Petua Rasulullah s.a.w.
Untuk Mencapai Doa Mustajab
1. Anas Bin Malik meriwaya...tkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia
setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman:
Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan
sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang
yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa
ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu
ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas
meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran
ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan
tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar
ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana
sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar
keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan
syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah
Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa
yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau
berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan
mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata
Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda,
sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala
hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadith dari Abu Hurairah,
Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak
terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak
dimakbulkan.”
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah
memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari
Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya
dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia
akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
No comments:
Post a Comment