~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, November 11, 2013

SeDiKiT PuN CuKuP...

 
Firman ALLAH “Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin JIWA dan HARTA mereka dengan menggantikan SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan Siapakah yang lebih tepati janjinya selain Allah? Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung” (Surah At-Taubah : 111)

Andai satu ketika dahulu, Bilal bin Rabah berjaya mengubah dunia dengan laungan azan, sehingga kini, seluruh dunia menikmati laungan kalimah cinta itu 5 kali sehari, tidak sesaat pun laungan ini terdiam seketika. Hamba itu telah dieksploitasi Umaiyyah bin Khalaf, yang menyeksanya sehingga kembali menyembah berhala. “Ahad! Ahad!” itulah kalimah cinta hakiki yang menerobos segala tohmah dan seksaan walau nyawa di hujung cemeti Umaiyyah.

Kehadiran Abu Bakar untuk membebaskan jiwa ini dari cengkaman si durjana itu, kerana adanya hasil ekonomi demi kemampuannya untuk sekelumit saudara-saudara baru, seperti Bilal ini. Terima kasih wahai Abu Bakar, sejarah Bilal masih tercatat untukku contohi, bukan terhenti setakat seksaan.

Suatu ketika, dalam sebuah siri peperangan bersama Rasulullah TERCINTA, Abu Bakar sekali lagi menggunakan hasilnya ekonominya, demi perjuangan yang haq ini. Bertanyalah Rasulullah kepadanya,

“Wahai Abu Bakar, engkau telah menggunakan seluruh kewanganmu, apakah yang kau tinggalkan kepada anak-anak dan isterimu?”

“Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”-Abu Bakar

Subhanallah.. Tak dapat menahan sebak di dada mengingati dan menulis kisah sahabat ni sehingga mampu mengalir titisan sejuk di pipi ini.

Allah tidak melarang hamba-Nya untuk mencari rezeki bahkan Allah menyuruh manusia untuk mencari rezeki yang halal;

“Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguhm binasalah dia”(Surah Taha : 81)

Rezeki ini yang dimaksudkan disini adalah ekonomi bagi umat Islam. Andainya, dengan kukuhnya kewangan umat Islam mampu mengubah sesuatu keadaan umat islam hari ini, mengapa tidak kita berusaha untuk itu?

via http://www.facebook.com/amirul1709
 http://fadir78.blogspot.com/

No comments: