Wednesday, April 9, 2014
Sekiranya kita mengalami rezeki tersangkut-sangkut. Rasa-rasa macam dah nak dapat tapi akhirnya tak dapat.
Salah sorang guru saya berkongsi apakah kemungkinan punca-punca menyebab rezeki tersangkut iaitu.
1. Hubungan anda dengan Allah
2. Hubungan anda dengan mak ayah.
3. Hutang anda dengan orang lain. Selesaikan, sekiranya tidak mampu mohon maaf dan berjanji untuk bayar ikut kemampuan berperingkat-peringkat.
4. Hutang orang lain dengan anda. Halalkan, hilangkan dendam. Tetapi tidak perlu beritahu kepada orang yang berhutang, sekiranya meraka hendak bayar, itu rezeki anda.
5. Dendam dengan orang lain dan dendam orang lain terhadap anda. Mohon maaf dan memaafkan.
6. Janji anda tidak ditunaikan. Tunaikanlah.
7. Kurang memberi dan bersyukur. Bersedekahlah setiap hari, walaupun sedikit.Banyakkan bersujud dan amalan2 sunat.
Semoga kita bersama sama memperolehi nya....in sha Allah...
http://fadir78.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment