Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Ini lah muka warga Asing yang bersusah payah datang ke Malaysia untuk mencari rezeki entah datang dari Negara mana2 tetapi apabila sampai di Negara ini mula lupa diri dan tidak menghargai apa kelonggaran dan jasa baik Negara Malaysia telah berikan....Dengan asal nya tidak mempunyai apa dokumen yang sah...mula memiliki kad pengenalan palsu...lepas tu memohon kerja dengan syarikat keselamatan yang mana mungkin sangat longgar syarat penerimaan kemasukan pekerja...yang mana mungkin mengutamakan hanya kepada fizikal badan sahaja....Mungkin kerana pandai bodek si lahabau ni boleh pulak diterima dengan memengang lesen senajata api....memang bertuah si Lahabau ni....boleh kata saat2 yang tunggu si Lahabau ini telah sampai ke kemuncak nya....maka di satu petang berlaku lah satu kejadian yang sangat2 menyayat hati dan sangat2 tidak di duga oleh kebanyakan orang....lebih2 lagi Rakyat Malaysia...
Ardi Hamza, Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank Subang Jaya.
Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37,
telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan
sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal
keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk
mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang
dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil
sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan
motorsikal.
Ardi mempunyai kad pengenalan
warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat, Jalan
Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah. Pihak polis mendapati nama dan kad
pengenalan pengawal itu tidak ada di dalam sistem mereka dan dipercayai
palsu. Ardi didapati berasal dari Sulawesi, Indonesia, dan berada di
negara ini dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak dua tahun lalu.
Jumlah wang yang dirompak oleh Ardi ialah RM 450,000 dan setakat hari
ini Ardi masih bebas dan dipercayai masih memiliki pump-gun yang
digunakan untuk membunuh Norazita. Tiga orang ahli keluarga Ardi, dua
orang lelaki yang juga bekerja sebagai pegawai keselamatan dan seorang
wanita dipercayai isteri suspek telah ditahan reman oleh polis,
dipercayai bersubahat dengan beliau memandangkan suspek ada meninggalkan
wang berjumlah RM 30,000 kepada wanita tersebut.
Mereka yang
terserempak, nampak atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta
melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline
03-20529999.
Mewah betuii lahabau ni bila jadi pak guard
Didoa kan supaya si Lahabau ini segera di berkas dan di hadapakan ke muka pengadilan...dan menerima hukuman yang seberat-berat nya.....
No comments:
Post a Comment