~ MuTiArA kAtA
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Wednesday, September 29, 2010
UDANG GALAH SUNGAI PAHANG
Pada gambar yg dipostkan oleh aku sebelum ini, aku ke sungai timun Rembau Nogori Sombilan utk mencari udang galah sungai..tapi apakan daya x dapat sbb sampai dah lewat petang...nelayan udang dah lama naik ke darat..udang nyer pun dah abis kena beli ngan peraih...mungkin belum rezeki aku lagi lah nak makan udang dari sungai timun...maka terpaksa lah aku mengantikan dengan udang galah ternak yg ada di jual di pasar2 malam...lepaskan kempunan kata org dulu2..
Kali ini aku balik ke tempat asal aku Temerloh,pahang..untuk mencuba nasib..Alhamdulilah mmg rezeki aku...kerana aku balik pada musim udang tengah banyak...dapat lah aku makan udang original dari sungai...udang nyer pun besar dan segar2...Udang galah segar ini harga nya sekilo rm30 ..tapi agak puashati kerana udang nya besar2 dan original sungai punya...bukan yg di ternak atau udang kolam...
Udang galah ini biasanya boleh di dapati hanya pada hari ahad setiap minggu di pekan sehari di temerloh...biasanya penduduk di sekitar daerah temerloh akan berjual hasil2 pertanian,perikanan dan bermacam macam lagi lah pada hari ahad tersebut....
Sungai ini lah banyak memberikan rezeki kepada sebilangan penduduk temerloh terutamanyer kepada penduduk yg berhampiran dengan sungai ini...kebanyakan nya kampong2 boleh di lihat di persisir sungai ini....kebiasaanya penduduk2 yg tinggal berhampiran dengan sungai ini menjadi kan sungai ini sebahagian dari punca pendapatan mereka...ada di antara nya menternak ikan sangkar. Contoh nya ikan patin sangkar,ikan talapia sangkar,ikan baung sangkar dan ikan lampam sangkar...manakala yg lain pula mencari hasil sungai dengan menjaring,menajur,menahan bubu,aral,tajur,dan juga memancing...
Kebiasaan nya hasil2 ini lah akan mereka jual pada setiap hari minggu di pekan sari ..oleh sebab tu lah di pasar pekan sari agak kelihatan unik kerana pelbagai spesis ikan2 sungai boleh di dapati dengan pelbagai saiz..
Para pembaca di jemput ke pasar pekan sari utk melihat keadaan yg sebenar nya...
DETIK2 PERTEMUAN DENGAN SAHABAT2 TEMERLOH UNITED
"Tak kenal maka tak cinta cinta... "Itu lah peribahasa yg sepadan di ungkapkan dengan sesuatu perhubungan..Dari perkenalan dan bersembang di pelantar alam maya Facebook Temerloh united tak puas rasa nyer kalau tidak bertentang mata...maka 1 perjumpaan telah di aturkan utk merealisasikan kehendak jiwa sahabat2 ini....
Petang yg di janjikan telah tiba...maka bertentang mata lah sahabat2 ini....mmg tidak di duga walaupun pertemuan baru kali pertama akan tetapi suasana nyer mcm dah kenal lama sahaja ada sahaja cerita dan kaletah nyer....kata org mmg x kering gusi lah di buat nyer...
SYABBAS RODONG RODONG....( DALAM LOGHAT TEMERLOH )
mfab :))
Subscribe to:
Posts (Atom)