~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, June 28, 2013

Cameron Highlands...Termakbul juga hajat nak ke sini bersama anak2..

 Tengah bulan 6/2013 itu entah mcm mana lah tiba2 boleh pulak sepakat ngan Isteri nak datang kesini...Apa yang hebat nye perancangan dan kata putus nya hanya di ambil dalam 1 malam jer,....
  Kata putus di buat pada jam 9 malam pada 13/6/13 maka pada jam 7 pagi 14/6/2013 kami telah memulakan perjalanan menghala ke sini.....Kalau poket tengah berisi lebih...x payah nak buat perancangan lama2...nanti merapu ke lain pulak...
   Dari pukul 7 pagi hingga ke pukul 3 ptg baru kami sampai ke puncak ni...punya lah lama perjalananan..itu makna nye kami telah pun membazir bazirkan masa kami di sekitar perjalanan...singgah sana...singgah sini...Jalan-jalan cari makan lah katakan....
     Sampai2 pekara pertama yg perlu di bereskan ialah penginapan...apa lagi....agak cemas juga lah mencari nye...boleh dikata kan semua bilik hotel penuh...maklom lah musim cuti sekolah...hampir 1 jam setengah juga ambik masa nak cari bilik hotel musim2 cuti mcm ni...hotel banyak...Patut lah meriah tempat ni waktu musim cuti sekolah ni...
      Lepas magrib...pusing2 sekitar Tanah Rata....x ada apa yg menarik sangat...pekedai2 pun mula menamatkan operasi mereka... Alamakk...jadi mcm pekan koboi ke..??
     Rupa2 nye aktiviti  disini utk belah malam ada lah di Tapak pasar malam.....Ramai orang berpusu-pusu menghala ke pasar malam.....macam meriah jer....ermmm...terpikir jugek dari  jauh2 datang kesini x kan nak ke pasar malam jer....aduhh....X per lah...dari x dek apa2 langsung baik layan jer..mana tau kot2 ada yg menarik...Mcm biasa jer...x dek apa2 yg menarik sangat....standart pasar malam lah katakan....Beli barang makan dan minuman secukup nye untuk kami sekeluarga....Balik bilik makan sambil rehat2 layan tv...dan tidur....
       Hari kedua sebelom balik...pusing2 dan singgah mana tempat yang di rasakan menarik...Ladang Teh..Ladang strawberry..,Taman bunga...ermmm...Semua tempat ramai orang...

Pukul gambar dulu dengan keluarga kat Ladang Teh....Tengok lah si Adik ngan Si abang ni...Seronok semacam jer...

Bila ummi nak tumpang sekaki bergambar Semua buat muka.....heheheh

Bila Pukul gambar dengan Ayah....Semua nak manja2 ngan ayah....

 
Kat sini pun boleh lah nak bergambar....Cepat sikit snap..jap lagi nak balik...

Time2 ni se kecik ni lepas kan angin.....Pastu dia buat selambe jer....nyandar ngan abang dia....Ayah x boleh tahan bau dia...Potong stim nak bergambar....

Seronok betul si bujang ni bergambar.....pas dia...dia.....Ummi ngan ayah dapat cikit2 jer.....

Semua nye dia nak....ayah nak sikit....

Ok....pas ni jom kita balik....ni gambar lasst dari aku ngan pamili....memang x puas nak jalan waktu2 mcm ni..pasni kalau nak datang lagi kena cari masa yang betul2 sesuai....waktu yang kurang sibuk...tidak lah mcm pada kali ini...kerana utk jarak 1km ambik masa hampit 30 minit hingga 45 minit....
   Pembukaan hutan untuk menambah banyakan kebun2 mmg sangat sangat besar-besaran....akan tetapi untuk penambahbaikan lalu lintas agak mengecewakan....sama jer mcm 5-6 tahun dulu...mengapa pekara sebegini boleh di lepas pandang....sedangkan kawasan ini ada kawasan perlancongan yg sangat terkenal.....
    Begitu juga dengan harga barangan mentah seperti sayur-sayuran,buah-buahan, dan sebagai nya....harga yg di tawarkan tiada beza nya dari tempat lain...walaupun barangan dari tempat yg sama...
Oooooh...Cameron Highlands.....

http://fadir78.blogspot.com

Wednesday, June 26, 2013

Nafsu




Nafsu adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan. Walau bagaimanapun dengan latihan yang betul, ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.

http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, June 19, 2013

Kempen Derma & Menang

 Kempen Derma & Menang

Ayuh rakyat Malaysia sertai Kempen Derma & Menang anjuran Aman Palestin bagi tujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Caranya mudah sahaja:
1. Derma minima RM50 dan anda akan diberikan satu borang penyertaan.
2. Jawab lima soalan mudah di borang penyertaan.
3. Hantarkan semula borang beserta resit sumbangan ke mana-mana pejabat Aman Palestin di seluruh negara.

Di manakah hendak mendapatkan borang?
1. Ibu pejabat Aman Palestin di Bangi
2. Pejabat Pemasaran Aman Palestin di Bangi
3. Pejabat cawangan Aman Palestin di setiap negeri.

Hubungi talian berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut:

1. Ibu pejabat - 03-89267019
2. Cik Umieza - 018-2913501
http://fadir78.blogspot.com/

Tuesday, June 18, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


 
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 

http://fadir78.blogspot.com/

Sunday, June 16, 2013

Perubahan Yang Perlu di Kekalkan...

 Pada kebiasaannye bila nak gunting rambut Si Hero Kecik terpaksa lah ayah nye sekali akan berbungkus dalam kain anei kedai gunting ni ( beriba ) itu pun puas berpujuk...Kadang tu bukan  rambut yang di gunting jer berguguran...siap bersulam dengan air mata sekali...sambil di alun kan dengan alunan teresak-esak....hehehe

Tapi pada kali ini mood nya tersangat lah baik baik..mcm x pecaya jer dia berani...waaa..anak ayah dah besar dan berani....weldone....mcm ni lah anak ayah...

Tengok lah lentok dia...uncle Anei tu buat mcm mana pun dia cool dan ikut jer...x lasak2 dan nampak cemas pun...

 Harap2 lepas ni anak ayah x nangis2 lagi bila nak gunting rambut yerr...Senang hati ayah..

http://fadir78.blogspot.com

Monday, June 10, 2013

PERINGATAN BUAT ORANG YANG RUGI


PERINGATAN BUAT ORANG YANG RUGI

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Dalam surah ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa. Masa yang dimaksudkan ialah, kehidupan kita. Iaitu masa yang diberikan oleh Allah di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia.

Pada awal surah ini Allah menekankan, manusia itu (semuanya) dalam keadaan kerugian. Tidak kira siapapun, selagi dia bergelar manusia, dia berada dalam kerugian. Namun, Allah tidak berhenti setakat itu. Allah menjelaskan lagi, apakah ciri-ciri yang boleh mengelakkan diri daripada tergolong dalam golongan yang rugi.

Sebelum itu, golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah dia rugi. pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab. Na'uzubillah min zalik.

Ciri-Ciri Orang Yang Beruntung

Untuk mengelakkan hamba-Nya dalam kerugian, Allah Maha Pemurah telah memberikan ciri-ciri orang yang beruntung. Allah telah memberi kita dua jalan dalam menyelusuri alam ini. Iaitu Iman dan Kufur, kita boleh memilih mana-mana jalan yang kita sukai. Kitalah yang membuat pilihan apakah pengakhiran kita nanti berdasarkan jalan yang kita lalui.

01.Beriman. Dalam surah al-Asr, Allah mengatakan bahawa, semua manusia ialah orang yang rugi. Namun, Allah mengasingkan orang-orang yang beriman daripada sekalian manusia tadi. Selain daripada orang yang beriman, secara pasti mereka inilah orang yang rugi. Allah kecilkan skop pandangan kepada orang yang beriman. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan skop kepada ciri yang kedua.

02.Beramal soleh. Daripada kalangan orang yang beriman tadi, Allah mengasingkan lagi kepada golongan beriman dan beramal soleh. Adapun, yang tidak beramal soleh, mereka ini juga termasuk dalam golongan yang rugi walaupun mereka beriman. Dengan Iman sahaja tidak mencukupi untuk memenangi Syurga Allah yang lebih bernilai daripada segalanya di dunia ini.

Amal soleh ini juga perlu difahami secara jelas. Ramai yang beranggapan cukup sekadar solat, puasa, zakat, haji. Noktah. Inilah pengakhiran amal soleh bagi kebanyakan orang sekarang. Baik.. mari kita kaji, cukupkah empat (4) perkara tadi pelengkap sebagai orang yang beramal soleh?

Dalam kehidupan seharian, kita punyai 24 jam. Masa yang kita peruntukkan untuk solat beserta zikir dan doa, kira-kira 20 min setiap solat fardhu.

Keseluruhannya,

[20 min] X [5 solat] = 100 min = 1 jam 40 min.

Kemudian, ditambah dengan solat-solat sunat, zikir-zikir dan qiamulllail, kita andaikan dua (2) jam dalam sehari.

Dalam sehari,

[100 min solat fardhu] + [2 jam amalan-amalan sunat] = 3 jam 40 min.

Baik, bila dikira, berapa peratuskah amalan soleh kita dalam sehari?

[3 jam 40 min] / [24 jam] X 100% = 15.3%

Persoalannya, adakah ini dikatakan amal soleh? Adakah cukup dengan 15.3% dari kehidupan kita yang dikatakan amal soleh ini menjamin Syurga di akhirat kelak?

Tidak wahai saudaraku. Praktikal kita selama ini amat bertentangan dengan suruhan Allah 'azza wa jalla. Islam mengajar penganutnya untuk mengamalkan secara keseluruhan ajarannya dan kita tidak boleh mengambil separuh-separuh atau sebahagian daripada ajaran yang kita sukai sahaja.

Sudah pasti, keselurahan itu ialah 100%. Namun, dengan pengamalan kita selama ini, mana hilangnya 84.7% lagi daripada kehidupan kita? Adakah kita menyangka kita benar dan baik?

Berbalik kepada ayat 103, surah al-Kahfi, Allah kata mereka yang menyangka begini sebenarnya dalam kerugian. Balasan bagi orang yang rugi firman Allah,

"(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan." [al-Kahfi: 106]

Oleh itu, sebenarnya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya mengamalkan Islam secara 'total', 100%. Ini adalah semata-mata agar umat Islam bahagia dunia dan akhirat.

84.7% dari kehidupan kita tadi juga ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan panduan al-Quran. Solat, puasa dan lain-lain sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai orang yang beramal soleh. Untuk menjadi orang yang beramal soleh, 100%, seluruh kehidupan diatur dengan Islam.

Sebagai contoh, aurat. Aurat lelaki amat mudah, namun ada juga yang payah untuk patuh. Aurat wanita berbeza, amat unik kerana wanita ini amat mulia di sisi Islam.

Mereka dibaluti jubah bukan kerana fesyen tetapi kerana bernilainya susuk tubuh meraka. Bernilainya harga diri mereka. Mereka hanya untuk kerabat mereka sahaja. Mereka hanya selayaknya dilihat oleh suami mereka sahaja. Keindahan mereka tidak boleh dipertontonkan pada umum.

Berbalik kepada beramal soleh tadi. Sewajibnya, seluruh kehidupan kita diatur dengan Islam. Daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk ke tandas, hingga ke sebesar-besar perkara seperti pemerintahan negara.

Nabi S.A.W telah menunjukkan caranya mengikut Islam. Contoh yang lain, apabila kita berjual beli, hendaklah tiada unsur riba. Apabila bergaul dengan masyarakat, perlu ada batas lelaki dan wanita. Apabila kita bekerja, perlulah yang halal.

Apabila kita berjuang untuk Islam, sebenarnya kita berjuang untuk mendapatkan Syurga. Inilah jual beli kita dengan Allah. Begitu juga dengan sistem kehakiman, pendidikan, pemerintahan dan lain-lain. Semuanya wajib diatur dengan Islam, barulah dikatakan beramal soleh.

Di sini kita lihat, indah apabila semuanya diatur dengan Islam. Sejak mata dibuka di awal pagi, sehingga kita menutup mata kembali, semuanya diatur dengan Islam. Inilah golongan yang Allah golongkan sebagai orang yang beramal soleh. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan lagi skop pandangan orang yang beruntung.

03.Mengajak ke arah kebenaran. Apa itu kebenaran? Yang hakiki, pasti 100% ISLAM sahajalah yang benar. Islamlah satu-satunya kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, orang-orang yang tidak mengajak ke arah kebenaran walaupun mereka beriman dan beramal soleh tetap dikira rugi. Mungkin ramai yang menyedari kita perlu bersama-sama mengajak ke arah kebaikan. Namun, tidak semua yang berjaya memilih jalan yang betul. Ya, banyak kumpulan-kumpulan yang mengajak membuat kebaikan, tetapi, dalam yang banyak itu, yang manakah menuruti jalan Islam dengan benar? Mana satukah menuruti jalan Nabi S.A.W dengan benar?

Oleh itu, kita perlu bijak mengkaji dan memilih, kumpulan yang manakah yang boleh kita ikuti.

04.Mengajak dengan sabar. Ciri keempat inilah pelengkap. Orang-rang yang beriman, beramal soleh, ajak ke arah kebaikan dan dengan sabar, mereka inilah orang yang terkecuali daripada golongan yang rugi.

Inilah tafsiran surah al-Asr, surah yang amat singkat. Tafsiran yang masih banyak lagi lopongnya. Erti kata lain, ilmu Islam ini amat luas, sehinggakan tidak habis untuk kita pelajari. Saya mengajak diri saya sendiri, dan juga semua untuk sama-sama kita menghitung balik diri kita. Persoalkanlah dalam diri kita, apakah kita sudah beriman? Apakah kita sudah beramal soleh? Apakah kita sudah mengajak ke arah kebaikan dengan sabar?

Tanyalah diri kita. Tanyalah sebelum Mungkar dan Nakir yang amat kasar bertanya kepada kita. Tanyalah diri kita sebelum pintu rahmat Allah tertutup. Sayangilah keluarga kita. Kita pasti mahukan semua keluarga kita bersama-sama di Syurga.

Inilah kebahagian sebuah keluarga yang hakiki. Bertanya, Kemudian bertindak dengan cara apa jua. Ayuh bersama-sama menerapkan 100% Islam dalam kehidupan kita. Maksiat yang kita lakukan selama ini, sama-sama bertaubat. Larangan yang kita langgar selama ini, ayuh kita hentikan. Suruhan yang kita abaikan selama ini, ayuh kita laksanakan.

Sungguh benar kata Allah, Allah kurniakan dua jalan. Kita manusia berkuasa penuh memilih, jalan Iman mahupun ingkar. Tiada yang pertengahan. Tiada juga yang diistilahkan sederhana(moderate). Ketahuilah, Islam itu lengkap 100% tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada insan-insan yang kita sayangi dengan harapan, kita semua berjumpa di satu tempat yang sama, Syurga.

Allahuwa'lam


http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, June 6, 2013

MEMBELI SAMBIL BERAMAL...JOMM!!!





T - SYRIA | Bersama Perjuangan Rakyat Syria
SEMENANJUNG RM32 TERMASUK PENGHANTARAN | SABAH & SARAWAK RM35 TERMASUK PENGHANTARAN | READY STOK | SAIZ S-XXL

BERMINAT???
Sila emel: greenprojectsyria@gmail.com
atau MESSAGE di FB GREENPROJECT
atau SMS ke 019-2074151

Untuk pembelian sila berikan detail:
Nama Penuh / Size / Warna / Qty / Alamat / hp /
bukti pembayaran boleh emel ke: greenprojectsyria@gmail.com

Info untuk pembayaran:
Maybank
Azlan Bin Yunus
162245697291

CIMB
Azlan Bin Yunus
14260068675521

SEBAHAGIAN JUALAN AKAN DIDERMAKAN KE TABUNG BANTUAN SYRIA DIBAWAH KELOLAAN SYRIA CARE

atau yang ingin terus menderma, boleh menderma ke tabung SYRIA CARE
Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@Gmail.com
Akaun Maybank 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia



http://fadir78.blogspot.com/

Kekejaman SYIAH semakin Melampau....



 Ya Allah, musnahkan Bashar al Assad dan sekutu-sekutunya, kerana mereka telah melampaui batas. Ya Allah, pecahbelahkan pakatan mereka. Biarlah mereka ditelan laut seperti yang kau turunkan kepada Firaun. Ya Allah, biarlah bumi ini menelan mereka seperti mana bumi menelan kaum Nabi Lut! Turunkan malaikat-malaikat ke bumi Syam seperti yang kau turunkan semasa peperangan Badar, dan berikan kemenangan kepada Mujahidin! Semoga Islam tertegak di bumi mu Ya Allah.

Say Amiin.


 http://fadir78.blogspot.com/