Monday, October 28, 2013

Harapkan pagar...Pagar makan padi...

 
 Ini lah muka warga Asing yang bersusah payah datang ke Malaysia untuk mencari rezeki entah datang dari Negara mana2 tetapi apabila sampai di Negara ini mula lupa diri dan tidak menghargai apa kelonggaran dan jasa baik Negara Malaysia telah berikan....Dengan asal nya tidak mempunyai apa dokumen yang sah...mula memiliki kad pengenalan palsu...lepas tu memohon kerja dengan syarikat keselamatan yang mana mungkin sangat longgar syarat penerimaan kemasukan pekerja...yang mana mungkin mengutamakan hanya kepada fizikal badan sahaja....Mungkin kerana pandai bodek si lahabau ni boleh pulak diterima dengan memengang lesen senajata api....memang bertuah si Lahabau ni....boleh kata saat2 yang tunggu si Lahabau ini telah sampai ke kemuncak nya....maka di satu petang berlaku lah satu kejadian yang sangat2 menyayat hati dan sangat2 tidak di duga oleh kebanyakan orang....lebih2 lagi Rakyat Malaysia...
 Ardi Hamza, Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank Subang Jaya.

Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan motorsikal.

 
Ardi mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat, Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada di dalam sistem mereka dan dipercayai palsu. Ardi didapati berasal dari Sulawesi, Indonesia, dan berada di negara ini dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak dua tahun lalu.

Jumlah wang yang dirompak oleh Ardi ialah RM 450,000 dan setakat hari ini Ardi masih bebas dan dipercayai masih memiliki pump-gun yang digunakan untuk membunuh Norazita. Tiga orang ahli keluarga Ardi, dua orang lelaki yang juga bekerja sebagai pegawai keselamatan dan seorang wanita dipercayai isteri suspek telah ditahan reman oleh polis, dipercayai bersubahat dengan beliau memandangkan suspek ada meninggalkan wang berjumlah RM 30,000 kepada wanita tersebut.

Mereka yang terserempak, nampak atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.
 
 Mewah betuii lahabau ni bila jadi pak guard
Didoa kan supaya si Lahabau ini segera di berkas dan di hadapakan ke muka pengadilan...dan menerima hukuman yang seberat-berat nya.....
http://fadir78.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment