Thursday, August 14, 2014

Salah Tafsir,Salah Sangka dan Salah Faham


Assalamualaikum..... & Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...

Hari ini Aku nak bukak tajuk @ topik baru pulak yg berkisarkan dengan hal 2 dalam kehidupan seharian kita....Kadang2 pekara yg berlaku dlm kehidupan seharian kita ini langsung kita tidak ambil berat kerana menganggap ianya nya tidak lah sepenting mana....akan tetapi apabila ia timbul/ berlaku @ kena pada batang hidung sendiri baru lah tau langit tu tinggi ke rendah...hahaha....Itu lah...jangan main2 dengan pekara yg remeh temeh ni...
Aku nak Label kan topik baru aku kali ni  ~ aKu NaK mEmBeBeL ~ ok ?? ok lah kan...



Zaman sekarang kita selalu di hidangkan dengan siaran drama TV yg selalu memaparkan kisah2 yg berlaku dalam kehidupan seharian kita....boleh di katakan mmg ramai yang tidak melepaskan peluang pada setiap hari Isnin - Khamis dari jam 7 pm - 8 pm di saluran TV3...hehehe
Cerita apa ekk sekarang ni...14/8/2014


Mesti cerita kat gambar atas ni kan....Boleh lewat solat Magrib kalau layan cerita ni....hehehe..kantoii !!
Kalau boleh jangan lah leka sangat...Dahulukan lah pekara yang baik2 iyer...

Baik lah kembali kepada tujuan asal tajuk ini di ketengahkan adalah utk periangatan dan panduan utk diri aku dan korang semua...Kerana kebanyakkan nya dalam kehidupan seharian kita,kita sering memandang pekara yang remeh ini sambil lalu sahaja...sedangkan apabila ia di kaji dan di fikirkan ianya akan menjadi barah dan akan memburukan keadaan lagi kepada kita,keluarga kita dan juga orang2 di sekeliling kita...Lebih2 lagi kepada yg sudah berkeluarga..

Baik lah apa yg aku nak tekan kat sini ialah sekiranya sering berlaku pekara yg sering menimbulkan permasalahan dengan orang di sekeliling kita terutamanya pasangan suami isteri maka bersegera lah mengenal pasti di mana punca nya....dan selesesaikan lah sebaik2 nya melalui rundingan yg membawa kepada situasi menang-menang...
Amat lah tidak berbaloi sekiranya ia tidak dapat di perbetulkan dan di perbaikkan jika ia nya berlaku di sebabkan oleh hanya kerana Salah Tafsir,Salah Sangka dan Salah Faham..

 http://fadir78.blogspot.com

No comments:

Post a Comment