~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, February 25, 2014

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT WAJIB




RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                 
HUKUM MENINGGALKAN SOLAT WAJIB
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
                 
Huraian:

  • Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
  • Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
  • Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun IslaM.
  • Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

http://fadir78.blogspot.com/

Monday, February 17, 2014

Rawatan Mudah..





InsyaAllah saya sendiri akan pin post ini beberapa ketika supaya lebih ramai yang dapat melihat n mengamalkannya..

Petua perubatan drpd Ustaz Sharhan Syafie untuk mngubati pnyakit jantung, kencing manis n darah tinggi....kpd yg nak mncuba...sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba...dpanaskan dan dminum airnye...

amalkan selang sehari..sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari...selamat mncuba....in sya allah

kberkesanan 80% bjaya Alhamdullillah...SHARE tip penting ini kepada rakan anda yg menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi

Selamat mencuba!! "


http://fadir78.blogspot.com/

KEJAM!!!





 KEJAM!!!
Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam. Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, “Akulah orang yang PALING KEJAM!” Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata sambil mendabik dada “Tidak ada siapa yang lebih KEJAM daripada aku!" Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab: “AKULAH YANG PALING KEJAM... Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku...”

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir. Lelaki pertama ialah Israel. Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat. Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam (Kita) yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.









 



http://fadir78.blogspot.com/

Friday, February 14, 2014

Beginikah Kita....





  Sekiranya kita mengalami rezeki tersangkut-sangkut. Rasa-rasa macam dah nak dapat tapi akhirnya tak dapat.
Salah sorang guru saya Tuan Izan berkongsi dengan saya apakah kemungkinan punca-punca menyebab rezeki tersangkut.

1. Hubungan anda dengan Allah

2. Hubungan anda dengan mak ayah.

3. Hutang anda dengan orang lain. Selesaikan, sekiranya tidak mampu mohon maaf dan berjanji untuk bayar ikut kemampuan berperingkat-peringkat.

4. Hutang orang lain dengan anda. Halalkan, hilangkan dendam. Tetapi tidak perlu beritahu kepada orang yang berhutang, sekiranya meraka hendak bayar, itu rezeki anda.

5. Dendam dengan orang lain dan dendam orang lain terhadap anda. Mohon maaf dan memaafkan.

6. Janji anda tidak ditunaikan. Tunaikanlah.

7. Kurang memberi dan bersyukur. Bersedekahlah setiap hari, walaupun sedikit.Banyakkan bersujud dan amalan2 sunat.



http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, February 13, 2014

Perbanyakan lah Berdoa Ketika Sujud


 Ada yang beranggapan ibadah adalah urusan orang tua, bahkan ada yang melakukan solat pun dengan cepat sekali, sehingga mengabaikan bacaan-bacaan solat yang seharusnya dibaca dengan baik termasuk ketika bersujud. Seakan-akan tidak membaca do’a sedikitpun ketika bersujud. Padahal saat itulah kita merasa dekat dan kecil di hadapan Allah SWT. Pada saat sujud kita meletakkan anggota tubuh kita di tempat yang sangat rendah, kita menanggalkan semua perkara keduniaan dan kita meletakkan semua gelar kehormatan. Semuanya kecil di hadapan Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam muslim, Rasulullah SAW bersabda : “Kita semua harus memperbanyak sujud kepada Allah SWT, kerana ketika bersujud , Allah akan angkat darjat kita, dan Allah akan hapus dosa kita.” Ada dua hal penting yang patut kita halusi dari hadis di atas. Perintah sujud yang disampaikan Rasulullah SAW memberikan dua manfaat yang sangat berguna bagi kehidupan kita.

Pertama - dengan banyak bersujud, Allah SWT akan angkat darjat kita. Darjat yang akan Allah berikan kepada kita boleh jadi berupa darjat di dunia maupun di akhirat, Darjat di dunia boleh berupa kehidupan yang sakinah, jabatan, mendapatkan jodoh yang ideal, keinginan-keinginan lain yang dikabulkan, atau juga boleh berupa kedudukan yang tinggi. Semuanya itu merupakan nampak positif dari banyak bersujud kepada Allah SWT. Sedangkat darjat di akhirat hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui. Tak seorangpun yang mengetahui akan hal itu, kerana itu menjadi rahasia Allah SWT semata.

Kedua - dengan bersujud Allah SWT akan menghapus dosa kita. Sebagai manusia tentu banyak perbuatan dosa yang kita lakukan, disengaja atau tidak. Dosa tersebut tidak kita ketahui jumlahnya, kecuali nanti di yaumil hisab (Hari Perhitungan). Anjuran Rasulullah SAW untuk banyak bersujud agar dosa-dosa kita satu persatu dihapus Allah SWT. Semakin banyak bersujud kepada Allah SWT, semakin banyak pula dosa yang dihapus. Semakin banyak kita melaksanakan solat, akan semakin banyak sujud yang kita lakukan. Dalam satu raka’at solat kita bersujud sebanyak dua kali. Maka, dalam 17 raka’at sehari semalam bererti kita sudah bersujud sebanyak 34 kali. Bagaimana dengan solat sunat lainnya yang kita lakukan? Bila kita solat sunnah qabliyyahdan ba’diyyah yang kita laksanakan di awal dan akhir solat fardhu sebanyak 16 raka’at, bererti kita sujud sebanyak 32 kali. Bila jumlah bilangan rakaat solat fardlu dan solat sunnah dijumlahkan, bererti sehari semalam kita melakukan sujud kepada Allah SWT sebanyak 66 kali. Itu bererti Allah SWT akan menghapus 66 dosa kita sehari semalam. Padahal dosa yang kita perbuat sehari semalam, lebih dari 66. Dengan bersujud sebanyak 66 kali sehari semalam, masih belum mampu menghapus dosa-dosa kita yang banyak sekali. Perbanyaklah sujud kepada Allah SWT, tanpa perlu menghitung-hitungnya. Bersujudlah sebanyak-banyaknya setiap ada kesempatan. Kerana memang Allah SWT menciptakan kita tak lain untuk beribadah dan bersujud kepada-Nya



http://fadir78.blogspot.com/

[Bantuan Segera Musim Sejuk Untuk Pelarian Warga Syria Yang Kini Berada di Jordan]




Untuk makluman semua sahabat-sahabat, bumi Jordan kini berada dalam musim sejuk (Kini menghampiri 1° Celcius dan Salji sudah mula turun). Dan kini juga terdapat puluhan ribu warga Syria yang kini hidup sebagai pelarian di bumi Jordan.

Mereka hidup dalam khemah yang serba kekurangan dan sangat memerlukan bantuan kita untuk menghadapi musim sejuk.

Jadi, bagi meringankan beban mereka, maka dibuka ruang untuk kita menderma dalam bentuk wang ringgit sebagaimana yang saya war-warkan pada sahabat-sahabat semua tadi. Sumbangan anda semua akan diuruskan oleh pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di bumi Jordan.

Antara barang-barang yang akan dibeli oleh mereka untuk warga Syria ialah :
1. Hiram (Selimut tebal dan berat - 6 hingga 8 KG)
2. Alat pemanas
3. Barang-barang keperluan yang lain.

Insya Allah bagi mereka yang berminat untuk menyumbang, anda bolehlah menyumbang dengan memasukkan ke dalam akaun seorang pelajar yang kini menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan
- Ammar Bin Roslan.
Akaun Maybank - 162085569279 (Setakat ini hanya akaun Maybank yang ada)

Akaun ini telah dikosongkan khas untuk sumbangan-sumbangan anda. Insya Allah sumbangan anda sepenuhnya akan digunakan untuk bantuan rakyat Syria ini. Untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi beliau di ammarbinroslan@gmail.com

Insya Allah setiap sen yang kita sumbangkan takkan sekalipun kita rugi. Ganjaran Allah pasti akan menanti di Syurga kelak. Menyumbanglah walaupun sedikit.

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." ( Al- Baqarah : 245 )
— dengan Akhy Mujahid.

http://fadir78.blogspot.com/

Friday, February 7, 2014

Terapi Air Putih


 Perintah dan larangan Rasul Pasti Bermanfaat bg Umatnya
Terapi Air Putih :

1. Anjuran Minum 2 gelas air setelah bangun tidur, Ternyata
dapat membersihkan organ-organ Internal

2. Minum segelas air, 30menit sebelum makan dapat mmbantu fungsi lambung

3. Minum Segelas air sebelum mandi, dapat menurunkan tekanan
darah seluruh pencernaan

4. Minum Segelas air Seblum tidur, Mencegah Stroke + Serangan
jantung

Subhanallah,

Islam Telah Mengatur Semuanya !

Insya Allah bermanfaat


http://fadir78.blogspot.com/