~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, March 27, 2012

SIAPA YANG KEJAM

 Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

~Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,
...
“Akulah orang yang paling kejam”,

~Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

~Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

1)Perempuan itu adalah Palestin.

2)Lelaki pertama ialah Israel.

3)Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

4) Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..

sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri.
 mfab :))

Thursday, March 22, 2012

 
Pesan kat adik beradik, kalau mak ayah kita meniggal, jangan biarkan orang lain ...yg urus jenazah mak ayah kita..biar adik beradik kita sendri yg uruskan..bukan kita tak pandai, tapi kita malas nak belajar..solat jenazah kalau bljar 5 minit pun tak sampai.. tapi kalau diploma,3tahun belajar boleh pulak..

kita tak malu ke kalau orang2 lain tahu aib mak ayah kita masa mandi??
cuba bayangkan..kita anggap benda ni benda kecik, sebab tu kita tak ambik berat..
cuba tanya mak ayah, kalau boleh sape nak uruskan kalau mak yah meniggal??
mesti diorang jawab, "anak2"...

bila mak ayah meniggal, mula la kite telefon pihak masjid,panggil org kampung nak suruh urus jenazah..padahal benda tu kite pun boleh buat..sia2 je kalau belajar sampai dapat PHD tapi org lain yg mandikan jenazah mak ayah kite, sia2 je ada ijazah, tapi org lain kafankan jenazah mak ayah kite..sia2 je blajar sampai UK, tapi org lain yg imamkan jenazah mak ayah kite..

renung2kan..inilah kali terakhir kita bertanggungjawab utk mak ayah kite.

*Admin pun masih jahil mengenai ini.. :'(
 mfab :))

Wednesday, March 21, 2012

PETUA KALAU DI UGUT KELUARKAN DUIT DI BANK

 
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

 mfab :))

KONGSI


"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab



mfab :))