Tuesday, April 24, 2012

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun sebagai pemimpin dunia yang suci dan agung, namun Baginda begitu bersederhana dalam cara pemakaian dan kehidupan bagi seorang insan yang bergelar

Pakaian


■Menyukai warna hijau dan putih.

...
■Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammemakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
■Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamadalah ‘qamis;.
■Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas.
■Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
■Baginda sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah.
■Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis.
■Kemeja mengenakan kancing baju.
■Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya.
■Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma.
■Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja.
■Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba.
■Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya.
■Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya.
■Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian.
■Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
■Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang.
■Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
■Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam).
■Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”. ■Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
■Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.

- Contohi la Sunnah Rasullulah s.a.w sebaik2nya ~
 


mfab :))

No comments:

Post a Comment