Thursday, July 10, 2014
Bermula nya disini dan berakhir nya di tempat kita..
Tersebut Al kisah Iskandar Zulkarnain dan tentera nya yang terpaksa mengharungi terowang yang amat gelap dan panjang....Langsung tiada api dan cahaya untuk menyuluh...Sewaktu di dalam perjalanan mereka terpaksa memijak batu-batu yang begitu banyak beteraburan disepanjang terowong yang gelap itu.. Ramai yang mengatakan bahawa terowong ini sangat kaya dengan pelbagai emas dan berlian...Apalagi ...maka ramai lah yang mula mengutip batu2 tersebut hingga kan penuh di tangan.Ada yang mengunankan baju untuk di jadikan pemegang batu2 tersebut.
Setelah sekian lama berjalan di dalam keadaan yang gelap gelita itu,mereka mula merasa semakin penat ,lalu ada di antara mereka mula melepaskan batu2 yang mereka bawa tadi...Setelah sekian lama berjalan..Akhir nya mereka mula nampak sinar2 di hujung terowong,dalam keadaan samar2 itu,ada di antara mereka telah melihat batu2 yang mereka bawa itu adalah betul2 emas dan berlian..
Oleh itu Ada di antara meraka yang minta kebenaran Iskandar Zurkanain utk berpatah balik ke tangah2 terowong utk mendapatkan batu2 itu semula..Namun tidak di benarkan oleh Iskandar Zurkanain.
Setelah mereka telah keluar dari terowong maka timbul lah perasaan penyesalan yang amat hebat dirasai oleh tentera2 Iskandar Zurkanain.
Semua nya menyesal,tiada seorang pun yg tidak menyesal..
1. Paling menyesal ialah orang yg tidak mempecayai lansungakan tentang itu..,Tiada langsung emas dan berlian yg di bawa..walaupun mereka telah pun di bepeluang...
2. Yang membawa sedikit pun menyesal."kenapalah aku hanya bawa penuh tangan sahaja ,aku sepatutnya gunakan baju,kain dan sebagai nya utk angkut emas dan berlian itu tadi"
3. Yang penuh di baju pun turut menyesal .."Aku sepatut nya pinjam kain2 dari orang lain,dan aku patut guna mulut utk angkut emas dan sebagai nya...
4. Yang paling menyesal ialah meraka yg mula2 pecaya ,Tetapi apabila di separuh jalan telah di lepaskan batu2 itu kerana tidak yakin,letih dan malas.
Begitu lah gambaran yang sebenarnya penyesalan kita apa bila sampai di alam AKHIRAT.
Semua nya akan menyesal,Tiada yg akan terkecuali..
Ketika sakaratul maut,kita semua akan di nampakan gambaran di mana nasib kita di akhirat nanti.
Ketika itu roh kita kan meronta ronta tidak mahu meninggalkan dunia ini jikalau gambaran yg tidak baik di berikan ,seperti mana mereka yg meronta ronta utk kembali ketengah terowong utk mendapatkan kembali batu2 seperti dalam cerita asal tadi..akan tetapi apabila roh telah berada di Halqom semua nya sudah terlambat...
Apabila sampai di alam AKHIRAT semua nya akan menyesal...Yang soleh dan solehah pun akan menyesal kerana masa yg berlalu tanpa di manfaatkan utk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yg lebih tinggi lagi..
Yang kadang2 soleh yang kadang2 menentang Allah lagi lah mensyesal ,ada amalan,tetapi sedikit..,dosa sahaja yg menimbun...
Orang2 kafir lah yg paling menyesal ,Terutama kepada mereka yg sudah mendapat seru ,faham pasal islam ,akan tetapi pilih utk tidak beriman oleh kerana ego,pangkat,harta dan sebagai nya...
Orang yg asal nya islam tetapi telah meniggalkan agama islam lagi lah menyesal nya ,Seperti mereka yg mula2 kutip batu ,tapi melepaskan di pertengahan jalan,...Di Akhirat nanti meraka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat,Diceritakan penyesalan mereka di dalam surah Al Sajadah,Ahli neraka merayu2 kepada Allah " Wahai tuhanku ,sesungguh nya kami telah lihat dan dengar tentang kedasyatan Akhirat ,kembalikan lah kami ke dunia utk beramal soleh,sesungguh nya kami telah benar2 yakin.."
http://fadir78.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment