~ MuTiArA kAtA
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Thursday, March 21, 2013
6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENGIKUT SUNNAH RASULLULAH
6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
1. AZAN DAN IQAMAT
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.
Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.
3. MENCUKUR RAMBUT BAYI
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.
http://fadir78.blogspot.com/
Wednesday, March 13, 2013
7 Makanan Cegah Batuk Dan Selsema
7 Makanan Cegah Batuk Dan Selsema
Cuaca yang tak menentu- sekejap panas, sekejap hujan ditambah pula dengan STRESS memang mudah sangat badan kita dihinggapi penyakit. sebab daya ketahanan / antibodi menjadi lemah.
Bersin dan Selsema
Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi karena ada partikel pengganggu dalam hidung anda. Hujung-hujung saraf di dalam hidung merangsang anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.
-
Penyebab lain adalah udara dingin atau sakit flu. Pada saat sakit
flu, banyak partikel asing di dalam hidung Anda sehingga memaksa hidung
merangsang bersin.
Yang perlu Anda tahu tentang bersin yaitu kecepatan udara saat Anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Disaat bersin Anda akan mengeluarkan sampai 100.000 butiran kecil lendir dan mikro organisma. Itu sebabnya, saat bersin sebaiknya Anda menutupi hidung dan mulut Anda kerana ia membahayakan orang lain.
Batuk
-
Sama seperti bersin, ketika Anda batuk bertujuan untuk mengusir zat
berbahaya dalam tubuh Anda. Jika bersin terjadi karena ada partikel
asing di hidung, maka batuk terjadi karena ada partikel atau zat asing
di dalam paru-paru atau tenggorokan. Tujuannya untuk membersihkan
paru-paru dari zat yang berbahaya saat saluran pernapasan mulai
terganggu. Batuk pula dapat membersihkan tenggorokan tetapi boleh
menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Sebaiknya ketika batuk,
Anda perlu menutupi mulut Anda.
1. SUP AYAM
slurrppp... makan panas2 Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
2. MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran anda atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, sekiranya anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, anda juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk
7. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.
http://fadir78.blogspot.com/
bahayanya 'parasitamol' takyohla amalkan...
bahayanya 'parasitamol'
takyohla amalkan...
BAHAYA!!PANADOL OH PANADOL....
Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa deman
atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan
kesihatan anda untuk pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana
pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.
Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya,
apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup
mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan
mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia
merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan
tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .
Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu
banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu
berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an
tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap
bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-
seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol
atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus kah) campurkan dengan air minuman pada
kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air
minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia
berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang
mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari
kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda
mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.
Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.
Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.
Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui
proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak
mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti
mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap
kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat
lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi
dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat
yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
## sebab itulah sy memilih perubatan alternatif sekarang...jaga diri..jaga family..hargai kesihatan...sama2 kita perbaiki kesilapan...
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, March 5, 2013
7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI''
7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI''
(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang
rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala
Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )
(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul
malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan
menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’
aim dan Ad Dailami).
(3). Melanggengkan Ber-Istighfar
“Barangsiapa melanggengkan
beristighfar niscaya Allah akan
mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan
rezki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah )
(4). Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka
berkah bacaan menghilangkan
kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya ( HR. AtTabrani )
(5). Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak
akan ditimpa kesempitan hidup
“(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan ,
bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah
Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai
Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua.
Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”
(7). Membaca Subhanallah
wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada
Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu
diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
http://fadir78.blogspot.com/
Monday, March 4, 2013
Niat Bersedakah
Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda, “Sungguh kasihan, sungguh
kasihan, sungguh kasihan.” Salah seorang Sahabat bertanya, “Siapa yang
kasihan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang sempat berjumpa
dengan orang tuanya, kedua-duanya, atau salah seorang di antara
keduanya, saat umur mereka sudah menua, namun tidak bisa membuatnya
masuk Surga.” (Riwayat Muslim)
Ada seseorang bertanya kepada
rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
ibuku telah meninggal dunia dan beliau belum sempat berwasiat namun aku
yakin kalau beliau sempat berbicara tentu beliau ingin bersedekah,
apakah beliau (ibuku) akan mendapatkan pahala jika aku bersedekah atas
namanya?” Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Benar.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Sekali-kali seorang anak tidak akan pernah
mampu untuk membalas jasa orangtuanya, Asbab merekalah kita dilahirka
dimuka bumi ini oleh Allah subhanahu wata’ala. dan orangtua dengan
tulus ikhlas merawat seorang anak, dua anak, bahkan sepuluh anak
sekalipun, sampai akhirnya semua anaknya menjadi orang yang sukses,
namun ketika keduanya sudah mulai tua, dan lemah,(jompo). Bagaimanakah
anak-anaknya??? Kita sendiri yang bisa menjawabnya…
Semoga kita bisa membahagiakan orangtua kita di Dunia & akhirat…
___________________________
• MARI JADI ORANG BAIK •
• JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •
http://fadir78.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)