Tuesday, August 19, 2014

Renung2 kan



Assalammualaikum. .
Tazkirah harini..

Suatu hari, aku bertanya kepada guru
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurn a dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, karena aku pikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru sedar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Karena sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."
• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..

 http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, August 14, 2014

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG




Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.
- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil
500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

 http://fadir78.blogspot.com/

Balasan Pembunuh


Alhamdulilah...
Selesai sudah kes ini semoga pelaku ini insaf dan bertaubat sebelum hukuman gantung sampai mati di laksanakan..
kes ini memamng mengejutkan negara pada suatu ketika dahulu...

 La Ode dihukum gantung sampai mati
August 14, 2014 i

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013


Kes ini pernak aku past kan sebelom ini 

 
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5464301314050107008#editor/target=post;postID=7110387226748028720;onPublishedMenu=posts;onClosedMenu=posts;postNum=1;src=postname

http://fadir78.blogspot.com/

Salah Tafsir,Salah Sangka dan Salah Faham


Assalamualaikum..... & Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...

Hari ini Aku nak bukak tajuk @ topik baru pulak yg berkisarkan dengan hal 2 dalam kehidupan seharian kita....Kadang2 pekara yg berlaku dlm kehidupan seharian kita ini langsung kita tidak ambil berat kerana menganggap ianya nya tidak lah sepenting mana....akan tetapi apabila ia timbul/ berlaku @ kena pada batang hidung sendiri baru lah tau langit tu tinggi ke rendah...hahaha....Itu lah...jangan main2 dengan pekara yg remeh temeh ni...
Aku nak Label kan topik baru aku kali ni  ~ aKu NaK mEmBeBeL ~ ok ?? ok lah kan...



Zaman sekarang kita selalu di hidangkan dengan siaran drama TV yg selalu memaparkan kisah2 yg berlaku dalam kehidupan seharian kita....boleh di katakan mmg ramai yang tidak melepaskan peluang pada setiap hari Isnin - Khamis dari jam 7 pm - 8 pm di saluran TV3...hehehe
Cerita apa ekk sekarang ni...14/8/2014


Mesti cerita kat gambar atas ni kan....Boleh lewat solat Magrib kalau layan cerita ni....hehehe..kantoii !!
Kalau boleh jangan lah leka sangat...Dahulukan lah pekara yang baik2 iyer...

Baik lah kembali kepada tujuan asal tajuk ini di ketengahkan adalah utk periangatan dan panduan utk diri aku dan korang semua...Kerana kebanyakkan nya dalam kehidupan seharian kita,kita sering memandang pekara yang remeh ini sambil lalu sahaja...sedangkan apabila ia di kaji dan di fikirkan ianya akan menjadi barah dan akan memburukan keadaan lagi kepada kita,keluarga kita dan juga orang2 di sekeliling kita...Lebih2 lagi kepada yg sudah berkeluarga..

Baik lah apa yg aku nak tekan kat sini ialah sekiranya sering berlaku pekara yg sering menimbulkan permasalahan dengan orang di sekeliling kita terutamanya pasangan suami isteri maka bersegera lah mengenal pasti di mana punca nya....dan selesesaikan lah sebaik2 nya melalui rundingan yg membawa kepada situasi menang-menang...
Amat lah tidak berbaloi sekiranya ia tidak dapat di perbetulkan dan di perbaikkan jika ia nya berlaku di sebabkan oleh hanya kerana Salah Tafsir,Salah Sangka dan Salah Faham..

 http://fadir78.blogspot.com

Wednesday, August 13, 2014

Batook Ori




 Assalamualaikum.. Mudah cara pakai... Cuma sapu saja.. sapu saja... sapu saja...Tak perlu minum.. Batuk, selsema, sakit perut, senak perut,pening kepala, sakit urat, sendi, dan otot, PEDIH ULU HATI, perut kembung, dan gatal2 di Bulan puasa ni.. Tak perlu makan ubat. Cuma sapu saja di tempat yg perlu...Sesuai digunakan oleh baby dari peringkat umur 2 bulan sehingga warga tua.. TIDAK PERLU MAKAN, SAPU SAHAJA... KITA PERLU BERUSAHA, ALLAH PEMYEMBUHNYA,!!!
Untuk pesanan, sila hubungi ejen berikut :Sms @ Whatshaps                012-6212786 Fieza



http://fadir78.blogspot.com/

Qaseh gold


Setiap bulan Anda ambil Emergency Leave (EL) kerana anak anak demam? Prestasi kerja menurun kerana fikirkan kesihatan anak anak ?

Adakah ANAK anda:
- kerap demam - kerap batuk - Sakit kepala
- kerap selesema - kerap berulang ke klinik - lesu dan lemah
- tidak gembira - Hidung sering tersumbat - Pernafasan tersekat
- Kerap bersin - Gatal hidung dan bahagian muka
- Hidung dan mata berair - Hilang selera makan
- Anak anda sering sembelit - Anak anda picky eater
- Anak anda sering sakit/batuk/selsema

- Anda terlalu kurus - yang tidak suka makan sayur - yang sukar makan ubat - yang suka makan makanan segera/makanan rapu

Maka ANAK anda patut makan Qaseh Junior. Kenapa?

Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda' dan air Zam Zam. Dipekayakan juga dgn Bayam, Kismis dan Badam/Almond InsyaAllah membantu :

- menguatkan antibodi anak agar sukar jatuh sakit - mencergaskan badan dan mencergaskan otak - membekalkan serat dan seterusnya dapat melawaskan pembuangan dan menyokong tumbesaran. Insya Allah


       Berminat :SMS / WHATSHAPS - 012 6212786 - Fieza
 

http://fadir78.blogspot.com/

Tuesday, August 12, 2014

Jiwa Mereka


Kebangkitan rakyat Palestin pada kali ini untuk mempetahankan bumi mereka dari di jajahi oleh rejim Zionis adalah sangat2 tidak terduga oleh pihak zionis..Apa tidak nya boleh dikatakan setiap tubuh yang bernyawa di bumi Palestin semua nya berdiri teguh utk mempertahan bumi Palestin dari di jajah oleh Zionis tanpa mengira lelaki atau perempuan,golongan dewasa atau kanak-kanak

 Mereka bangkit setelah sekian lama mereka di perlakukan di zalimi oleh rejim zionis yang sangat kejam dan tidak berhati perut...Namun kebangkitan di kali ini adalah satu kebangkitan yang sangat menggerunkan dan membuka mata musuh mereka...ini kerana kebangkitan kali ini turut di lapisi oleh setiap penduduk tanpa mengira jantina dan umur..

 Apa yg ingin di tegas kan disini bahawa mereka ini  bukan lah di pergunakan mahupun utk mendapat kan upah demi sesuap nasi akan tetapi kahadiran mereka ini adalah demi mempertahan kan maruah dan tanah air mereka dari di rampas oleh Kaum Yahudi dan apa yang lagi hebat utk membuatkan mereka sama2 berjuang ada lah mereka ingin memburu syahid seperti apa yg di janjikan oleh Allah SWT...Ini lah kelebihan nya Islam !!

 Kaum Hawa Palestin
 

Mereka bersunguh sunguh dalam mempertahankan tanah air dan agama islam mereka dari di jajahi oleh rejim Zionis tanpa tanpa sedikit pun ada perasaan gentar..Mereka berjuang kerana Allah....Mereka berjuang kerana musuh Allah...
 Kaum Hawa Palestin

 Mereka benar2 di zalimi...mereka benar2 di tindas...mana tidak nya mungkin si ibu gambar di atas ini telah tiada sesiapa lagi dalam keluarga nya...anak2 dan suami nya mungkin telah terkorban oleh serangan2 Zionis sebelum ini..Mereka di Bom..,di Tembak mahupun di seksa hingga mati...
Yang pergi tetap pergi akan tetap Mana yg hidup mereka bangkit selagi terdaya demi mempertahankan tanah air mereka....

Kaum Hawa Tentera Yahudi


Perbezaaan tentera yahudi yg mana penyertaaan mereka di dalam pasukan tentera zionis tidak tau hala tuju.ini mungkin mereka tidak menyangka negara mereka boleh terjebak ke kancah peperangan yg sebegini dan mereka pula terpaksa di jadi korban di benteng hadapan utk perperangan ini..Mereka juga sangat2 tidak besedia utk menghadapi perperang yg sebegini rupa..Ini mungkin kerana meraka tidak di janjikan oleh pemimpin mereka bahawa peperangan  kali ini tidak melibatkan mereka...Meraka tiada jiwa...Mereka sedang takut !!..

http://fadir78.blogspot.com/

Friday, August 8, 2014

SOLAT JAMAK



Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

 http://fadir78.blogspot.com/

7 PERINGKAT NAFSU YANG WAJIB DIKETAHUI



(1) NAFSU AMMARAH – Nafsu di tahap paling rendah dan jahat. Yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

(2) NAFSU LAWWAMAH – Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.

(3) NAFSU MULHAMAH - Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.

(4) NAFSU MUTHMAINNAH - Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat. Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.

(5) NAFSU RADHIAH – Nafsu yang menerima dengan rela apa saja ketetapan dari Allah sama ada hukum-hakam dan syariat Allah.

(6) NAFSU MARDHIAH – Kedudukan mereka redha-meredhai, Allah redha ke atas mereka dan mereka redha kepada Allah.

(7) NAFSU KAMILAH – Nafsu yang sempurna, keinginan hanya kepada Allah semata-mata. Nafsu ini dimiliki oleh para Rasul dan Nabi.

Marilah kita bersama muhasabah diri.
Wallahu'alam

- Share

 http://fadir78.blogspot.com/