membenci perperangan....

Yahudi mengunakan kekuatan dan kecanggihan teknologi semata mata untuk menyerang orang awam,kanak2 dan kaum bangsa yang lemah....

Telahan mereka (Yahudi ) silap ! sangat2 silap ! meraka fikir dengan menyerang negara sebegitu mereka menang dan akan mendapat sokongan orang lain....

Tetapi hari ini apa yang mereka dapat....kemenangan ? Sahanbat ? Tiada ..Malahan musuh nya semakin ramai....

Meraka sangka sokongan Amerika dan sekutu Amerika itu akan bertahan selama lama nya...Kerana Amerika dan sekutu Amerika mula sedah bahawa mereka telah di pergunakan....



http://fadir78.blogspot.com/

  Sekiranya kita mengalami rezeki tersangkut-sangkut. Rasa-rasa macam dah nak dapat tapi akhirnya tak dapat.

Salah sorang guru saya berkongsi apakah kemungkinan punca-punca menyebab rezeki tersangkut iaitu.

1. Hubungan anda dengan Allah
2. Hubungan anda dengan mak ayah.
3. Hutang anda dengan orang lain. Selesaikan, sekiranya tidak mampu mohon maaf dan berjanji untuk bayar ikut kemampuan berperingkat-peringkat.
4. Hutang orang lain dengan anda. Halalkan, hilangkan dendam. Tetapi tidak perlu beritahu kepada orang yang berhutang, sekiranya meraka hendak bayar, itu rezeki anda.
5. Dendam dengan orang lain dan dendam orang lain terhadap anda. Mohon maaf dan memaafkan.
6. Janji anda tidak ditunaikan. Tunaikanlah.
7. Kurang memberi dan bersyukur. Bersedekahlah setiap hari, walaupun sedikit.Banyakkan bersujud dan amalan2 sunat.

 Semoga kita bersama sama memperolehi nya....in sha Allah...

http://fadir78.blogspot.com/