~ MuTiArA kAtA
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Tuesday, January 22, 2013
Tuesday, January 15, 2013
BETAPA LUASNYA NERAKA ITU
BETAPA LUASNYA NERAKA ITU.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh Nabi SAW : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya.'
Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'
Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati
penduduk bumi karena panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah
dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yg lebih
bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW : 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibril :
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibril diam sejenak....segan pada Rasulullah SAW, sehingga
ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali
dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai').
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua......Wallahua ' lam.
Al-Quran Surat Al- Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Sumber : Islamic Motivation
http://fadir78.blogspot.com/
Amalan Memurahkan Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki
yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk
memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca
kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat
hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku
akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar
adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang
menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu
Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa
yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga
bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah
buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala,
at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan
kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua
hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti
hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang
berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka
hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah .
Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih
(dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan
daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar
nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas
r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan
bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya
dimakbulkan Allah
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat
Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam
hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti
pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat
al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah
at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap
kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan
kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha
Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa
menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan
mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah
suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih
dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan
yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang
dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak
dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik
dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi
rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin
al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan
yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek
kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini
menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya
dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
http://fadir78.blogspot.com/
Orang yg dipilih oleh Allah utk memandikan Nabi Muhammad SAW.
Orang yg dipilih oleh Allah utk memandikan Nabi Muhammad SAW.
1. Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)
2. Saiyidina Ali r.a. (menggosokkan tubuh Rasulullah SAW)
3. Al Fadhol bin Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)
4. Khodom bin Al Abas (membalik2 kan tubuh Rasulullah SAW)
5. Syakron iaitu hamba kpd Rasulullah SAW (menjiruskan air ke tubuh Rasulullah SAW)
6. Usamah bin Zaid (menjiruskan air ke tubuh Rasulullah SAW)
7. Aus bin Khauli (menyandarkan tubuh Rasulullah SAW ke dadanya)
Rasulullah SAW manusia yg dimandikan dgn berjubah. Xboleh buka jubahnya. Mulianya manusia bernama Muhammad SAW.
Mereka mengkafankan jasad Rasulullah SAW dgn 3 lapis kain kafan berwarna putih tenunan dari Yaman.
Disaat pengkebumian nya berlaku ikhtilaf, ada sahabat suruh simpan di
mekah, ada sahabat suruh simpan di masjidil aqsa. Lalu Abi Bakrin r.a.
berkata Rasulullah pernah berkata tidak dimatikan mana2 Nabi kecuali di
tempat itulah dia disemadikan. Selesai masalah.
Maka sahabat bernama Abu Talhah terus angkat tempat tidur Rasulullah SAW dan menggali lubang sebagai kubur berliang lahad.
Lalu mereka menunaikan solat jenazah Rasulullah SAW tanpa imam.
Masing2 masuk solat. Golongan pertama yg masuk solat jenazah adalah kaum
keluarga terdekat Rasulullah SAW. Seterusnya Golongan kaum muhajirin
serta Golongan Ansar yg terakhir.
Semuanya dilakukan sehari suntuk pada hari selasa sehingga malam hari rabu. Nabi wafat hari isnin nabi simpan hari rabu.
Inilah Kisah manusia yg paling mulia di atas muka bumi meninggalkan
kita. Semoga kita dapat berjumpa Nabi SAW di hari akhirat. Allahumma
solli ala Muhammad. InsyaAllah.
http://fadir78.blogspot.com/
AZAB WANITA & LELAKI YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
AZAB WANITA & LELAKI YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
1. Enam siksaan semasa di dunia
-Umur tidak diberkati,
hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan Rezeki tidak diberkati
Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh Tiada mendapat
bahagian dari doa orang-orang yang soleh...Tiap-tiap amalannya tidak
diterima oleh Allah Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh
Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
Mati dalam keadaan sangat hina,
tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut,
ia tidak dapat menghilangkan dahaganya Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan
tulang rusuk kiri dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat
bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari
neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan,
dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai
dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai
tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan
menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita
memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut.
Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita
masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka. ♥ ♥
http://fadir78.blogspot.com/
Rutin harian Askar Bashar..Syiah Laknatullah...
Inilah rutin harian askar Bashar, dan inilah juga agama mereka Syiah*#$*.
Sekarang baru aku tahu kenapa mereka amat kejam dan zalim membunuh saudara-saudara aku di Syria!!!
Sekarang baru aku tahu kenapa mereka amat kejam dan zalim membunuh saudara-saudara aku di Syria!!!
http://fadir78.blogspot.com/
Monday, January 7, 2013
KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca
selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya
bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku
sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang
dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang
untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-
mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.
http://fadir78.blogspot.com/
Wednesday, January 2, 2013
Dendam kesumat tentera Syiah Assad kepada Muslim Sunni di Syria
Sebelum ini kita sering di tayangkan,terbaca ataupun melihat kekejaman,kebiadapan dan keburukan tentera Amerika / Britain/dan Yahudi melakukkan keganasan kepada masyarakat Dunia seperti di Negara Iraq,Afghanistan,Bosnia mahupun Paslestin...akan tetapi untuk kali ini sesama warganegara telah bersengketa melalui peperangan sehingga mereka di perlakukan sedimikian rupa....
Perbezaan peperangan ini juga sangat2 berkait rapat di dalam peganggan agama yang di anuti walaupun ianya sangat2 di nafikan oleh sebelah pihak yang berniat jahat dengan mencipta alasan bahawa mereka menentang pemberontak..Sedangkan mereka sebenarnya memang sudah merancang sejak berpulahan tahun lagi untuk meghapus kan Bangsa yang berbeza fahaman dari mereka...
http://fadir78.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)